Adakah perkataan "gambar rajah" pangkal hurufnya ditulis dalam huruf besar? Yang manakah yang betul, no 1 atau no 2? 1) Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (gambar rajah 4.9b) 2) Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (Gambar Rajah 4.9b) | Ejaan yang betul ialah: Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (Gambar Rajah 4.9b). | Ejaan | 09.05.2024 |
Selamat petang saudara admin. Mohon bertanya, mana satukah ejaan yang betul, sentimeter atau centimeter klu digunakan dalam bahasa Melayu. Mohon penjelasan, terima kasih. | Dalam bentuk ejaan penuh ialah sentimeter, manakala kependekannya ialah cm. | Makna | 05.05.2015 |
Adakah huruf "t" pada perkataan "temubual" itu perlu ditulis menggunakan huruf besar? (sebab dalam kurungan) Semua baluh dram Gu ini berukuran 82 sentimeter tinggi (temubual dengan Chan Kok Hoong, LRCO, April 2022). | Ejaan yang betul ialah: Semua baluh dram Gu ini berukuran 82 sentimeter tinggi (Temu bual dengan Chan Kok Hoong, LRCO, April 2022). | Ejaan | 09.05.2024 |
Assalammualaikum dan Selamat Tengahari, Saya ingin mengajukan satu soalan. Dalam penulisan buku untuk penggunaan simbol ukuran sentimeter yang manakah digunakan ketika ini.samaada sm or cm?ini untuk buku penerbitan dalam bahasa melayu.Bolehkah saya menggunakan cm kerana jika dilihat sekarang ini kebanyakkan buku menggunakan cm berbanding sm.Oleh itu, saya ingin meminta pandangan pihak DBP dalam penggunaan simbol ini. sekian terima kasih. Sekian terima kasih. | Dalam bentuk ejaan penuh ialah sentimeter, manakala kependekannya ialah cm. | Tatabahasa | 06.05.2011 |
1. Ejaan bagi kilometer, kilogram, sentimeter dan sepuluh ringgit perlu dieja secara penuh atau singkatan? 2. Bagi nombor perlu dieja dengan perkataan atau angka? terima kasih... | 1. Boleh dieja penuh ataupun menggunakan singkatan. 2. Nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya. | Ejaan | 22.05.2009 |
Salam sejahtera, bagaimana hendak menulis: tinggi 5ft. 6"/170cm dan 3ft. 3"/1m dalam Bahasa Melayu? Terima kasih. | Cara menulis yang betul untuk ukuran ialah: Tinggi 5 kaki 6 inci/170 sentimeter dan 3 kaki 3 inci/1 meter | Ejaan | 27.10.2022 |
Sila rujuk lampiran | Singkatan adalah berkaitan dengan bentuk ringkas bagi satu perkataan atau lebih. Singkatan tidak bertaraf kata, iaitu membentuk perkataan. Contohnya, Kuala Lumpur (KL), Tahun Masihi (TM), sentimeter (cm) dan lain-lain. Merujuk kepada soalan yang diajukan, nama penuh bagi singkatan PTL, iaitu Penjaja Tanpa Lesen (PTL) perlu dieja dengan menggunakan huruf besar pada awal perkataan jika merujuk kepada Kata Nama Khas. Sekiranya perkataan ini merujuk kepada Kata Nama Am, perkataan penjaja tanpa lesen ditulis dengan ejaan penuh menggunakan huruf kecil tanpa singkatan. | Tatabahasa | 07.10.2024 |
Salam, apakah terjemahan bahasa Melayu untuk unit sukatan berikut, "cu in" dan "cc", contohnya 900 cc/60 cu in. Adakah terjemahan sebagai kubik inci betul? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk "cubic inch" (cu in) ialah inci padu dan "cubic centimetre" (cc) ialah sentimeter padu. | Istilah | 25.09.2012 |
Apa maksud: 1. rambut air 2. ibu garam? | 1. Tidak terakam kata "rambut air" dalam pangkalan data DBP. Yang ada kata "air rerambut" padanan bagi kata capillary water iaitu air yang ditahan dalam rerambut atau liang kecil tanah, biasanya pada tekanan air tanah lebih dari 60 sentimeter air. 2. Tidak terakam kata "ibu garam" dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, terdapat maklumat yang menyatakan bahawa ibu garam merupakan ketulan garam yang biasanya diperoleh dari bukit. | Lain-lain | 27.02.2024 |
Saya ada beberapa pertanyaan untuk pihak DBP. 1. Adakah ayat ini benar dari segi tatabahasa? “Saya dijamukan dengan pemandangan sawah padi yang indah sewaktu berkunjung ke negeri Kedah.” Adakah istilah “dijamukan” boleh digunakan selain istilah “disajikan”? 2. Adakah kata ganda “cuma-cuma” boleh disingkatkan menjadi cecuma? 3. Adakah perkataan “jiplakan”, “andal”, “kendala”, “recok”, “mapan”, “gengsi” “masa bodoh”, “picik” merupakan perkataan asli bahasa Melayu atau kata serapan dari bahasa Indonesia? Kerana tiada tanda “Id” di PRPM pada dua perkataan ini. 4. Bolehkah istilah “waktu setempat” digunakan selain istilah “waktu tempatan” yang bererti “local time” dalam bahasa Inggeris? 5. Adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa? “Kalau saya boleh lulus dalam ujian itu, masa kamu tidak.” 6. Mengapa kependekan bagi “sentimeter” di dalam bahasa Melayu bukan “sm”? Kenapa kependekan “cm” bahasa Inggeris yang digunakan? | 1. Perkataan “dijamukan” boleh digunakan selain istilah “disajikan” jika merujuk kepada menghidangkan makanan 2. Kata ganda “cuma-cuma” tidak boleh disingkatkan menjadi cecuma 3. Perkataan “jiplakan”, “andal”, “kendala”, “recok”, “mapan”, “gengsi” “masa bodoh”, “picik” telah diterima pakai dalam bahasa Melayu dan dirakam dalam Kamus Dewan Perdana. 4. Istilah “waktu tempatan” lebih tepat sebagai padanan untuk “local time”. 5. Ayat “Kalau saya boleh lulus dalam ujian itu, masa kamu tidak.” Tidak tepat. 6.Kependekan ”cm’ digunakan untuk merujuk kepada sentimeter mengikut keselarasan standard antarabangsa - International System of Units (SI) | Tatabahasa | 07.06.2023 |