Pencak silat ___________ salah satu seni mempertahankan diri. Penggunaan kata pemeri manakah yang sesuai dalam konteks ayat di atas, ialah atau adalah? Apakah alasannya? | Jawapan yang tepat ialah: Pencak silat ialah salah satu seni mempertahankan diri. | Tatabahasa | 03.03.2016 |
Yang manakah betul? Seni Pertahanan diri ATAU seni mempertahankan diri. terima kasih. | Menurut data kami, jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diri. | Lain-lain | 10.02.2017 |
Yang manakah betul? 'janji temu' ATAU ' temu janji', ' seni pertahanan diri' ATAU 'seni mempertahankan diri'. Terima kasih. | Janji temu dan seni mempertahankan diri. | Lain-lain | 24.04.2009 |
Peserta seni mempertahankan diri itu _____ lawannya sebelum melepaskan tendangan yang bertubi-tubi. A. mengacu-acu B. menjerit-jerit C. melibas-libas D. mengacah-acah Apakah jawapan yang tepat bagi soalan ini? | Jawapan yang betul ialah mengacah-acah. | Tatabahasa | 28.08.2024 |
saya ingin mendapatkan beberapa kepastian drpd pihak tuan. seni mempertahankan diri atau seni pertahanan diri betul? kereta mainan atau kereta permainan? bolehkah pihak tuan memberikan penerangan yang terperinci? terima kasih. | pertahanan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah manakala mempertahankan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah atau menjaga supaya tidak terancam, melindungi atau membela. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diri.
mainan bermaksud benda yang digunakan (oleh kanak-kanak) untuk bermain manakala permainan merujuk kepada sesuatu yang digunakan untuk bermain. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah kereta mainan. | Tatabahasa | 08.04.2011 |
Boleh minta nasihat tentang keraguan di bawah? Yang mana betul - seni mempertahankan diri atau seni pertahanan diri? Terima kasih | Pertahanan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah manakala mempertahankan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah atau menjaga supaya tidak terancam, melindungi atau membela. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diri | Tatabahasa | 05.04.2020 |
1. Saya ingin mengetahui sama ada wujud terjemahan bagi teknik dan istilah dalam bidang sukan yang berkaitan dengan seni beladiri. Contohnya: knife-hand block, break-falls, back kick, side thrust-kick, rear-choke hold, palm-heel strike dan beberapa istilah lain. Adakah saya perlu mengekalkan istilah tersebut atau menukarnya mengikut kesesuaian? 2. Apakah terjemahan yang paling tepat untuk frasa 'Martial Arts for People with Disabilities'? Adakah' Seni Mempertahankan diri bagi golongan hilang upaya' atau 'Seni beladiri bagi golongan hilang upaya'? Terima kasih | 1. Cadangan bagi istilah yang berkenaan ialah "back kick - tendang balas". Namun begitu, bagi istilah lain yang dinyatakan, Saudara boleh mengeja secara garis miring. 2. Cadangan terjemahan bagi 'Martial Arts for People with Disabilities' ialah ? "Seni Mempertahankan Diri bagi Orang Kurang Upaya". | Penyemakan dan penterjemahan | 30.10.2015 |
Salam sejahtera, En. Sulaiman, Boleh saya tahu, apakah macam mana nak bezakan penggunaan 'diri' dan 'diri sendiri'. Jawapan encik didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Be Lan | Perkataan "diri" boleh merujuk kepada diri orang itu sendiri dan boleh merujuk diri orang lain. Contoh ayat : Silat ialah salah satu seni mempertahankan diri. Perkataan "diri sendiri" merujuk kepada diri individu. Contoh ayat: Ahmad sudah besar dan boleh menguruskan diri sendiri. | Lain-lain | 20.10.2014 |
Apa dimaksudkan dengan dialektik budaya dan apa contoh dialektik budaya ? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020): dialektik ialah kaedah menilai kebenaran sesuatu teori atau pendapat melalui perbincangan, perdebatan dan kajian, yang dibuat secara teratur dan dapat diterima akal. Contoh penggunaan: Epistemologi Barat bukan berdasarkan kias, sebaliknya berdasarkan dialektik. budaya pula terbahagi kepada empat makna iaitu: 1. cara hidup yang meliputi cara berfikir, kepercayaan dan adat yang diterima serta diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat: Contoh penggunaan: Kita hendaklah mengkaji budaya Melayu Islam yang sebenar. 2. keadaan atau tingkat kehidupan yang maju dari segi fizikal, mental dan rohani; peradaban; tamadun: Contoh penggunaan: Masyarakat orang asli yang terdedah kepada ilmu dan teknologi kini sudah mempunyai budaya tinggi. 3. perbuatan dan tingkah laku yang menjadi amalan sesuatu kelompok orang atau masyarakat: Contoh penggunaan: Budaya membaca perlu dipupuk dalam kalangan belia yang bakal menjadi pemimpin negara. 4. pelbagai jenis seni spt muzik, filem, karya sastera dan sebagainya yang dianggap penting dalam perkembangan tamadun manusia: Contoh penggunaan: Ilmu silat ialah cabang budaya seni mempertahankan diri yang dapat menanamkan sifat mulia dalam kehidupan harian. Untuk memperoleh maklumat yang terperinci bagi konsep dialektik budaya, sila ikuti bidang pengajian yang berkaitan dengan sosial, kemanusiaan dan falsafah. Misalnya dalam Sosiologi, dialektik budaya dilihat dalam kajian perubahan sosial, konflik budaya dan globalisasi. | Makna | 10.12.2024 |
Salam sejahatera! Bagaimana cara untuk mengeja perkataan kongfu? Adakah kongfu atau kong fu? Sekian, terima kasih! | Ejaan yang betul ialah kung fu yang bermaksud seni sukan mempertahankan diri terutamanya dalam kalangan orang Cina, yang menggunakan tangan dan kaki untuk pertahanan dan serangan. | Ejaan | 16.10.2021 |