mencari definisi sepenuhnya apa iti masyarakat madani | Masyarakat madani ialah masyarakat yg maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. T.kasih. | Makna | 10.07.2008 |
SAYA BARU MAHU MEMULAKAN PERNIAGAAN DAN INGIN MENDAFTAR ATAS NAMA "KEDAI GUNTING RAMBUT SWEEP BARBER SHOP" . SOALAN NYA BOLEHKAH PENGUNAAN BAHASA INGGERIS DAN MELAYU DIGUNAKAN SEKALI | Sebaiknya tuan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya atau bahasa Inggeris sepenuhnya. Pilihan nama SWEEP BARBER SHOP terserah kepada tuan yang penting diterima oleh SSM dan KEDAI GUNTING RAMBUT ialah keterangan aktiviti perniagaan yang perlu dipaparkan pada visual papan tanda premis kedai untuk mendapat pengesahan bahasa daripada pihak DBP. | Lain-lain | 15.09.2017 |
apakah faktor-faktor yang menyebabkan bahasa melayu gagal berfungsi sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dewasa ini. | Bahasa Melayu atau bahasa apapun untuk berfungsi sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi memerlukan azam politik, perancangan dan penguatkuasaan dalam menangani unsur-unsur yang merosakkan bahasa. Untuk maklumat yang lebih terperinci sila rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 15.08.2008 |
Mohon penjelasan tentang maksud 'lembab' dan lembap yang mana membawa maksud masih basah dan tidak kering sepenuhnya. | Perkataan yang membawa maksud "masih basah dan tidak kering sepenuhnya" ialah "lembap". | Tatabahasa | 03.03.2015 |
1)Projek pembinaan lebuh raya itu dijangka pada tahun hadapan siap sepenuhnya. 2)Jangankan adik,sedangkan abang tidak dapat mengangkat batu giling yang berat itu. Soalan-soalan tersebut salah mana? | Ayat yang lebih gramatis ialah: 1. Projek pembinaan lebuh raya itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan. 2. Jangankan adik, abang pun tidak dapat mengangkat batu giling yang berat itu. | Tatabahasa | 04.02.2012 |
Maksud dan difinisi separa perubatan | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan perubatan bermaksud perihal berubat, yang berkaitan dengan ubat atau usaha mengubati. Perkataan separa bermaksud sebahagian sahaja, tidak sepenuhnya,separuh. Oleh yang demikian frasa tersebut bermaksud sebahagian/tidak sepenuhnya/separuh perihal berubat atau yang berkaitan dengan ubat atau usaha mengubati. | Makna | 26.04.2008 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1) Kita hendaklah menjalankan tugas kita dengan penuh tanggungjawab. 2) Ibu bapa hendaklah mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. | Ayat yang betul ialah seperti yang berikut: 1) Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. 2) Ibu bapa hendaklah mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. | Tatabahasa | 03.04.2015 |
soalan 123 | jawab sepenuhnya | Penyemakan dan penterjemahan | 22.04.2020 |
apakah perbezaan antara "setengah " dengan "separuh"? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, separuh bermaksud 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; manakala setengah pula bermaksud 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah. | Istilah | 04.08.2010 |
mohon diberikan penghuraian yang sepenuhnya mengenai perkataan tersebut : "menggesa encik rahim supaya lebih pro-aktif terutamanya dalam kerjasama bersama ketua kampong". | Frasa tersebut tergantung kerana tidak mempunyai subjek. Siapakah yang menggesa Encik Rahim supaya lebih proaktif? Sila lengkapkan ayat tersebut. | Tatabahasa | 19.05.2010 |