Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. alat yg digunakan utk berperang atau berkelahi (keris, lembing, senapang, dll): keris Majapahit dikatakan tidaklah diguna-kan sbg ~ tetapi hanya disimpan sbg azimat; alat ~ berbagai-bagai senjata; meletakkan ~ berhenti berperang; mengangkat ~ mulai berperang; 2. ki sesuatu (surat, kejadian, dll) yg digunakan utk mencapai sesuatu maksud: ~ yg besar yg digunakan oleh mereka utk memancing undi ialah dgn menimbulkan persoalan hidup petani; 3. tanda bunyi atau baris pd tulisan Arab (fathah, kasrah, dll); ~ api senjata yg menggunakan ubat peledak (spt senapang, meriam, bom, dll); ~ berat senjata api yg besar-besar (spt meriam dll); ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memu-daratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan; ~ gelap senjata api yg digunakan (disimpan) tanpa kebenaran pihak berkuasa; ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia yg bukan bahan ledakan (mis gas beracun dll); ~ konvensional senjata api yg tidak melibat-kan penggunaan bahan nuklear (kimia dsb); ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear; ~ ringan senjata api yg kecil-kecil (pistol dll); ~ tajam senjata yg tajam (keris, lembing, dll); ~ makan tuan prb senjata yg dipakai utk mengenai orang lain tetapi mengenai diri sendiri; bersenjata memakai (berlengkap dgn) sen-jata: maka bertemu dlm kubu itu lima enam ratus orang, masing-masing ~ bercabut berkanjar-kanjar; angkatan ~ tentera, askar; bersenjatakan mempunyai atau mengguna­kan (sesuatu) sbg senjata: Raja Mambang pun keluar ~ pedang; mempersenjatai melengkapi dgn senjata: Malaysia akan ~ kira-kira 40 000 orang ahli Pasukan Pertahanan Tempatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alat (spt keris, lembing, senapang) yg digunakan ketika ber­kelahi atau berperang. ~ api senjata yg menggunakan peluru yg dpt meletup atau meledak (spt senapang, meriam). ~ berat senjata api yg berat-berat, spt meriam. ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memudaratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. ~ gelap senjata api yg digunakan secara haram. ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia, mis gas beracun (bahan tsb bukan bahan ledakan). ~ konvensional senjata yg biasa digunakan, yg tidak melibatkan senjata nuklear, senjata kimia, senjata biologi dsb. ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear. ~ ringan senjata api yg kecil-kecil, spt pistol. ~ tajam senjata yg tajam-tajam, spt pedang. bersenjata memakai senjata; lengkap dgn senjata: pasukan ~ tentera; askar. bersenjatakan menggunakan sesuatu sbg senjata: Dia pun keluar dgn ~ sebilah pedang. mempersenjatai mem­beri bersenjata; melengkapi dgn senjata: Sebuah negara asing di­percayai ~ kumpulan pemberontak itu. persenjataan 1 perihal bersenjata. 2 segala alat atau perlengkapan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tajam senjata musuh pun undur,
     Mengertak masuk seperti kuda;
Pejamkan mata tak mahu tidur,
     Rupanya tuan datang menggoda.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Lagi tongkat lagi senjata.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi lauk lagi nasi).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
depot simpanan senjata atau depoh simpanan senjata? yang mana satu tepat?Penggunaan yang betul ialah 'Depot Simpanan Senjata'.Tatabahasa28.03.2011
1. Mereka mendapat bantuan senjata dari/daripada Republik Rakyat China.Mereka mendapat bantuan senjata daripada Republik Rakyat China.Tatabahasa03.04.2012
MOHON TAHU EJAAN YANG BETUL SENJATAPI @ SENJATA APIEjaan yang betul ialah senjata api.Ejaan01.08.2007
Apakah perbezaan antara pucuk dan laras (penjodoh bilangan)Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pucuk ialah penjodoh bilangan bagi surat (senjata api dan lain-lain). Laras ialah penjodoh bilangan (bagi senapang), pucuk. Oleh itu, persamaannya ialah kedua-duanya boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk senjata api.Makna26.07.2011
apakah maksud telap dan tiris?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, telap bermaksud 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilukai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanahnya tanah liat yg tidak ~ air. Manakala tiris bermaksud 1. bocor (atap, perahu, bekas air, dll): bumbung rumahnya ~; dijahit layar mana yg robek, biduk ditambal mana yg ~; 2. meleleh (menerusi lubang atau celah), menitis, menitik-nitik: air dlm tanah terus ~ menerusi bumbung gua itu; air digenggam tiada ~ prb sangat berhati-hati mengeluarkan wang;Lain-lain01.07.2010
Adakah kedua-dua ayat berikut betul dari aspek tatabahasa? 1) Oleh kerana kelaparan, dia terpaksa mencuri. 2) Ianya salah di segi undang-undang untuk memiliki senjata api. Terima Kasih.

Kedua-dua ayat kurang tepat dari segi tatabahasa. 

1) Adakah kedua-dua ayat berikut betul dari aspek tatabahasa? Ayat yang tepat - Oleh sebab kelaparan, dia terpaksa mencuri.

2) Ianya salah di segi undang-undang untuk memiliki senjata api. Ayat yang tepat - Salah di sisi undang-undang memiliki senjata api.

Tatabahasa29.06.2011
apakah maksud seligi nibung? yang manakah betul antara bagitahu/bagitau?Seligi nibung ialah sejenis senjata tajam daripada nibong. Kedua-dua kata 'bagitau' dan bagitau' adalah bahasa pasar/ bahasa percakapan. Perkataan yang betul ialah beritahu.Tatabahasa28.08.2008
saling bertikam-tikaman..adakah frasa ini betul? tuan, TQBertikam-tikaman bermaksud saling menusuk dgn senjata. Oleh itu, tidak perlu lagi didahului oleh kata saling.Tatabahasa01.02.2012
APAKAH MAKSUD ARTIFAK, MONUMEN DAN FOSIL?Artifak ialah barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas, senjata) yg merupakan peninggalan sesuatu zaman. Monumen ialah bangunan (patung dll) yg dibina utk memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa penting, tugu. Fosil pula ialah tinggalan (sisa) jasad haiwan atau tumbuhan zaman purba (prasejarah) yg kini mengeras dan tertanam di dlm bumi (batuan dsb).Makna13.08.2008
Pengaca sukan Hj Hasbullah selalu menggunakan perkataan "menembak bola" dihadapan pintu gol. Setahu saya menembak melibatkan senjata api, memang betul bahasa inggeris mengatakan " the ball is shoot" atau " shoot the ball", dalam B. Melayu banyak perkataan tendang, sepak, teranjang, badik tetapai tidak ada perkataan "tembak bola". Betulkah apa yang saya kata ni.Penggunaan kata tembak tersebut memang salah. Ungkapan yang betul ialah menjasringkan bola.Tatabahasa19.12.2007
123

Kembali ke atas