soalan 1 1. Anizah _________ dinaikkan pangkat walaupun dia sudah berkhidmat selama 12 tahun A. belum pernah B. masih belum kenapa memilih jawapan tersebut soalan 2 Pilih jawapan yang betul A. Aziah tidak perempuan yang mementingkan harta B. Lawatan ke Sarawak itu tidak cadangannya. C.Ainah bukan mudah terpedaya akan pujuk rayu jurujual itu. D.Roti itu tidak buatan syarikat tempatan mana satu jawapanya?kenapa memilih jawapan tersebut | 1. Dari segi tatabahasa bahasa Melayu, kedua-dua jawapan yang diberikan, iaitu "belum pernah" dan "masih belum" adalah betul dan boleh digunakan. 2. Semua jawapan yang diberikan adalah salah kerana penggunaan perkataan "bukan" dan "tidak" adalah tidak betul. Soalan A, B dan D sepatutnya menggunakan perkataan "bukan", dan soalan C sepatutnya menggunakan "tidak". | Tatabahasa | 19.04.2012 |
Adakah ayat di bawah salah: 1. Tiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. 2. Pengusaha kilang itu tidak patuh larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. 3. Encik Ali mengadakan kenduri kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya. 4. Puan Fatimah membeli alat-alat keperluan perkhemahan untuk abang di kedai itu. Pada pendapat saya, 3 & 4 tidak mempunyai kesalahan tetapi 1 & 2 sepatutnya, 1. Tiap-tiap/ Setiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. 2. Pengusaha kilang itu tidak mematuhi larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. atau ( patuh akan larangan ) Apakah pendapat tuan/ puan. Terima kasih. | 1. Tiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. Betul kerana tiap sama dengan setiap dan tiap-tiap. 2. Pengusaha kilang itu tidak patuh larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. Salah, yang betulnya ... tidak mematuhi larangan .... 3. Encik Ali mengadakan kenduri kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya. Tiada kesalahan. 4. Puan Fatimah membeli alat-alat keperluan perkhemahan untuk abang di kedai itu. Tiada kesalahan.
| Tatabahasa | 17.10.2012 |
Pada dasarnya 31.12.2000 ialah akhir alap kedua, ini bermakna pada 1.1.2001 bermulalah alap ketiga. Walau bagaimanapun ramai orang menyebut tahun 2001 hingga sekarang sebagai alap baru. Adakah kemungkinan manusia yang hidup alap ini akan hidup pada alap keempat iaitu 1.1.3001? Pakar-pakar bahasa, ahli-ahli politik sepatutnya berhati-hati menggunakan istilah-istilah baru kerana dikhuatiri akan menjadi ikutan generasi muda. Pada masa ini telah menjadi lumrah penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris dicampuradukan. Siapa harus dipersalahkan ? | saya bersetuju dengan pandangan tuan tersebut. Perkara seperti ini mungkin wujud disebabkan berlakunya salah faham dalam kalangan masyarakat kita pada masa kini. | Tatabahasa | 16.09.2007 |
Adakah ayat berikut betul dari segi tatabahasanya dan jika salah sila nyatakan alasannya. 1. Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. 2. Antara satu sama keluarga dengan keluarga yang lain... | Ayat 1 sepatutnya: Autisme ialah sejenis penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Dalam ayat ini, ejaan autisma sepatutnya autisme dan penggunaan "ialah" hendaklah diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja. Ayat 2 agak mengelirukan, sepatutnya "Antara satu keluarga dengan keluarga yang lain". | Tatabahasa | 24.02.2009 |
soalan 1 1. Kak Lijah telah memberikan __________ daripada lauk gulai ayam yang dimasaknya kepada Puan Teoh A. sebahagian B. Separuh apa jawapannya dan kenapa soalan 2 1. __________ daripada alat tulis yang ada di dalam kotak pensel itu kepunyaan kakak saya. A. sebahagian B.Sebilangan soalan 3. 1. ______________ dia dilantik menjadi ketua kerana kebolehannya itu. A. selayaknya B. sebetulnya C. Bahawasanya. soalan 4. 1. __________________ datang ke rumah saya pada malam ini kerana bapa saya akan mengadakan kenduri kesyukuran . A. Jemput B. sila C. Minta D. harap bagaimana nak bezakan jawapan tersebut.terimakasih dengan penjelasan yang diberi | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "sebahagian" dan "separuh" mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-dua jawapan adalah betul. 2. Sebahagian bermaksud separuh atau setengah. Sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. Jawapan yang sesuai ialah "sebahagian". 3. Selayaknya bermaksud sepatutnya, sepantasnya. Sebetulnya bermaksud sebenarnya, sesungguhnya, nyata. Bahawasanya bermaksud i. bahawa ii. bahawa sesungguhnya, sesungguhnya, sebenarnya. Berdsarkan maksud yang diberikan, jawapan yang sesuai ialah "selayaknya". 4. Jawapan yang paling sesuai ialah "sila" kerana sila bermaksud minta dengan hormat supaya..., jemputlah, sudilah. | Tatabahasa | 19.04.2012 |
Salam 1 Malaysia. 1. Pensyarah kursus Penterjemahan memaklumkan yang bagi Bahasa Melaysia moden sekarang perkataan 'telah' tidak digunakan lagi. Contoh: 'saham syarikat A telah jatuh 50%'. Jadi sepatutnya 'saham syarikat A jatuh 50%'. Tetapi saya lihat melalui panduan penggunaan tatabahasa yang betul yang dibentangkan di MOSTI oleh DBP, masih digunakan perkataan 'telah'. 2. Kami jugak dimaklumkan bahawa perkataan tidak digandakan. Contoh : 'projek dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan' ditulis sebagai 'projek dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan'. Mohon panduan berkaitan perkara ini. Terima kasih. | Maklumat yang disampaikan oleh penceramah tersebut lebih kepada gaya penulisan dan nilai ekonomi. Kecenderungan penulis pada masa kini tidak lagi menggunakan kata telah dan kata ganda dalam penulisan mereka. Penulis tidak lagi menggunakan kata telah terutamanya dalam melaporkan peristiwa yang telah berlaku, seperti "Saham syarikat A jatuh sebanyak 50% ...". Begitu juga dengan penggunaan kata jamak. Penulis lebih gemar tidak mengulangi perkataan yang sememangnya diketahui umum bersifat jamak, seperti "peserta-peserta seminar" dan "negara-negara yang bersidang". Seminar dan persidangan semestinya melibatkan ramai peserta dan banyak negara. | Tatabahasa | 22.10.2011 |
Jika DBP boleh berkrompromi dengan ejaan 1Malaysia yang sepatutnya dieja 1-Malaysia atau 1 Malaysia, saya mencadangkan agar DBP membuat penyelarasan ejaan semua perkataan yang mempunyai imbuhan awalan di- atau kata sendi nama di- dengan ejaan didekatkan agar tidak timbul kekeliruan pengguna bahasa Melayu. Contohnya disepak, diPerlis, disamping, diejek, diseberang, diMalaysia dan lain-lain. | 1Malaysia - dieja sedemikian kerana merujuk konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-5. Ejaan seperti 1 Malaysia - lazimnya merujuk unit/bilangan/ukuran. Pengguna bahasa tidak akan keliru dengan penggunaan "di" kerana "di" yang berfungsi sebagai awalan perlu dieja rapat, manakala "di" sebagai kata sendi nama dieja sebagai dua perkataan. | Tatabahasa | 30.03.2010 |
Nyatakan sama ada ayat yang dinyatakan menepati sistem tatabahasa yang sepatutnya? Jika tidak berikan sebab dan ayat yang sebetulnya. 1. Mereka mempamerkan ciri-ciri kanak-kanak autistik yang sebenar : suka bersendirian, tidak boleh bergaul langsung dengan kanak-kanak lain, menunjukkan tingkah laku aneh yang tidak boleh menggunakan atau memahami bahasa. 2. Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. 3. Antara satu sama keluarga dengan keluarga yang lain... 4. ... ibu bapanya akan lebih sukar menjaganya. | Ayat 2 sepatutnya: Autisme ialah sejenis penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Dalam ayat ini, ejaan autisma sepatutnya autisme dan penggunaan kata sendi nama "ialah" hendaklah diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja. Manakala kata "adalah" hadir di hadapan atau sebelum kata adjektif atau kata sendi dalam sesuatu ayat. Misalnya; Wang yang dikumpulkan itu adalah untuk tujuan amal. Ayat 3; agak mengelirukan, sepatutnya "Antara satu keluarga dengan keluarga yang lain” | Tatabahasa | 24.02.2009 |
salam! 1) bahasa Melayu atau bahasa Malaysia? mana satukah yang sepatutnya digunakan buat masa kini? 2) analisis @ analisa? yg mana satu patut diguna? | Perkara 152, Akta Bahasa Kebangsaan, jelas menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Justeru, perkataan yang sepatutnya digunakan ialah bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan "analisa" merujuk kepada makna perkataan "analisis", atau dengan kata lain kedua-dua perkataan tersebut membawa makna yang sama. Justeru, kedua-duanya boleh digunakan. | Lain-lain | 13.02.2011 |
DI DALAM TEKS UCAPAN RASMI, KITA SEPATUTNYA SEBUT NAMA INDIVIDU DAHULU, ATAU NAMA JAWATAN DAHULU. CTH: YANG DIHORMATI EN. JAMAL ROSLAN, PENOLONG KANAN 1... ATAU YANG DIHORMATI PENOLONG KANAN 1, EN. JAMAL ROSLAN...? TERIMA KASIH. | Mengikut standard dalam penulisan teks ucapan sepatutnya nama jawatan dahulu dan seterusnya nama yang berkenaan. Harap maklum. | Lain-lain | 29.10.2007 |