Display virtual keyboard interface
 

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mencari definisi sepenuhnya apa iti masyarakat madaniMasyarakat madani ialah masyarakat yg maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. T.kasih.  Makna10.07.2008
SAYA BARU MAHU MEMULAKAN PERNIAGAAN DAN INGIN MENDAFTAR ATAS NAMA "KEDAI GUNTING RAMBUT SWEEP BARBER SHOP" . SOALAN NYA BOLEHKAH PENGUNAAN BAHASA INGGERIS DAN MELAYU DIGUNAKAN SEKALISebaiknya tuan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya atau bahasa Inggeris sepenuhnya. Pilihan nama  SWEEP BARBER SHOP terserah kepada tuan yang penting diterima oleh SSM dan KEDAI GUNTING RAMBUT ialah keterangan aktiviti perniagaan yang perlu dipaparkan pada visual papan tanda premis kedai untuk mendapat pengesahan bahasa daripada pihak DBP.Lain-lain15.09.2017
Ayat yang mana yang betul, Kos ditanggung sepenuhnya oleh syarikat atau Kos ditangguhan oleh syarikat sepenuhnya.Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul. 
Sila betulkan ejaan "ditanggung"
Lain-lain04.08.2023
Adakah penggunaan huruf besar sepenuhnya BETUL dan BOLEH dalam penulisan borang. contoh borang olnine - http://gg.gg/YURAN_BHGN_A_SRAIBBB_2021 (SEPENUHNYA HURUF BESAR)Capaian yang diberi tidak dapat dibuka. Untuk makluman tuan, penggunaan huruf besar atau kecil dalam borang atau apa-apa dokumen bergantung pada syarat yang ditetapkan oleh penganjur. Sila teliti syarat yang diberikan, sekiranya tiada tuan boleh memilih huruf kecil atau besar. Walau bagaimanapun, kebiasaannya nama khas ditulis dengan huruf besar atau pangkal kata ditulis dengan huruf besar.Lain-lain12.03.2021
apakah faktor-faktor yang menyebabkan bahasa melayu gagal berfungsi sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dewasa ini.Bahasa Melayu atau bahasa apapun untuk berfungsi sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi memerlukan azam politik, perancangan dan penguatkuasaan dalam menangani unsur-unsur yang merosakkan bahasa. Untuk maklumat yang lebih terperinci sila rujuk buku yang berkaitan.Lain-lain15.08.2008
Mohon penjelasan tentang maksud 'lembab' dan lembap yang mana membawa maksud masih basah dan tidak kering sepenuhnya.Perkataan yang membawa maksud "masih basah dan tidak kering sepenuhnya" ialah "lembap".Tatabahasa03.03.2015
Saya ada kekeliruan, dalam terjemahan, andai kata teknik terjemaha nitu merupakan pinjaman/serapan sepenuhnya/tulen, dan perkataan itu terakam di dalam entri kamus dewan/prpm. adakah perkataan sebenar perlu dimiringkan atau tidak kerana telah dipinjam sepenuhnya. Contohnya: golf, prima facie serta kata nama khas dalam bahasa asing. Terima Kasih.

Menurut Buku Gaya Dewan Edisi Keempat (halaman 153), huruf condong digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Contoh: prima facie, lingua franca, mala fide, ad hoc, ad lib.

Jika perkataan dalam bahasa asing tersebut berada di dalam tanda kurung, sama ada dalam bentuk ayat lengkap atau rangkai kata yang menjadi padanan maksud sebelumnya, perkataan tersebut tidak perlu dicondongkan. Contoh:

suai padan (copy fitting)

kebebasan seni (poetic licence)

kos sut (marginal cost)

Tatabahasa14.12.2023
1)Projek pembinaan lebuh raya itu dijangka pada tahun hadapan siap sepenuhnya. 2)Jangankan adik,sedangkan abang tidak dapat mengangkat batu giling yang berat itu. Soalan-soalan tersebut salah mana?Ayat yang lebih gramatis ialah:
1. Projek pembinaan lebuh raya itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan.
2. Jangankan adik, abang pun tidak dapat mengangkat batu giling yang berat itu.
Tatabahasa04.02.2012
Dari segi realisasi fonetik, adakah "dialek Johor-Riau" yang digunakan pada zaman sekarang ini sama sepenuhnya dengan "dialek Johor-Riau" pada 100 tahun lepas? Jika ada apakah perbezaannya?Sudah pastilah realisasi fonetik atau sebutan bagi dialek Johor-Riau pada 100 tahun lalu tidak sama sepenuhnya dengan dialek Johor-Riau kini. Perkembangan dan kepesatan perbendaharaan kata sekarang ini menjadi salah satu faktor perbezaannya. Apatah lagi perancangan bahasa standard atau baku bagi tujuan keselarasan ejaan dan sebutan telah dilaksanakan dengan giat oleh organisasi yang berautoriti iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal yang sama berlaku juga di negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam, semuanya bergerak pantas.Lain-lain10.04.2023
Maksud dan difinisi separa perubatanMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan perubatan bermaksud perihal berubat, yang berkaitan dengan ubat atau usaha mengubati. Perkataan separa bermaksud sebahagian sahaja, tidak sepenuhnya,separuh. Oleh yang demikian frasa tersebut bermaksud sebahagian/tidak sepenuhnya/separuh perihal berubat atau yang berkaitan dengan ubat atau usaha mengubati.Makna26.04.2008
12345678910...

Kembali ke atas