Asal usul perkataan kenangan sbb ni baru pertama kalinya saya tahu terjemahan untuk seniority ialah kekananan, hehe terima kasih | Kekananan bermaksud kedudukan atau taraf yang lebih tinggi berbanding dengan kedudukan atau taraf orang atau jawatan lain dalam struktur pentadbiran dan sebagainya. | Makna | 27.05.2022 |
Asal usul perkataan kekananan sbb ni baru pertama kalinya saya tahu terjemahan untuk seniority ialah kekananan, hehe terima kasih | Kekananan bermaksud kedudukan atau taraf yang lebih tinggi berbanding dengan kedudukan atau taraf orang atau jawatan lain dalam struktur pentadbiran dan sebagainya. | Makna | 27.05.2022 |
SALAM, SAYA INGIN MENDAPAT KHIDMAT NASIHAT BERKAITAN DENGAN SUSUN ATUR SENARAI S.K. (SALINAN KEPADA)..SIAPAKAH YANG PERLU DIDAHULUKAN? ADAKAH PERLU MENGIKUT SENIORITY ATAUPUN PERLU MENDAHULUKAN SENARAI DALAMAN DAHULU? TERIMA KASIH | Saudara, Dalam menulis salinan kepada, penerima disusun mengikut kekananan dan diikuti dengan nama penerima dalaman juga disenaraikan mengikut kekananan. | Lain-lain | 14.06.2010 |
Salam Saudara, Saya ingin bertanyakan soalan mengenai penggunaan istilah yang betul didalam penulisan carta organisasi sesebuah jabatan. sebagai contoh penggunaan perkataan bahagian, sel, cawangan atau unit pejabat yang manakah perlu diduhulukan dan dikemudiankan. ('seniority' perkataan). Harap Saudara dapat membantu saya. Sekian, terima kasih | Bahagian ialah unit dalam sesuatu jabatan (syarikat dan lain-lain) yang menjalankan fungsi tertentu, sel ialah bilik kecil dan sempit tempat mengurung orang salah di penjara, cawangan ialah bahagian (daripada pertubuhan, persatuan, syarikat, dan sebagainya), unit ialah bahagian atau kumpulan yang mempunyai fungsi khas dalam sesuatu organisasi. Berdasarkan makna yang tersebut dan amalan di kebanyakan jabatan, cartanya adalah seperti yang berikut: Jabatan --- Bahagian/Cawangan --- Unit. Sel biasanya tidak terdapat dalam carta oganisasi. | Istilah | 08.07.2009 |