Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.ja] | سنجا

Definisi : waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul 7.00 malam), ketika hampir akan malam: ~ hampir tiba, ayam dan itiknya kedengaran riuh rendah masuk ke reban; berebut ~ Mn hari mulai malam; ~ buta = ~ raya senja yg sudak agak larut (lebih kurang pukul 8.00 malam); kesenjaan sudah terlalu petang (hampir benar akan malam), kepetangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.ja] | سنجا

Definisi : waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul 7.00 malam); waktu hampir malam; senjakala. ~ buta (raya) waktu senja yg sudah gelap (lebih kurang pukul 7.30 malam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senja (kata nama)
Bersinonim dengan hampir malam, merelop, matahari terbenam.,

Puisi
 

Kemas rumah di waktu senja,
     Anak buaya naik mencuri;
Emas intan ada harga,
     Budi bahasa sukar dicari.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bagai kucing lepas senja.

Bermaksud :

Sukar dicari; merasa senang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
INGIN MENDAPATKAN KEPASTIAN, ADAKAH PERKATAAN-PERKATAAN INI (SUATU SENJA, SESENJA, SATU SENJA) BOLEH DIGUNAPAKAI DALAM SESUATU AYAT DAN PERKATAAN MANTAN BOLEH DIGUNAPAKAI LAGI ATAU IDAKPerkataan yang biasa digunkan ialah suatu atau satu senja. Perkataan mantan masih digunakan.Tatabahasa02.05.2008
maksud senja

Senja ialah waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul 7.00 malam).

Makna01.01.2010
Adakah sajak Tetamu Senja karya A. Samad Said, merupakan salah satu sajak terbitan DBP?Sajak "Tetamu Senja" karya Sasterawan Negara A. Samad Said pertama kali telah tersiar dalam Utusan Zaman , 3 November 1955. Sajak ini kemudian telah dimasukkan dalam Kumpulan Puisi A. Samad Said yang dikumpulkan dan diberi Kata Pengantar oleh Dharmawijaya terbitan Utusan Publications & Distributors tahun 2005.Terima kasih.Lain-lain18.02.2010
Saya keliru dengan soalan B.M. tentang ayat songsang seperti berikut: Pemandangan di pantai pada waktu senja cantik sungguh. Apabila ayat ini ditukar kepada ayat biasa, jawapannya seperti berikut: Cantik sungguh pemandangan di pantai pada waktu senja. Mohon beri penjelasan mendalam. Terima kasih atas kerjasama tuan.Ayat songsang mendahulukan predikat sebelum subjek. Oleh itu, frasa  'Pemandangan di pantai pada waktu senja' (predikat) + 'cantik sungguh' (subjek) membentuk satu ayat songsang. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 457.Tatabahasa16.05.2011
Akum, saya masih keliru ayat biasa yang telah ditukarkan daripada ayat songsang yang saya bagi tempoh hari iaitu : Cantik sungguh pemandangan di pantai pada waktu senja. Ada pendapat mengatakan bahawa ayat di atas masih ayat songsang. Bagaimana nak kenal pasti ayat di atas ialah ayat biasa ?Cantik sungguh pemandangan di pantai pada waktu senja. - ayat ini ayat songsang, keseluruhan predikatnya  'cantik sungguh' dipindahkan ke hadapan subjek 'pemandangan di pantai pada waktu senja'. Unsur yang dikedepankan itu yang hendak diberikan penegasan.Tatabahasa19.05.2011
Salam sejahtera. 1. Adakah ayat berikut betul? i) Beberapa orang kanak-kanak dilihat masih saling berkejar-kejaran di tengah padang walaupun hari sudah senja. ii) Para pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menambahkan pengetahuan mereka dengan membaca pelbagai jenis bahan bacaan. 2. Yang berikut manakah yang lebih tepat, "pelbagai jenis bahan bacaan" atau "berbagai-bagai jenis bahan bacaan"? 3. Adakah perkataan "saling" sudah membawa maksud bersama-sama, jadi kata kerja seterusnya tidak boleh diakhiri dengan imbuhan apitan ber-an? (seperti: saling berkejar-kejaran dan saling berkejaran) Terima kasih.1. Beberapa orang kanak-kanak dilihat masih saling berkejar-kejaran di tengah padang walaupun hari sudah senja. Salah - ayat yang betul: Beberapa orang kanak-kanak dilihat masih saling berkejaran di tengah padang walaupun hari sudah senja atau Beberapa orang kanak-kanak dilihat masih berkejar-kejaran di tengah padang walaupun hari sudah senja.

2. Para pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menambahkan pengetahuan mereka dengan membaca pelbagai jenis bahan bacaan. Salah - ayat yang betul: Para pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menambahkan pengetahuan mereka dengan membaca pelbagai bahan bacaan.

3. Pelbagai bahan bacaan atau berbagai-bagai bahan bacaan.

4. Rujuk jawapan nombor 1 dan 2 dan PRPM untuk mendapatkan makna kata.
Tatabahasa31.08.2022
Perkataan 'apabila' boleh atau tidak diletakkan di hadapan ayat?Perkataan apabila, boleh digunakan di hadapan ayat. Contoh: Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makanan.Tatabahasa28.10.2015
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Pasar raya ini asak dengan orang ramai. 2. Saya suka berayun di atas buaian pada waktu senja. 3. Bandul jam ini beroleng-oleng tanpa hentinya. Terima kasih.Dari segi makna kata dalam ketiga-tiga ayat itu betul. Walau bagaimanapun kita jarang menggunakan perkataan asak bai maksud sesak dan padat dan begitu juga dengan perkataan beroleng-oleng. Kita lebih biasa dengan perkataan bergoyang-goyang bagi maksud beroleng-oleng.Tatabahasa09.07.2012
Saya ingin pastikan sama ada kata-kata berikut adalah sesuai untuk digunakan untuk poster besar pengiklanan. Dari segi tatabahasa dan kesesuaian. Terima Kasih " Nikmati-lah kemudahan servis waktu senja. Untuk tempahan servis, hubungi: 03- 5621 5566"Sila buat visual poster tersebut dalam bentuk jpeg atau gif dan hantar semula melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan/perlu perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain13.08.2014
Salam sejahtera, tuan. 1. Menteri Pendidikan akan merasmikan seminar peringkat kebangsaan esok. Adakah ayat ini betul? Jika tidak, pembetulan ialah apa? 2. Baik Ali mahupun Ahman amat bagus dalam mata pelajaran Sejarah. 3. Pemandangan di Tanah Tinggi Cameron pada waktu senja amat indah nian. 4. Lencongan/Gangguan di hadapan menyebabkan Ah Meng tidak dapat meneruskan perjalanannya. 5. Segala gangguan/kesulitan amat dikesali oleh Pihak Jabatan Kerja Raya. 6. Perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan gangguan kepada orang ramai. Adakah ayat ini betul? 7. Yi He menjalin/mencampurkan kedua-dua warna tersebut sebelum melakukan kerja-kerja mengecat. 8. a) Kumpulan ekspedisi berpeluang melihat jutaan kelawar yang muncul dari Gua Rusa pada sebelah petang. b) Kumpulan ekspedisi berpeluang menyaksikan berjuta-juta kelawar yang keluar dari Gua Rusa pada sebelah petang. Ayat manakah yang betul? 9. Kucing itu sakit, maka ia dibawa ke klinik haiwan. Adakah ia betul? Kalau tidak, apakah perkataan yang sesuai? 10. Tangannya meraba-raba/merayau-rayau mencari jarum yang jatuh ke lantai. Adakah ayat ini betul? Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul dan sesuai digunakan adalah seperti yang berikut:

  1. Menteri Pendidikan akan merasmikan seminar peringkat kebangsaan esok.
  2. Baik Ali, mahupun Ahman kedua-duanya amat bagus dalam mata pelajaran Sejarah. atau Ali dan Ahman amat bagus dalam mata pelajaran Sejarah.
  3.  Permandangan di Tanah Tinggi Cameron pada waktu senja amat indah nian. (perkataan “nian” boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif).
  4.  Lencongan/Gangguan di hadapan menyebabkan Ah Meng tidak dapat meneruskan perjalanannya.
  5.  Sebarang kesulitan amat dikesali. (Jabatan Kerja Raya) Biasanya Jabatan Kerja Raya ditulis pada bahagian bawah sebelah kiri   atau kanan papan tanda/teks.
  6.  Perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan gangguan kepada orang ramai.
  7.  Yi He mencampurkan kedua-dua warna cat sebelum melakukan kerja mengecat.
  8.  a) Kumpulan ekspedisi berpeluang melihat jutaan kelawar yang muncul dari Gua Rusa pada sebelah petang. b) Kumpulan     ekspedisi berpeluang menyaksikan berjuta-juta kelawar yang keluar dari Gua Rusa pada sebelah petang. Kedua-dua perkataan “melihat” dan “menyaksikan” boleh digunakan dan sama maknanya.
  9.  Kucing itu sakit, maka ia dibawa ke klinik haiwan. (“ia” boleh merujuk kepada kata ganti nama bukan manusia, selain kata ganti nama diri ketiga bagi manusia)
  10. Tangannya meraba-raba mencari jarum yang jatuh ke lantai.(Perkataan yang sesuai digunakan ialah “meraba-raba”, manakala perkataan “merayau-rayau” digunakan untuk menekankan “merayau”).

        Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021).

Tatabahasa15.07.2024
123

Kembali ke atas