pilih ayat yang betul 1 Kamu harus cepat sampai supaya tidak ketinggalan bas. 11 ¢ikgu Mat mengajarkan Matematik kepada murid-muridnya. III Darah seni memang sudah lama mengalir di dalam jiwanya. 1V Sungguhpun badannya letih, Zali tetap menghadiri majlis hari lahir. A. I,Il,dan lV B. ll,danIV sahaja. C. ll dan lll sahaja. D. 1,11,111 dan lV pilih ayat yang betul A. Fatimah memetikkan sekuntum bunga mawar dan diselitkan pada sanggulnya. B. Mereka berbincang mengenai kemenangan pasukan hoki sekolah C. Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman D. Abang menghadiahkan adik sebuah buku cerita. | 1. Kami berpandangan ayat I,II dan IV betul. Walau bagaimanapun jika soalan yang ditanyakan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan, sila rujuk pihak yang berwenang dalam dalam hal ini seperti sekolah atau Majlis Peperiksaan Malaysia. 2. A. Fatimah memetikkan sekuntum bunga mawar dan diselitkan pada sanggulnya - betul. B. Mereka berbincang mengenai kemenangan pasukan hoki sekolah - betul. C. Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman - betul. D. Abang menghadiahkan adik sebuah buku cerita - salah. | Tatabahasa | 17.10.2014 |
Mohon pencerahan penggunaan tulisan condong dalam penulisan rasmi seperti kertas kerja | Huruf condong digunakan untuk ada sesuatu yang berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Penggunaan huruf condong adalah seperti yang berikut: i. Penulisan Judul Karya Seni dan Penerbitan ii. Bahasa Asing iii. Nama Sains iv. Karya Undang-undang v. Kata atau Ayat dalam Bahasa Asing vi. Singkatan Judul Katalog Karya yang Diterbitkan vii.Kenyataan Sambungan Bahan Penulisan viii.Nama Khas Objek Khusus ix. Arahan Pentas atau Drama Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat, halaman 152-156. | Lain-lain | 09.11.2024 |
Apakah perbezaan rasuk, alang dan galang (untuk rumah)? Apakah istilah 'support beam' dalam bahasa? | Menurut Kamus Seni Bina terbitan DBP tahun 2016, huraian yang berikut diberikan untuk rasuk, alang dan galang: i. Rasuk = Struktur bangunan yang lazimnya berkedudukan mengufuk yang merentangi di antara tiang, berperanan untuk menanggung beban khususnya daripada lantai. Rasuk juga boleh dipasang pada bahagian lain seperti dinding dan bumbung. ii. Alang = Elemen struktur bangunan yang lazimnya berkedudukan mengufuk yang merentangi di antara tiang, berfungsi untuk menanggung beban khususnya daripada bumbung. iii. Galang = Struktur melintang di antara tiang yang berfungsi untuk menyokong beban yang berat bagi sesuatu binaan yang mempunyai rentangan panjang. Galang terletak di bawah rasuk dan turut berfungsi untuk mengukuhkan struktur tiang. Untuk makluman, berdasarkan rekod kami, belum ada Istilah dalam bahasa Melayu untuk support beam. Namun kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk support beam ialah rasuk sokongan. | Istilah | 01.05.2017 |