Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : , nyampang-nyam­­­­­­­pang, menyampang 1. barangkali, jangan-jangan, kalau-kalau: jangan bercakap kuat, senyampang ada orang mendengar; 2. jika, kalau, sekiranya: ~-~ lalu, singgah di rumah aku; 3. sementara, kebetulan, selagi: mari kita pergi senyampang ada orang di jalan; 4. mujur, untunglah: ia hampir mati lemas, ~ ada orang menolongnya; 5. hanya kerana, mentang-mentang: ~ kaya hendak kahwin lagi; senyampang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. kebetulan, untunglah, mujurlah: ~ hari masih pagi, jika tidak, tidak dapat kita kembali; 2. kalau-kalau, jika sekiranya: ~ balik esok, jemputlah singgah; 3. selagi, sementara: ~ ada peluang tuan ziarahi kubur; 4. mentang-mentang, masakan: ~ dia ber-pangkat, bukan main sombong lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 jika sekiranya; kalau-kalau: Bawalah payung ~ hujan di jalan. 2 sementara ada; kebetulan; untunglah …: ~ hari sudah redup, marilah kita berangkat sekarang. 3 mentang-mentang; kerana: ~ kita miskin, dia hendak berbuat sesuka hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senyampang (kata tugas)
1. Bersinonim dengan kebetulan: untunglah, mujurlah, nasib baik,

2. Bersinonim dengan kalau: jika, sekiranya,

3. Bersinonim dengan selagi: sementara, selama,

4. Bersinonim dengan mentang-mentang: masakan.

Kata Terbitan : senyampang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Senyampang saya ada di sini. atau Senyampangnya saya ada di sini. kedua2 ayat tersebut betul atau salah?Kedua-duanya betul. Penggunaan "nya" boleh digunakan untuk bermaksud penegasan.Tatabahasa30.07.2009

Kembali ke atas