| JAWATAN KOSONG PEMBUNGKUS (PACKER) (Sepenuh Masa / Separuh Masa) Kekosongan untuk cawangan di Jalan Kapar Keutamaan diberi kepada pekerja perempuan Tempat kerja yang berhawa dingin Kemasukan segera Sila hubungi nombor telefon di bawah untuk menetapkan tarikh temuduga : 03-78040333 / 014-9299385 (Rajiv) / 012-2262317 (Rozi) | sila kemukakan soalan anda. | Lain-lain | 23.05.2014 |
| JAWATAN KOSONG PACKERS / PEMBUNGKUS (Lelaki / Perempuan) Sepenuh Masa/ Separuh Masa Menawarkan gaji yang lumayan Tempat bekerja yang berhawa dingin Pekerja Perempuan di alu- alukan Minimum SPM Sila datang dan membawa bersama sijil-sijil yang berkaitan ke : Jadi Imaging Technologies Sdn Bhd Lot 719, Jalan Kapar/ KU 6, Kawasan Industri Klang Utama, 41200, Klang, Selangor. Tel : 03-32905134/ 32905148/ 78040333 | Sila kemukakan soalan anda. | Lain-lain | 23.05.2014 |
| Asalamualaikum. Saya seorang pelajar separuh masa dalam bidang pendidikan BM di UKM. Saya memohon jasa baik tuan menerangkan cara-cara untuk membolehkan saya memuatkan artikel dalam majalan yang diterbitkan oleh DBP terutamanya majalah Jurnal Bahasa dan Dewan Bahasa. Terima kasih atas perhatian tuan | Terima kasih kerana berminat menyumbang makalah dalam Jurnal Bahasa. Makalah yang sesuai adalah yang berbentuk penemuan terbaharu dalam soal bahasa, melalui penyelidikan lapangan atau penyelidikan kepustakaan. | Lain-lain | 27.12.2009 |
| Saya sedang mengikuti pengajian separuh masa sekarang ni dan saya juga sedang membuat kajian tentang bahasa kebangsaan kita.. soalan saya mengenai bahasa kebangsaan kita. Bahasa kebangsaan kita adalah bahasa utama di malaysia, tetapi bahasa yang selalu di pakai sekarang ialah bahasa international iaitu bahasa english. kenapakah kita tidak menggunakan bahasa kita dalam apa jua urusan di negara kita?bagaimanakah kita sebagai rakyat malaysia untuk membangunkan semula bahasa kebangsaan kita? bagaimana pula kerjasama kerajaan dan swasta dalam membangunkan bahasa kebangsaan? | Usul untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan telah diterima dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (1957) apabila negara kita mencapai kemerdekaan. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi yang tunggal dalam menggantikan bahasa Inggeris. Pelaksanaan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dikuatkuasakan oleh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 (Akta 32) melalui Seksyen 5, 6, 7 dan 8. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara manakala bahasa rasmi ialah bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan sehari-hari negara. Sesuatu bahasa itu tidak boleh dianggap bahasa rasmi hanya kerana terdapat undang-undang dan peruntukan dalam perlembagaan yang memberikan taraf tersebut. Sesungguhnya bahasa itu sendiri haruslah dapat berfungsi sebagai bahasa rasmi apabila memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti:· Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi negara;· Sebagai media segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan kerajaan;· Digunakan dalam semua rekod kerajaan;· Sebagai media untuk menulis semua undang-undang dan peraturan negara; dan · Digunakan dalam semua jenis borang urusan rasmi kerajaan. DBP menjalankan pengembangan bahasa Melayu dalam negara terbahagi kepada sektor awam dan sektor swasta. Untuk sektor awam, empat sektor utama yang terlibat, iaitu Sektor Kerajaan Pusat; Sektor Kerajaan Negeri dan Tempatan; Sektor Badan Berkanun; dan Sektor Pendidikan. Manakala dalam sektor swasta pula tumpuan diberikan kepada empat sektor, iaitu Sektor Perdagangan Dalam Negeri; Sektor Perkhidmatan Kewangan; Sektor Industri Khusus; dan Sektor Media Massa. | Lain-lain | 10.05.2008 |
| hello saya ingin mencari kerja separuh masa kenalan saya memberitahu bahawa DBP mungkin memerlukan 'translator'? adakah ini benar? | Untuk maklumat selanjutnya, saudari boleh menghubungi pihak-pihakyang berkenaan seperti Institut Terjemahan Negara dan Persatuan Penterjemah Negara (03- 21424381) /Puan Saodah (012-22067076) , Setiausaha Kehormat Persatuan Penterjemah Malaysia). Harap maklum. | Lain-lain | 08.06.2009 |
| Perlawanan itu menjadi semakin hebat pada separuh kedua masa itu. munsyi, bagaimanakah betulkan ayat ini? TQ | Ayat yang betul ialah: Perlawanan itu menjadi semakin hebat pada separuh masa kedua. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
| 1. apakah penggunaan perkataan 'dibawah' dalam ayat berikut perlu dijarakkan? contoh : i) secara umumnya peruntukan masa guru dalam melaksanakan tugas di sekolah masih dibawah tahap maksimum. ii) pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam secara umumnya, masih dibawah tahap gred purata kebangsaan. 2. adakah penggunaan perkataan berkerja sesuai digunakan dalam ayat berikut?; i) kajian mendapati bahawa guru-guru yang berkerja di sekolah awam lebih bersikap positif ii). Kini, 27% daripada guru di Australia terdiri daripada guru yang berkerja secara separuh masa. bagaimanakah saya dapat membezakan penggunaan perkataan berkerja dan bekerja dalam suatu ayat? | Dalam tatabahasa, ejaan yang betul ialah di bawah dan bekerja. Sila rujuk prpm.dbp.gov.my untuk ejaan dan makna perkataan. | Tatabahasa | 08.02.2017 |
| Apa itu masa? | Masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; | Makna | 13.10.2010 |
| Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'masa' dan 'waktu'? | Masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; waktu ialah 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; | Makna | 22.02.2012 |
| Salam sejahtera. Mohon pihak tuan beri penjelasan tentang perbezaan penggunaan perkataan "waktu" dan "masa". Terima kasih. -Rahayu- | Merujuk Kamus Dewan,1. masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; 2. waktu ialah 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; W ~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; ~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana; habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal; | Lain-lain | 01.09.2010 |