maksud sentral | Sentral ialah central dalam bahasa Melayu atau pusat. | Makna | 11.06.2010 |
BOLEH KE KITA MENGGUNAKAN NAMA HOTEL SENTRAL METRO DAN APAKAH MAKSUDNYA | Boleh. Sentral bermaksud 1. di tengah atau pusat; pasar ~ pasar yg terletak di tengah bandar; 2. (pejabat dll) yg menjadi pusat (pejabat-pejabat lain dll), ibu (pejabat dll); pemerintah ~ pemerintah pusat, manakala metro/metropolitan berkenaan dgn bandar raya utama dlm sesebuah negara. | Istilah | 09.06.2010 |
PERTANYAAN NAMA BANGUNAN (i) PLACE PHOENIX (ii) CHERAS CENTRAL (iii) PLAZA SENTRAL | PLAZA CHERAS | Lain-lain | 27.10.2010 |
permohonan semakan cadangan nama skim pembangunan mengandungi sebuah hotel (122 bilik) dan kemudahan hotel serta 12 unit kedai 2 tingkat dan 4 unit kedai 3 tingkat di atas lot 3543 Sungai Siput U, perak. Pemaju adalah Kumpulan MH Sdn. Bhd. Cadangan nama skim yang diberikan adalah MH SENTRAL, dengan mengambilkira nama syarikat iaitu MH. Dimaklumkan pembangunan terletak di pinggir jalan besar dan berhampiran dengan Pekan Sungai Siput U. Sehubungan dengan itu mohon ulasan dan pandangan terhadap cadangan nama skim iatu MH SENTRAL. Sekian, Terima Kasih MOHD NORULAMIN BIN AHMAD | Mengikut struktur bahasa Melayu, penamaan yang betul ialah Sentral MH, bukan MH Sntral. Untuk pengesahan iklan dan penamaan bangunan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" bukan Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 02.07.2012 |