Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepasukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, Apakah kata sendi nama yang sesuai dalam ayat ini? Dari atau daripada? Bas elektrik itu dihasilkan oleh sepasukan 30 orang jurutera dari/daripada universiti tempatan. Terima kasih.Kata sendiri yang tepat ialah daripada kerana merujuk kepada punca atau sumber, iaitu daripada universiti tempatan.Tatabahasa15.08.2018
ketumbukanSaya melihat bahawa mungkin terdapat kekeliruan dalam maksud ketumbukan yang dipamerkan dalam laman ini.Saya dapati bahawa ianya ditakrifkan sebagai sepasukan atau sekumpulan tentera bawah perintah seorang mejar jeneral.Saya tidak faham kenapa perkataan mejar jeneral berada disitu. Bagaimana kalau ia dibawah leftenan jeneral atau jeneral? munglin lebih sesuai jika perkataan panglima tentera digunakan kerana ia lebih umum.Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud ketumbukan ialah pasukan atau kumpulan. Maksud yang dikemukakan itu terdapat dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua. Perkara ini akan dikemukakan kepada Bahagian Perkamusan.Makna08.01.2015
Betul atau salah seketumbukan tentera.Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Pelajar terbitan DBP merakamkan ada penggunaan entri  ketumbukan. Kamus Pelajar merakamkan ketumbukan sebagai sepasukan atau sekumpulan tentera bawah pemerintahan seorang mejar jeneral. Kamus Dewan pula merakamkan ketumbukan sebagai pasukan, kumpulan.  Huraian dalam Kamus Dewan juga memberikan huraian ketumbukan tentera.Tatabahasa10.03.2014
Apakah yang dimaksudkan dengan kontijen?
Ejaan yang betul ialah "kontinjen" yang membawa maksud 1. "sekumpulan orang yang mewakili sesebuah pertubuhan, negara dan sebagainya dalam sesuatu pertemuan, acara, sukan dan sebagainya"; 2. "sepasukan tentera, polis, kenderaan tentera dan sebagainya"; 3. "beberapa kumpulan tentera atau polis yang digabungkan untuk membentuk pasukan yang besar bagi melaksanakan sesuatu misi".

Sila buat carian kata melalui laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk makna perkataan dan istilah bahasa Melayu.
Makna24.02.2023

Kembali ke atas