Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pa.ra] | سڤارا

Definisi : sebahagian sahaja, tidak sepenuhnya, separuh: ragum boleh diperbuat drpd keluli, ~ keluli atau besi tuang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pa.ra] | سڤارا

Definisi : tidak sepenuhnya atau tidak seluruhnya; sebahagian saja; separuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
separa (kata nama)
Bersinonim dengan sebahagian sahaja, separuh, setengah.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah padanan yang betul bagi perkataan “semi-processed” adalah “diproses separa” atau “separa diproses”. Sama juga dengan perkataan “semi-fermented” adakah “separa tertapai” atau “tertapai separa”. Ini kerana melalui semakan kami perkataan seperti di bawah ini pula perkataan “separa” berada di belakang. part evaporation penyejatan separa. partly skimmed milk susu skim separa partial alcoholic beralkohol separa partially hydrogenated oils lemak separa terhidrogenPadanan bahasa Melayu bagi “semi-processed”  ialah separa proses dan “semi-fermented”  ialah separa tertapai.Makna07.07.2021
Salam. 1. Adakah "sesuatu" dan "seseorang" juga tergolong dalam ka5a ganda separa? 2. Adakah kata ganda separa hanya merujuk kepada kata nama sahaja? TERIMA KASIH.Perkataan "sesuatu" dan "seseorang" tidak tergolong dalam kata ganda separa.

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.  Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan.

Selain penggandaan separa kata tunggal yang lazimnya merupakan kata nama seperti:

laki  -->  lelaki
pohon  -->  pepohon

ada juga pengganda separa daripada kata berimbuhan yang terdiri daripada kata kerja:

berlari-lari
dimarah-marah 
mencari-cari
tolong-menolong

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku  Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 77 dan 137. 
Tatabahasa07.04.2015
Selamat sejahtera... Kata ganda terbahagi kepada 3 iaitu kata ganda penuh, kata ganda berentak dan kata ganda separa. Saya inginkan penjelasan lanjut tentang kata ganda separa, iaitu adakah semua perkataan boleh digandakan menggunakan kata ganda separa ? Sebagai contoh, pohon menjadi pepohon, rambut menjadi rerambut, tingkap menjadi tetingkap dan sebagainya. Adakah kipas boleh menjadi kekipas, ladang menjadi leladang, benda menjadi bebenda, baju menjadi bebaju sekiranya kita menggunakan kata ganda separa untuk perkataan tersebut ? Jika ada kekecualian atau kategori perkataan yang boleh digunakan, perkataan yang bagaimana boleh menggunakan kata ganda separa dan perkataan yang bagaimana tidak boleh menggunakan kata ganda separa ? Terima kasih...

Encik Abdul Razak,

Pergandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78.

Tatabahasa30.03.2010
Wujudkah kata ganda separa tunggal dan kata ganda separa berimbuhan bagi perkataan SALAH dan KURANG?Tidak ada kata ganda separa tunggal dan kata ganda separa berimbuhan bagi perkataan "kurang" dan  "salah"  kecuali "sekurang-kurang". Tatabahasa30.03.2022
1)Kata ganda separa bagi perkataan biru 2) kata ganda separa berimbuhan1. Tiada kata ganda separa tunggal bagi perkataan biru
2. Kebiru-biruan
Lain-lain22.06.2021
Assalamualaikum.. adakah perkataan "sesekali" dan "sekeliling" termasuk dalam kata ganda separa?

Kata "sesekali" merupakan Kata Adverba dan bukan Kata Ganda Separa.

Kata "sekeliling" merupakan Kata Nama dan bukan Kata Ganda Separa.

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1996 dan 1023.

Lain-lain15.01.2024
Salam sejahtera. Adakah kata ganda separa berikut betul? balai-balai = bebalai, benang-benang = bebenang, cair-cair = cecair, guli-guli = geguli, gendang-gendang = gegendang, kunci-kunci = kekunci, kura-kura = kekura, lumba-lumba = lelumba, pejal-pejal = pepejal, patung-patung = pepatung, sumpah-sumpah = sesumpah, tambak-tambak = tetambak, tangga-tangga = tetangga Terima kasih.

Kata ganda dan kata ganda separa yang diberikan mempunyai pelbagai makna yang berbeza. Oleh itu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) untuk mendapatkan makna bagi setiap perkataan tersebut.

Penggandaan separa kata nama ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar. Kata dasar boleh terdiri daripada kata nama tunggal atau kata nama berimbuhan, seperti yang berikut:

i.                    Penggandaan separa kata nama tunggal

Melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar. Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan yang digandakan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu e pepet. Contohnya, kura (kekura).

ii.                  Penggandaan separa kata nama berimbuhan

Melibatkan pengulangan kata dasar tanpa imbuhannya. Terdapat hanya perkataan yang menerima akhiran –an yang mengalami penggandaan jenis ini. Contohnya, sayuran (sayur-sayuran).

Pembentukan kata ganda/kata ganda separa tidak boleh dilakukan pada semua perkataan. Tuan boleh merujuk senarai kata ganda/kata ganda separa sedia ada dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my (melalui pautan istilah bahasa Melayu/istilah MABBIM).

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan kata ganda dan kata ganda separa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 135 – 138.

Tatabahasa08.07.2025
Adakah perkataan "jejaka" dikategorikan sebagai kata ganda separa?Perkataan jejaka menepati rumus kata ganda separa seperti laki - la-laki - lelaki (jaka - ja-jaka - jejaka). Walau bagaimanapun sumber kamus menunjukkan jaka dan jejaka sebagai varian bagi lelaki dewasa.Tatabahasa08.09.2021
Maksud dan difinisi separa perubatanMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan perubatan bermaksud perihal berubat, yang berkaitan dengan ubat atau usaha mengubati. Perkataan separa bermaksud sebahagian sahaja, tidak sepenuhnya,separuh. Oleh yang demikian frasa tersebut bermaksud sebahagian/tidak sepenuhnya/separuh perihal berubat atau yang berkaitan dengan ubat atau usaha mengubati.Makna26.04.2008
Assalamualaikum tuan, Adakah perkataan 'sesuai' termasuk dalam kata ganda separa? Mohon pencerahan.Kata "sesuai" merupakan Kata Adjektif bukan Kata Ganda Separa.

Untuk maklumat lanjut, mohon merujuk Buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa17.08.2022
12345678910

Kembali ke atas