MOHON TAHU EJAAN YANG BETUL SENJATAPI @ SENJATA API | Ejaan yang betul ialah senjata api. | Ejaan | 01.08.2007 |
Apakah perbezaan antara pucuk dan laras (penjodoh bilangan) | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pucuk ialah penjodoh bilangan bagi surat (senjata api dan lain-lain). Laras ialah penjodoh bilangan (bagi senapang), pucuk. Oleh itu, persamaannya ialah kedua-duanya boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk senjata api. | Makna | 26.07.2011 |
Adakah kedua-dua ayat berikut betul dari aspek tatabahasa? 1) Oleh kerana kelaparan, dia terpaksa mencuri. 2) Ianya salah di segi undang-undang untuk memiliki senjata api. Terima Kasih. | Kedua-dua ayat kurang tepat dari segi tatabahasa. 1) Adakah kedua-dua ayat berikut betul dari aspek tatabahasa? Ayat yang tepat - Oleh sebab kelaparan, dia terpaksa mencuri. 2) Ianya salah di segi undang-undang untuk memiliki senjata api. Ayat yang tepat - Salah di sisi undang-undang memiliki senjata api. | Tatabahasa | 29.06.2011 |
Pengaca sukan Hj Hasbullah selalu menggunakan perkataan "menembak bola" dihadapan pintu gol. Setahu saya menembak melibatkan senjata api, memang betul bahasa inggeris mengatakan " the ball is shoot" atau " shoot the ball", dalam B. Melayu banyak perkataan tendang, sepak, teranjang, badik tetapai tidak ada perkataan "tembak bola". Betulkah apa yang saya kata ni. | Penggunaan kata tembak tersebut memang salah. Ungkapan yang betul ialah menjasringkan bola. | Tatabahasa | 19.12.2007 |
Apakah jenis senjata yang dinamakan syahmura? Kamus dewan hanya menakrifkan sebagai sejenis senjata. Apakah jenisnya? Jenis senjata bilah? Senjata api? Apakah rupa bentuknya? | Assalamualaikum, Dewan Bahasa dan Pustaka hanya memberikan nasihat tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul dan baik sahaja dan tidak menerangkan tentang soalan yang ditanyakan mengenai rupa bentuk senjata tersebut. Sekian terim kasih | Lain-lain | 04.12.2018 |
Penjodoh bilangan untuk jarum ialah sebilah, sepucuk atau sebatang? Saya mengalami masalah kerana dalam buku yang berlainan jawapan yang diberi berlainan. Ada buku yang mengutarakan jawapan A. sebilah B. sebatang C.Sepucuk. Jadi, murid mengalami masalah memilih jawapan. Harap pihak DBP boleh membantu. | Menurut Kamus Bahasa Melayu, maksud bilah ialah penjodoh bilangan untuk benda-benda yang tipis dan panjang seperti pisau atau keris. maksud batang pula ialah penjodoh bilangan bagi benda yang panjang-panjang manakala batang pula ialah penÂjodoh bilangan bagi surat (senjata api dan lain-lain. Maka jawapan yang tepat bagi penjodoh bilangan jarum ialah sebatang jarum. | Pembinaan Bakat | 10.09.2019 |