Disini saya ingin mendapatkan khidmat tuan/puan dalam penyemakan ejaan bagi sepanduk seperti yang tertera dalam lampiran fail. | Untuk pengesahan iklan, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my , klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Puan perlu mendaftar untuk kali pertama dan ikuti prosedur seterusnya. | Lain-lain | 30.09.2013 |
Mohon kelulusan DBP untuk tujuan penggantungan Banner. Terima kasih | Untuk makluman, DBP hanya mengesahkan sepanduk dalam bahasa Melayu. Sila terjemah kepada bahasa Melayu dan hantar semula melalui Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) | Lain-lain | 03.07.2013 |
Salam 1Malaysia, Tuan, 1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada dinyatakan tentang peraturan penggunaan Inti KN + Inti KN. Jadi, adakah salah jika ada yang memanggil "Saya, Faizah Munsyi". Alasannya, ada frasa yang menyatakan "Encik Ali Pengetua SMK Jelatek". Mohon penjelasan. 2. Apakah jawatan yang sesuai untuk merujuk kepada seseorang yang ditugaskan untuk menyediakan Sepanduk atau Gegantung? Mungkinkah Pereka bentuk dan grafik? 3. Perkataan 'tertentu' dan 'boros' merujuk kepada golongan kata apa? 4. Istilah BM untuk merujuk kepada 'portable hard disc', apa? Terima kasih. | 1. Jika tuan maksudkan FN (Subjek) + FN (Predikat), struktur ayat tersebut memang betul. Cntoh lain, Ali seorang guru - Ali (Subjek - FN) dan seorang guru (Predikat - Frasa Nama). 2. Nama jawatan yang sesuai ialah Pereka Bentuk. 3. Tertentu ialah kata keterangan dan boros ialah kata kerja. 4. Padanan portable hard disc dalam bahasa Melayu ialah "cakera keras mudah alih". | Tatabahasa | 09.05.2012 |
BISNESS DAN SME | ISTILAH BISNES TIDAK DITERIMA SEBAGAI PADANAN BAHASA MELAYU UNTUK BUSINESS. ISTILAH BAHASA MELAYU YANG DITERIMA IALAH PERNIAGAAN. PENGGUNAAN ISTILAH BISNES DALAM MEDIA CETAK, MEDIA MASSA DAN SEBAGAINYA ADALAH DI LUAR BIDANG KUASA DBP DAN MEREKA TIDAK MEMINTA KHIDMAT NASIHAT DBP. SEKIRANYA PERKATAAN ITU DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN PENGIKLANAN (PAPAN TANDA, GEGANTUNG, SEPANDUK DAN SEBAGAINYA) DI KUALA LUMPUR, PERLU MENDAPAT PENGESAHAN DBP, KERANA DBKL TIDAK AKAN MELULUSKAN BAHAN IKLAN TERSEBUT SELAGI TIDAK DISAHKAN OLEH DBP. WALAU BAGAIMANAPUN, SEKIRANYA ISTILAH BISNES IALAH CAP DAGANG, BOLEH DIGUNAKAN DI MANA-MANA SAHAJA. ISTILAH INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) TELAH LAMA DI TERIMA PAKAI DAN TELAH MANTAP PENGGUNAANYA. SME IALAH SINGKATAN BAHASA INGGERIS DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN. | Istilah | 07.03.2011 |
Salam 55 Tahun Kemerdekaan Malaysia, 1. Terjemahan LCD dalam bahasa Melayu, apa? 2. Adakah pihak DBP ada menerbitkan buku tentang Kesantunan Bahasa? 3. Ada Munsyi Dewan yang mengatakan bahawa perkataan MAHU dan HENDAK sama sahaja. Pandangan tuan? 4. Mengapakah frasa 'Kita semua' ... dikatakan lewah? Contohnya: BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA KITA SEMUA! 5. Tema GUNAKANLAH BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA NADI JATI DIRI BANGSA dikatakan tidak gramatis. Pandangan tuan? 6. Ungkapan JENDELA BAHASA gramatis atau tidak sekiranya dijadikan judul program bahasa di sekolah? 7. Beza kain rentang, banner, sepanduk dan gegantung? Terima kasih. | 1. Padanan bahasa Melayu untuk "liquid crystal display (LCD)" ialah paparan hablur cecair (LCD) 2. Buku yang diterbitkan oleh DBP ialah Santun Berbahasa oleh Dr. Awang Sariyan dan Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar. 3. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "mahu" bermaksud i. suka akan, suka hendak, bersedia akan ii. hendak, akan. "Hendak" pula bermaksud i. berhasrat akan, ingin akan ii. akan, bermaksud akan, mahu iii. untuk. Berdasarkan maksud yang diberikan, terdapat maksud yang sama pada kedua-dua perkataan. 4. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kita bermaksud kata ganti diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (mendengarnya), saya dan kamu semua. Oleh itu, perkataan 'semua' dalam 'kita semua' tidak perlu digunakan kerana perkataan kita telah merangkumi maksud semua. 5. Pada pandangan kami, tema yang lebih baik ialah GUNAKANLAH BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA JATI DIRI BANGSA 6. Pada pandangan kami, penggunaan JENDELA BAHASA tidak jelas maksudnya. Kami tidak dapat memahami apakah yang ingin diketengahkan dengan ungkapan tersebut? Walau bagaimanapun, pihak puan boleh menggunakan ungkapan tersebut sekiranya pihak puan telah mempunyai konsep yang khusus mengenainya. 7. Sepanduk dan kain rentang ialah padanan bahasa Melayu untuk banner. Gegantung ialah padanan bahasa Melayu untuk bunting. | Istilah | 31.08.2012 |