| Saya ingin bertanya tentang penggunaan "terhadap" dan "kepada".Kalau melibatkan perasaan..perlu guna terhadap atau kepada.. Contoh: 1. Saya cinta kepada negara/ Saya cinta terhadap negara. 2. seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh kecintaan kepada bahasa kebangsaan/seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh kecintaan terhadap bahasa kebangsaan. Mohon pihak DBP memberikan penjelasan tentang pengunaan terhadap dan kepada dalam konteks abstrak/perasaan..eg. pengorbanan, kesetiaan dan sebagainya. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021) halaman 721 dan 1054, kata sendi nama “terhadap” bermaksud menyatakan sasaran yang merujuk manusia atau sesuatu; dan berkenaan dengan atau tentang. Kata sendi nama “kepada” bermaksud arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri); menyatakan sasaran yang merujuk manusia atau sesuatu (terhadap); menyatakan hubungan pemilikan, penguasaan, pengawalan dan sebagainya antara seseorang atau sesuatu dengan seseorang atau sesuatu yang lain. Penggunaan kata sendi nama terhadap dan kepada boleh digunakan bergantung pada kesesuaian penggunaan dalam ayat. Ayat yang sesuai: Saya cinta kepada negara. (terhadap tidak sesuai digunakan) Seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh kecintaan kepada/terhadap bahasa kebangsaan. | Tatabahasa | 13.10.2025 |
| Adakah perkataan/frasa 'kumembencimu sepenuh hati' tepat dan dibenarkan mengikut tatabahasa bahasa Melayu? (Khususnya 'kumembencimu' ku- dan - mu yang terikat kepada perkataan membenci). | Penggunaan perkataan kumembencimu boleh digunakan. | Tatabahasa | 07.09.2018 |
| JAWATAN KOSONG PEMBUNGKUS (PACKER) (Sepenuh Masa / Separuh Masa) Kekosongan untuk cawangan di Jalan Kapar Keutamaan diberi kepada pekerja perempuan Tempat kerja yang berhawa dingin Kemasukan segera Sila hubungi nombor telefon di bawah untuk menetapkan tarikh temuduga : 03-78040333 / 014-9299385 (Rajiv) / 012-2262317 (Rozi) | sila kemukakan soalan anda. | Lain-lain | 23.05.2014 |
| JAWATAN KOSONG PACKERS / PEMBUNGKUS (Lelaki / Perempuan) Sepenuh Masa/ Separuh Masa Menawarkan gaji yang lumayan Tempat bekerja yang berhawa dingin Pekerja Perempuan di alu- alukan Minimum SPM Sila datang dan membawa bersama sijil-sijil yang berkaitan ke : Jadi Imaging Technologies Sdn Bhd Lot 719, Jalan Kapar/ KU 6, Kawasan Industri Klang Utama, 41200, Klang, Selangor. Tel : 03-32905134/ 32905148/ 78040333 | Sila kemukakan soalan anda. | Lain-lain | 23.05.2014 |
| Permohonan Soft-copy Tesaurus Bahasa Melayu. Assalalmualaikum dan Salam sejahtera. Saya SITI SYAKIRAH BINTI SAZALI, pelajar sepenuh masa DOCTOR OF PHILOSOPHY (COMPUTER SCIENCE) di UiTM SHAH ALAM ingin memohon soft-copy Tesaurus Bahasa Melayu untuk penyelidikan saya. Bagaimanakah caranya untuk proses permohonan ini? | Segala permohonan mengenai data tesaurus, puan boleh menghubungi pegawai kami di Bahagian Peristilahan melalui talian 03-21479159 (Puan Siti Nur Atiqah binti Amirudin). | Lain-lain | 31.10.2016 |
| Kepada Tuan/Puan, ingin membuat aduan tentang cara memohon kain rentang dan papan iklan tidak dapat digunakan sepenuh kerana tak ada butang untuk membuat permohonan baru dalam login ke dewan bahasa. Harap tuan / puan boleh dapat memberikan sedikit tunjuk ajar sebab sudah banyak saya sudah masuk tak dapat cari pemohonan baru dari klik itu. Terima Kasih | Mulai 1 Jun 2017, setiap pengesahan iklan baharu akan dikenakan bayaran. Permohonan iklan baharu perlu menggunakan sistem baharu iaitu http://dbpsahbahasa.my/ dan permohonan kemas kini atau pembetulan masih menggunakan sistem lama hingga 14 Jun 2017. | Lain-lain | 06.06.2017 |
| SETAKAT MANA SURVIVAL PUISI PADA MASA KINI? | Di Malaysia sehingga kini tidak ada pengarang yang menjadikan bidang penulisan puisi sebagai kerjaya sepenuh masa dan kebanyakannya menjadikannya sebagai kerja sampingan. Sehingga kini sukar untuk mengukur survival puisi dalam kehidupan. | Lain-lain | 05.08.2007 |
| Apakah perbezaan antara "supaya" dengan "agar", contoh ayat, Menteri Pelajaran mengingatkan semua guru agar mereka perlu komited dalam menjalankan tugas serta mendidik pelajar dengan sepenuh hati. "agar" dalam contoh ayat di atas dikatakan salah. Apakah pilihan jawapan yang lebih sesuai, "supaya" ?? Bukankah "agar dan supaya" membawa maksud yang sama? | "agar" dan "supaya" berfungsi sebagai kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, dan digunakan dalam situasi yang sama, contohnya; ia berpesan agar/supaya kami pandai-pandai membawa untung. Jawapan sama ada betul atau salah hendaklah dirujuk kepada pembuat soalan. Bagi DBP kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
| apakah maksud iltizam | iltizam 1. keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab, atau memberikan sepenuh tumpuan, tenaga dan sebagainya terhadap sesuatu. 2. penyataan berupa persetujuan atau perjanjian yang menyebabkan seseorang atau sesuatu pihak terikat atau berazam untuk melakukan sesuatu. Sila layari PRPM https://prpm.dbp.gov.my/ atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat tentang kata dalam bahasa Melayu. | Makna | 09.09.2024 |
| Ini adalah susulan daripada soalan pertama. Berikut adalah capaian yang dimaksudkan. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfhtpBJFnL-U2_p4vDs4OyOHQua64HErMhBU6c3B5X6hVYN2Q/viewform Di dalam borang tersebut, pihak sekolah menggunakan sepenuh huruf besar. Adakah amalan ini betul dan dibenarkan dalam penulisan? Borang tersebut juga saya lampirkan dalam format PDF. Terima kasih. | Seperti dalam jawapan kami sebelum ini, penggunaan huruf kecil atau besar dalam dokumen bergantung pada ketetapan pihak penganjur/pemilik. Yang diberikan penekanan ialah penggunaan bahasa dan ejaannya, hendaklah menggunakan bahasa Melayu baku. Huruf kecil atau besar boleh digunakan , namun pada kebiasaannya yang banyak ditemukan ialah penulisan seperti dalam ayat, iaitu huruf pertama pada awal ayat dan kata nama khas sahaja ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 12.03.2021 |