Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.per.ka.ra] | سڤرکارا

Definisi : ; ~ lagi (pula) satu hal lagi, tam­bahan lagi: ia dilantik memegang jawatan itu kerana kecekapannya, ~ lagi ia memang berpengalaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seperkara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pentadbiran Majlis Daerah Mersing sedang dalam proses menaiktaraf papan nama jalan. Adakah wajar kami menggunakan singkatan ejaan "Jalan" kepada "Jln" sahaja. Seperkara lagi ialah wajarkah kami meletakkan perkataan "Rd" (Road) di hujung perkataan kerana, Mersing merupakan sebuah daerah pelancongan yang dikunjungi ramai pelancong asing. Contoh papan nama jalan yang dimaksudkan seperti berikut: Tulisan Jawi (Dieja secara penuh) JLN. TALAPIA RD Kerjasama bakal diberikan amat dihargai dan didahului ucapan jutaan terima kasih.Kami cadangkan ejaan "Jalan" dieja penuh kerana kalau diringkaskan menjadi "Jln.", hanya berbeza dua huruf sahaja. Walaupun Mersing sebuah bandar yang dikunjungi ramai pelancong asing, tetapi masih tertakluk pada undang-undang dan Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu telah termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu dan berbangga menggunakan bahasa Melayu. Secara tidak langsung Mersing boleh menjadi "duta" memperkenalkan bahasa Melayu kepada pelancong asing. Semoga kita menjadi seperti bangsa besar lain di dunia seperti Jepun, China dan Perancis yang berbanggsa dengan bahasa ibunda atau bahasa rasmi negara mereka.Lain-lain19.07.2012
Salam 1Malaysia, Permasalahan yang sebenarnya ialah mengambil berat tentang atau terhadap. Ada munsyi bahasa menyatakan bahawa mengambil berat tentang sesuatu manakala mengambil berat terhadap seseorang. Adakah konsep ini boleh diguna pakai? Seperkara lagi, adakah kata sendi ke atas sesuai digunakan selepas frasa mengambil tindakan dan mengenakan hukuman? Harap jelaskan. Sekian. KAY SEVENMaklumat tentang penggunaan kata 'tentang' dan 'terhadap' adalah betul. Untuk lebih memahami 'tentang' ialah kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Frasa ke atas digunakan bagi merujuk kedudukan di atas. Berdasarkan contoh ayat yang diberi penggunaan kata yang lebih gramatis ialah 'mengenakan hukuman terhadap'.Tatabahasa22.07.2011
Salam tuan, Saya ada dua soalan tentang huruf jawi. Saya ada download aplikasi keyboard jawi untuk telefon bimbit. Saya musykil dengan satu huruf ini - ro dengan tiga titik atas. Apakah huruf itu? Adakah ia mewakili huruf X? Seperkara lagi adalah huruf - wau satu titik atas. Huruf itu adalah va atau vau? Sekian, terima kasih. Irlan IshakTidak ada simbol baru dalam huruf Jawi yang dilambangkan dengan huruf ro bertitik tiga. Simbol wau bertitik satu disebut va.Ejaan29.07.2013
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa bersifat unik yang terkandung dalam ciri-ciri bahasa?boleh bagi maklumat lanjut?Sdr. secara umumnya bahasa dikatakan unik kerana melalui bahasa pelbagai perlakuan boleh dinyatakan. perasaan pedih, sakit, gembira dam sebagainya. seperkara lagi setiap bahasa itu mempunyai caranya tersendiri untuk menerangkan dan menjelaskan sesuatu. dan banyak lagi keunikan tentang bahasa. untuk keterangan dan huraian yang lebih mendalam saudara perlulah memdapatkan beberapa buku dalam pelbagai bahasa yang banyak menyatakan atau yang boleh menjelaskan soalan sdr. ini terima kasih.Tatabahasa09.08.2007
Assalammualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan koma sebelum perkataan dan. Adakah dibolehkan menggunakan koma sebelum perkataan 'dan'? Saya ada terbaca beberapa buku yang menggunakan penggunaan sedemikian. Bagaimanakah penggunaan yang sebetulnya? Contoh : telur, roti dan susu atau telur, roti, dan susu ? Seperkara lagi, bagaimanakah penggunaan 'al-Quran' yang sebetulnya? Adakah 'al' itu sepatutnya 'Al-Quran' atau 'al Quran dalam sesuatu ayat? Soalan terakhir, bagaimanakah penggunaan ayat dalam konteks huruf besar?misalnya tajuk Kesan-Kesan Buruk atau Kesan-kesan Buruk.Jika ia berupa tajuk,bagaimanakah penggunaan huruf besar untuk kata berganda seperti ini dan bagaimana pula penggunaan kata ganda dalam konteks ayat(bukan tajuk). Contoh: Negeri-Negeri Melayu atau Negeri-negeri Melayu. Sekian sahaja soalan saya. Sekian,terima kasih.

1. Penggunaan tanda koma sebelumdan’ lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Penggunaan koma sebelumdan’ biasanya untuk kategori yang berbeza, contohnya: Emak ke kedai membeli ikan, sayur, dan surat khabar.

2. Ejaan yang didaftarkan dalam Kamus ialah al-Quran.

3. Kata ganda yang berfungsi sebagai tajuk dieja dengan huruf kecil seperti Hari Kanak-kanak Sedunia kecuali kata ganda tersebut telah didaftarkan dengan huruf besar.

Tatabahasa18.11.2011
Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan 'dari'. Saya dimaklumkan ia adalah untuk merujuk pada 'tempat' dan 'masa' sahaja. Bagaimana dengan 'aspek' (contoh: dari aspek ), 'perspektif' dan 'sudut' (merujuk pada pandangan)? Saya dapati banyak tulisan yang memadankan perkataan2 tersebut dengan 'dari'. Adakah ini betul atau kita patut menggunakan 'daripada'? Seperkara lagi perkataan 'di mana' adakah ia tidak boleh digunakan di tengah2 ayat kerana kebanyakan tulisan dalam Bahasa Inggeris menggunakan 'where' dalam teks mereka.Aspek dan sudut juga merujuk tempat, oleh itu kata sendi nama yang digunakan ialah dari. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 268.Tatabahasa13.05.2010
Jika saya ingin memohon pekerjaan di cawangan DBP KL , apakah kelayakan utama yang diperlukan ?

Terima kasih di atas minat yang ditunjukkan untuk berkhidmat dengan DBP. Untuk makluman sdr, semua jawatan kosong (sekiranya ada) akan disiarkan di laman web DBP dan juga akan diiklankan melalui akhbar utama. Semua butiran/syarat yang diperlukan termasuklah tarikh tutup permohonan dinyatakan dengan jelas di dalam iklan tersebut. Sila rujuk laman web DBP atau iklan yang disiarkan dari masa ke masa. Seperkara lagi, dimaklumkan juga bahawa sdr boleh mengemukakan permohonan pada bila-bila masa untuk sebarang jawatan di DBP dan sekiranya ada kekosongan jawatan, permohonan sdr akan dipertimbangkan. Tempoh sah permohonan adalah selama setahun dari tarikh permohonan diterima oleh DBP.sila hubungi unit pengambilan, bahagian pengurusan personel (up. Pn Fairuz)

Lain-lain01.03.2009
Apakah jawatan kosong yang ditawarkan oleh DBP dan bilakah tarikh tutup hantar permohonan?Terima kasih di atas minat yang ditunjukkan untuk berkhidmat dengan DBP. Untuk makluman sdr, semua jawatan kosong (sekiranya ada) akan disiarkan di laman web DBP dan juga akan diiklankan melalui akhbar utama. Semua butiran/syarat yang diperlukan termasuklah tarikh tutup permohonan dinyatakan dengan jelas di dalam iklan tersebut. Sila rujuk laman web DBP atau iklan yang disiarkan dari masa ke masa. Seperkara lagi, dimaklumkan juga bahawa sdr boleh mengemukakan permohonan pada bila-bila masa untuk sebarang jawatan di DBP dan sekiranya ada kekosongan jawatan, permohonan sdr akan dipertimbangkan. Tempoh sah permohonan adalah selama setahun dari tarikh permohonan diterima oleh DBP.Lain-lain26.08.2007

Kembali ke atas