Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pa.kan]/[se.pa/.kan] | سڤقن

Definisi : hasil menyepak, tendangan; ~ sudut tendangan penjuru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pa.kan]/[se.pa/.kan] | سڤقن

Definisi : gerakan kaki utk menyepak; tendangan: ~nya yg mengelirukan itu berjaya menghasilkan gol utk pasukannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sepak2
Kata Terbitan : menyepak, sepakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dalam sukan takraw, apa yang dimaksud sepakan badikSepak badik ialah menyepak bola dr belakang.Makna04.08.2007
Selamat Pagi. Saya, seorang guru sekolah rendah yang baru mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia. Saya ingin menanya beberapa soalan yang berkaitan dengan penggunaan kata. Bolehkah 'dalam' digunakan di depan perkataan 'rumah'? Seperti ayat : Adik sedang berehat di dalam rumah. Bolehkah 'sepakan' diikuti dengan perkataan 'pantas'? Seperti ayat: Sepakannya yang pantas telah menerjah bola ke jaring gol. Harap kalian dapat memberi bimbingan kepada saya, budak yang baru. Sekian, terima kasih.Kedua-dua ayat : Adik sedang berehat di dalam rumah dan Adik sedang berehat di rumah betul. Dalam ayat kedua perkataan yang lebih sesuai ialah kuat. Tatabahasa03.04.2008
Bagaimana cara menentukan penggunaan imbuhan akhiran -kan pada perkataan yang huruf akhirnya K..contoh lonjak, banyak?Saudara harus tahu membezakan kata yang terbentuk dengan akhiran -kan dan kata yang terbentuk daripada akhiran -an. Kata kerja yang terbentuk dengan akhiran -kan, seperti bukukan, carikan dan tunjukkan. Kata nama yang terbentuk daripada akhiran -an, seperti tamparan, lukisan dan sepakan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 117 dan 183.Tatabahasa10.07.2012

Kembali ke atas