Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok yg kayunya boleh dibuat bahan pencelup), Caesalpinia sappan; merah ~ merah tua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepang I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
NOTA: Peralatan di taman ini adalah terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah sahaja. Segala risiko di atas penggunaan peralatan disini adalah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra dari YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI ADALAH MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG- UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN-ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TEL NO: 03-87782000NOTA:
Peralatan di taman ini terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah sahaja. Segala risiko menggunakan peralatan di sini ialah tanggungjawab pengguna.
Ingatan mesra daripada YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG.
3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI.
4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI.
ADUAN KEROSAKAN, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
NO. TEL.: 03-87782000
Tatabahasa22.11.2013
Assalamualaikum WBT. Saya bagi pihak Jabatan Pelesenan, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) ingin membuat semakan mengenai penggunaan perkataan antara BAHASA MELAYU atau BAHASA MALAYSIA, mana satu yang lebih sesuai untuk digunakan di dalam borang-borang permohonan lesen / permit? Ini adalah kerana pentadbiran kami telah menerima aduan berbentuk teguran daripada orang awam mengenai penggunaan BAHASA MALAYSIA di dalam borang-borang permohonan yang disediakan oleh MPSepang untuk orang awam. Bersama-sama ini di sertakan sedikit kandungan aduan yang dikemukakan oleh orang awam tersebut "Di dapati di laman borang lesen Majlis Perbandaran Sepang tertulis istilah Bahasa Malaysia. Istilah ini tidak betul. Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 152 yang tak pernah dipinda, nama bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu. Begitu juga Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Sehubungan itu, adalah dimohon agar pihak DBP dapat memberikan panduan dan cadangan sewajarnya kepada kami di MPSepang dalam memastikan pentadbiran kami menggunakan nahu bahasa yang tepat di dalam borang-borang permohonan lesen / permit rasmi kami. Bersama-sama ini dilampirkan sebahagian kandungan di dalam borang permohonan lesen MPSepang yang menggunakan perkataan BAHASA MALAYSIA untuk rujukan pihak tuan/puan. Segala kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Untuk makluman, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Dalam sumber perundangan yang lain seperti Akta Bahasa Kebangsaan 1967, bahasa kebangsaan digunakan bersama-sama bahasa Melayu dan arahan pentadbiran melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam juga menggunakan istilah bahasa kebangsaan dan bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan akta yang sedang berkuat kuasa istilah bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan yang sewajanya digunakan dalam konteks rasmi kerajaan. Maksud rasmi “ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

Lain-lain24.07.2025
saya diminta oleh majlis perbandaran sepang untuk membuat pengesahan bahasa untuk papan iklan.soalan saya bagaimana cara untuk saya mendaftarkan iklan papan tanda saya dengan dbp.Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", untuk pemprosesan segera permohonan tuan hubungi kami di talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan.Lain-lain09.10.2015
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pihak Majlis Daerah Sepang meminta saya mendapatkan surat pengesahan bahasa yang digunakan pada papan tanda di kafe saya. Perkataannya adalah "TOOMIS CAFE" . Bagaimana saya boleh dapatkan surat tersebut?

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)

Lain-lain21.09.2018
Saya ingin memohon Lesen Perniagaan di Majlis Perbandaran Sepang. Tetapi Nama Papan Tanda di Premis Perniagaan saya memerlukan pengesahan dari DBP. Nama kedai saya adalah 'Meet & Greet'.Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan  berserta lampiran visual iklan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain06.11.2015
Bagaimana eja nya untuk tuhan. contoh dengan izinNya. ada sepang ke tidak?Ejaan yang betul ialah izin-Nya.Tatabahasa05.09.2013
Sila tolong semakan perkataan tersebut untuk menghantar kepada Masjis Perbandaran Sepang supaya mendapatkan kelulusan untuk menukar printing papan billboard dekat IOI City Mall.1. Tuan/Puan, Jika hendak mendapatkan kelulusan bahasa daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), semua teks pada papan iklan luar (billboard) tersebut perlulah dalam bahasa Melayu atau jika hendak letak bahasa Inggeris, perlu buat dalam dwibahasa (bahasa Melayu di atas, bahasa Inggeris di bawah).

2. Berikan padanan versi bahasa Melayu bagi perkataan Picture Perfect 20MP Cameras.

3. Buang simbol @

4. Kemudian, pihak tuan/puan perlu layari laman web dbpsahbahasa.my , daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual papan iklan luar (billboard) tuan/puan.

Tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain30.07.2018
Saya ingin memohon lesen iklan (kain rentang/gegantung) di Majlis Perbandaran Sepang. Pihak Majlis mahu surat sokongan dari pihak DBP yang menyatakan ayat di kain rentang/gegantung tersebut mengikut piawaian dari DBP saya harap pihak tuan dapat membantu saya. (surat melalui email juga diterima)Untuk makluman tuan, DBP tidak mengeluarkan surat sokongan untuk pemasangan iklan. DBP menyediakan portal khas untuk semakan dan pengesahan penggunaan bahasa dalam iklan. Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (boleh diakses melalui carian di Google).Lain-lain09.12.2015
SALAM SEJATERA.SAYA SUB INSPEKTER KARUNAKARAN PEGAWAI PENYIASAT KOMERSIAL DARIPADA IPD SEPANG.SAYA SEDANG MENYIASAT SATU KES PENIPUAN.SEBAGAI BAHAN BUKTI SAYA ADA 1 RAKAMAN VIDEO DUA LELAKI INDIA SEDANG BERSEMBANG DALAM BAHASA INDIA.SAYA NAK BUAT TRANSKRIP APA YANG MEREKA SEMBANG KE DALAM BENTUK TULISAN DALAM BAHASA MELAYU/BAHASA INGGERIS UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI BAHAN BUKTI DI MAHKAMAH.ADAKAH PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA?DENGAN SIAPAKAH SAYA PERLU MERUJUK PERKARA INI?HARAP PIHAK TUAN DAPAT BANTU SAYA.SEKIAN TERIMA KASIH.Untuk makluman tuan, khidmat membuat transkrip tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat Bahasa disediakan khusus bagi membantu pengguna menangani masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan, istilah dan tatabahasa.Lain-lain22.05.2013
Asssalamualikum, Kami ingin bertanyakan tatacara penggunan tulisan Jawi didalam papan iklan yang akan dipaparkan Shopping center Gateway di KLIA2 Sepang. Pilak client kami menetapkan untuk menulis perkataan Let's Explore dalam tulisan jawi bagi mempromosi kan tulisan jawi. Tujuan iklan ini adalah bagi menarik orang ramai melancong ke Negeri kelantan Pertanyaan kami, adakah menulis jawi dalam english menyalahi peraturan sedia ada PBT di selangor atau peraturan yang ditetapkan MAIS / DBP atau dibenarkan? Harap pihak tuan, puan dapat membantu kami.Perkataan asing sekiranya hendak dikekalkan, mestilah disertakan terjemahan dalam bahasa Melayu. Tiada halangan untuk menggunakan slogan "Let's Explore" namun terjemahan dalam bahasa Melayu "Jom Teroka" perlu disertakan dan saiz perkataan dalam bahasa Melayu adalah lebih besar dan jelas.Lain-lain13.07.2020
12

Kembali ke atas