Jali dan Annila menari tarian sumazau itu secara berpasangan. Maksud berpasangan yang manakah lebih tepat? Berdua-dua, bersama-sama, beriring-iring atau berdekat-dekat? Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, berpasangan bermaksud berdua-dua, sepasang-sepasang. Contoh ayat: Kasut itu disusun berpasangan. Mereka datang ke kelab malam itu berpasangan. Puan boleh merujuk kamus untuk makna perkataan. | Tatabahasa | 27.07.2020 |
Apakah penjodoh bilangan bagi baju dan seluar.Adakah boleh digunakan sepasang jika baju sahaja atau pun jika terdapat seluar dan baju baru boleh digunakan sepasang.Bagaimana pula dengan baju T. Sekian, terima kasih | Jika seluar atau baju sahaja penjodoh bilangan yang digunakan ialah sehelai dan jika berpasangan/ melengkapi satu sama lain baharulah digunakan sepasang seperti sepasang baju Melayu dan sepasang stoking. | Tatabahasa | 28.05.2012 |
Sepasang kasut sneaker. Adakah betul ejaan sneaker di dalam ayat tersebut?Jika tidak, apakah ejaan yang sebetulnya?Mohon penjelasan. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah kasut sniker.
| Ejaan | 04.06.2020 |
sepasang gunting atau sebilah gunting? | Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan. Gunting tiada penjodoh bilangan yang khusus. Penjodoh bilangan yang paling hampir bagi gunting ialah sebilah. | Tatabahasa | 28.08.2013 |
sepasang anak lelaki kembar siam atau sepasang anak lelaki kembar Siam? | Ejaan yang betul ialah sepasang anak lelaki kembar siam. | Ejaan | 31.07.2013 |
Rumus yang manakah yang betul untuk menukarkan ayat aktif dengan dua objek kepada ayat pasif? AA : Ibu membelikan saya sepasang kasut. Rumus 1 AP: Saya dibelikan oleh ibu sepasang kasut. Rumus 2 AP: Saya dibelikan sepasang kasut oleh ibu. Mohon bantuan, terima kasih. | Rumus ayat pasif yang betul ialah 'Saya dibelikan sepasang kasut oleh ibu". Ayat pasif yang mempunyai dua objek, hanya objek tepat yang bertugas sebagai subjek.
| Tatabahasa | 20.05.2014 |
Dalam kedua-dia ayat di bawah, ayat yang manakah betul penggunaan imbuhannya / kedua-dua ayat betul? Kenapa? 1. Ibu membelikan adik sepasang kasut. 2. Ibu membelikan sepasang kasut untuk adik. Masalah ini sering kami temui dalam proses pengajaran di sekolah. Semoga persoalan kami ini dapat terjawab. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah 1. Ibu membelikan adik sepasang kasut. Ayat ini betul kerana kata kerja yang terbentuk dengan apitan men...kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam ayat transitif aktif. 2. Ibu membeli sepasang kasut untuk adik. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 194-196. | Lain-lain | 04.04.2010 |
Adakah ayat ini betul-Sepasang kerongsang telah dibeli oleh Halim untuk dihadiahi kepada isterinya. | Ayat yang gramatis ialah "sepasang kerongsang telah dibeli oleh Halim untuk dihadiahkan kepada isterinya". | Tatabahasa | 09.10.2012 |
Betulkah ayat ini? Kakak menjahiti adik sepasang baju. ( Adakah penggunaan frasa menjahiti adik.. boleh disamakan dengan frasa menghadiahi adik... ? sedikit keliru..) terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Kakak menjahitkan adik sepasang baju". Dalam bahasa Melayu, apitan me-...-kan yang berpasangan dengan awalan me-, apitan me-...-kan membawa maksud benefaktif atau membuat sesuatu pekerjaan untuk orang lain. Perkataan "menjahitkan" bermaksud "Kakak melakukan perbuatan jahit untuk adik". | Tatabahasa | 13.03.2015 |
Adakah ayat ini betul? Kakak menjahitkan ibu sepasang baju kurung yang sedondon sempena hari jadi ibu yang akan diraikan pada minggu depan. | Shui terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Ayat yang betul ialah - -Kakak menjahitkan sepasang baju kurung yang sedondon untuk ibu sempena hari jadi ibu yang akan diraikan pada minggu depan. | Tatabahasa | 12.12.2009 |