Puan, 1) Adakah perkataan "suntuk" hanya boleh digabungkan dengan perkataan "sehari' dan " semalam" iaitu "sehari suntuk" dan "semalam suntuk" ? 2) Tolong semak kesalahan dalam ayat di bawah :- Sudah dua hari suntuk dia membantu ibunya di bendang. Terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, suntuk bermaksud ;1 sudah sampai pada hadnya sehingga tidak dapat diteruskan lagi; telah terlampau atau terlewat waktunya; terlambat: Kita tidak sempat menyiapkan memorandum itu kerana masa sudah suntuk. sehari suntuk = sepanjang hari; semalam suntuk = sepanjang malam. 2 tidak panjang; pendek; singkat: suntuk akal tidak dapat berfikir lagi; pendek akal. tersuntuk tidak dapat maju atau tidak dapat mara lagi; terhalang; tertahan. kesuntukan 1 keadaan atau hal suntuk. 2 telah suntuk (waktu, wang dan lain-lain); mengalami keadaan suntuk; kehabisan atau kesempitan (wang, masa dan lain-lain). Ayat "Sudah dua hari suntuk dia membantu ibunya di bendang." betul. | Tatabahasa | 30.05.2013 |
maksud kawalan belanjawan | Saudara, Perkataan kawalan bermaksud 1. yg dikawal; hukuman ~ hukuman yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan; Perkataan belanjawan bermaksud 1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; 2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini. Oleh itu kawalan belanjawan bermaksud kawalan terhadap belanjawan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 18.12.2009 |