Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sén.si.tif] | سينسيتيف

Definisi : (sénsitif) 1. mudah (lekas) merasai sesuatu, lekas bergerak balas (memberikan reaksi) terhadap sesuatu rangsangan, peka, mudah tersinggung (perasaan, peribadi, dll); 2. boleh memperlihatkan perubahan yg sekecil-kecilnya (alat yg menyukat spt jangka suhu, neraca, dll), mudah (lekas) bergerak balas (bkn alat, mesin, dsb); kesensitifan perihal (keadaan) sensitif, ke-pekaan, sensitiviti: ~ pihak ibu bapa terhadap kegiatan sosial anak-anak mereka, perlulah disertai dgn iltizam yg bersungguh-sungguh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.si.tif] | سينسيتيف

Definisi : /sénsitif/ 1 mudah tersinggung (bkn perasaan); mudah berasa; peka. 2 dpt menunjukkan perubahan yg sekecil-kecilnya (bkn jangka suhu, dacing dll). kesensitifan perihal atau keadaan sensitif, kepekaan: ~ pihak tertentu terhadap isu tsb haruslah diberi perhatian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sensitif (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan peka, mudah berasa, mudah tersinggung, mudah bertindak balas.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin pengesahan dari pihak DBP jika "competitively sensitive Information" sesuai diterjemahkan kepada "Maklumat Sensitif secara kompetitif"? Frasa digunakan dalam bidang undang-undang. Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih.Frasa "competitively sensitive Information" ialah ungkapan umum dan bukannya istilah. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pengguna mencari padanan yang sesuai bagi istilah yang belum ada dalam bahasa Melayu. Frasa "Maklumat Sensitif secara kompetitif" betul dari aspek bahasa.Penyemakan dan penterjemahan24.11.2018
WED 17:24 Islam Iman Dan Ihsan Islam Iman t.kasih atas maklumat yang diberikan. saya ada satu permintaan. saya dapati soalan saya telah diletakkan dalam ruangan soalan lazim di laman web DBP. saya benarkan, cuma saya harap pihak DBP lebih sensitif (sekurang-kurangnya tanya atau minta kebenaran) dengan maklumat saya di hujung soalan tersebut. saya mohon bahagian nama saya, alamat, no tel dan sebagainya di hujung soalan itu dipadam.Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul, sila hubungi kami melalui talian 03-21479691/9692/9693 dan berikan maklumat yang lengkap untuk tindakan kami. Maklumat berkenaan juga boleh disalurkan melalui portal "Khidmat Nasihat Bahasa DBP".Lain-lain08.02.2017
1.kaum kulit hitam di afrika pernah ( diperkota-katikkan, ditindas) oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid. 2. ( kegetiran, kesempitan, kepahitan) hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang ( mencanggahi, menyalahi) undang-undang. 3.peristiwa malang itu tetap ( menodai, mengganggu, menghantui jiwanya. 4. pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak ( mengheboh-heboh, menggembar-gembarkan, membesar-besar) isu perkauman yang sensitif. sila beri jawapan yang betul.terima kasih

1. Kaum kulit hitam di afrika pernah ditindas oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid.

2. Kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

3. Peristiwa malang itu tetap menghantui jiwanya.

4. Pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak membesar-besarkan isu perkauman yang sensitif.

Tatabahasa22.07.2011
apakah syarat-syarat pertandingan untuk peraduan menulis sastera kreatif 2010(kategori cerpen) anjuran dbp sarawak

Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Cerpen yang hendak ditulis panjangnya sekitar 4000 perkataan atau 15 halaman. Peserta boleh menghantar maksima 2 buah cerpen. Tema bebas tetapi tidak boleh menyentuh perkara2 sensitif atau yang menyinggung perasaan. Karay yang dihantar tidak akan dikembalikan.

Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pembangunan Karyawan, DBP Cawangan Sarawak, 082-444711

Lain-lain19.04.2010
Salam sejahtera, Saya mohon dapatkan perkataan dalam bahasa melayu bagi perkataan inggeris berikut: 1) animosity, 2) perceived egregiousness, 3) perceived efficacy, 4) religiosity, 5) susceptibility to interpersonal influence. Kesemua perkataan tersebut digunakan dalam konteks penyelidikan berkaitan boikot. Terima kasih.1) animosity - kemarahan
2) perceived egregiousness - memperbesarkan anggapan
3) perceived efficacy - keberkesanan anggapan
4) religiosity - kewarakan
5) susceptibility to interpersonal influence - perasaan sensitif terhadap pengaruh hubungan sesame manusia

Untuk makna yang lebih tepat, mohon tuan untuk merujuk kamus atau agensi penterjemahan seperti Persatuan Penterjemahan Malaysia dan ITBM berkaitan perkara ini.
Makna21.11.2018
Bantuan penyemakan terjemahan: 1. "Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersih bahagian aurat. 2. "Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan reaksi alahan walaupun pada kulit sensitive. 3. Dermatologist tested BM: Telah diuji secara dermatologi atau Telah diuji oleh pakar kulit? Terima Kasih.1. Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersihkan bahagian intim.

2. Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan tindak balas alahan walaupun pada kulit sensitif.

3. Dermatologist tested - Telah diuji oleh pakar dematologi.
Penyemakan dan penterjemahan13.06.2016
Apa bezanya dari segi penggunaan perkataan hangat dan panas? Contoh ayat: Sudah berjam-jam dia berdiang namun badannya masih tidak menjadi hangat/panas? Terima KasihUntuk ayat ini perkataan yang sesuai ialah hangat.  Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat.

panas 1 bersuhu tinggi; hangat: Makanan itu masih ~; air ~ air yg dimasak dan masih tinggi suhunya. 2 cahaya matahari yg terik: Jangan suka bermain di tengah ~. hujan ~ hujan yg turun ketika matahari bersinar. 3 (sesuatu) yg bersuhu tinggi; (sesuatu) yg terasa hangat: ~ badannya tidak boleh dibiarkan. 4 ki sangat marah atau meradang: Mendengar makian itu, hatinya menjadi ~. 5 ki masih baru; belum lama berlakunya: Apa berita ~ hari ini? ~ baran (darah) lekas meradang. ~ hati sangat marah atau sangat benci. ~ rezeki susah mendapat rezeki. ~ terik panas benar (bkn cuaca). panas-panas masih panas; masih baru. berpanas berada dlm panas matahari; berjemur: Setiap hari mereka terpaksa ~ dan berhujan utk mencari rezeki. memanasi menjadikan panas: Bahang unggun api ~ badannya. memanaskan 1 menyebabkan menjadi panas: Utk ~ badan, mereka terpaksa memakai pakaian yg tebal-tebal. 2 ki menyebabkan menjadi marah atau meradang: Kedegilannya itulah yg ~ hati saya. kepanasan 1 keadaan panas: ~ seterika itu dpt diubah-ubah dgn memutarkan alat penetap suhunya. 2 kena panas; menderita panas: Dia ~ kerana duduk berhampiran dgn unggun api. pemanasan proses atau perbuatan memanaskan: Kandungan air ialah faktor penting dlm proses penyimpanan, ~ dan percambahan biji benih. pemanas alat utk memanaskan sesuatu: ~ elektrik pemanas yg menggunakan kuasa elektrik.

hangat 1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedu­dukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~; 6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~; ~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati; hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan); berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari; menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau me­nyusahkan; menghangati ark 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango; menghangatkan 1. = memperhangat me­n­­- ­­jadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), me­meriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, meng­gen­tingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ per­debatan pd hari itu; memperhangat menjadikan lebih hangat; kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), keme­riahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ per­debatan itu meresahkan orang ramai.
Makna21.06.2014

Kembali ke atas