Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[seng.ke.la] | سڠکلا

Definisi : sengkang kaki, belenggu, pasung; spt gajah dgn ~nya prb a) sesuatu hal yg menyusahkan; b) orang besar-besar sekalipun ada juga mendapat kesusahan; bersengkela dikenakan sengkela (pd kaki-nya), dipasung: ~ kakinya; menyengkela mengenakan sengkela (pd kaki), memasung, membelenggu, me­nyengkang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[seng.ke.la] | سڠکلا

Definisi : Kd penyakit kudis atau gatal-gatal pd buah kemaluan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[seng.ke.la] | سڠکلا

Definisi : kayu utk menyengkang kaki gajah dll; pasung; belenggu. menyengkela memasang sengkela pd kaki; memasung; membelenggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengkela (adjektif)
Bersinonim dengan sengkak kaki, belenggu, pasung, sampang;,
Kata Terbitan : bersengkela, menyengkela,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Cattle Kick Stop 2. Cow Hobble 3. Cattle Cable Spiker 4. Cattle Captive Bolt stunner 5. Cattle Humane Slaughter Equipment 6. Wool Carding Machine (Berkaitan dengan ternakan biri-biri) 7. Wool Roving Machine

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Cattle Kick Stop - Penahan Tendangan Lembu
2. Cow Hobble - Sengkela Lembu
3. Cattle Cable Spiker - Pepaku Kabel Lembu
4. Cattle Captive Bolt Stunner – Pemegun Bolt Kurungan Lembu
5. Cattle Humane Slaughter Equipment – Peralatan Penyembelihan Berperikemanusiaan untuk Lembu
6. Wool Carding Machine (Berkaitan dengan ternakan biri-biri) – Mesin Sisir Kasar Bulu Bebiri
7. Wool Roving Machine – Mesin Pintal Kasar Bulu Bebiri

Istilah10.03.2016

Kembali ke atas