Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan pemantauan penggunaan bahasa dalam semua media termasuklah media peragaan dan paparan. Pemantauan kesalahan penggunaan bahasa yang dibuat berserta dengan pembetulannya akan dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk diambil tindakan pembetulan dan sebagainya. Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Terima kasih kerana peka dengan kesalahan dan perkara berkenaan dan amatlah kami hargai.
Thanks for clicking. That felt good.