Peribahasa melayu membawa banyak makna tersirat sebagai medium komunikasi. Adakah peribahasa seperti "seperti kacang lupakan kulit". "gunting dalam selimut", marahkan nyamuk kelambu dibakar" boleh dikatakan membawa suatu konotasi negatif kepada masyarakat melayu? kerana peribahasa terhasil daripada ketajaman pemerhatian orang dahulu kala. | Peribahasa Melayu ialah salah satu medium komunikasi yang tercipta hasil daripada tuturan mulut ke mulut dan kemudian diwarisi kepada satu generasi kepada satu generasi sebagai satu etos bangsa. Etos ialah sistem nilai yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Sifat sesebuah masyarakat diandaikan terbit daripada sistem nilai yang menjadi panduan kepada kehidupan mereka sebagai sebuah masyarakat yang terbentuk atas persetujuan para anggotanya untuk patuh kepada sesuatu pegangan hidup secara bersama. Pegangan hidup itu ialah nilai hidup yang menjadi ukuran kepada apa-apa yang baik dan tidak baik. Oleh itu, ketiga-tiga peribahasa di atas tidak membawa konotasi negatif, tetapi sebaliknya sebagai satu ingatan atau pesanan kepada pendengarnya agar tidak bersifat sedemikian. Secara tidak langsung, peribahasa-peribahasa tersebut ingin mengingatkan kita bahawa bangsa Melayu sangat berpegang kepada nilai-nilai atau etos yang baik demi kerukunan hidup bersama. | Sastera | 19.08.2024 |
hi. Penggunaan perkataan yang manakah betul. "Seperti yang berikut" atau "seperti berikut". Apakah alasan bagi perkataan yang betul tersebut. terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah “seperti yang berikut” kerana perkataan “seperti” merupakan kata sendi nama yang perlu diikuti dengan kata nama. Perkataan “yang” dalam frasa tersebut berfungsi sebagai kata nama. | Tatabahasa | 09.03.2022 |
Adakah semua bandingan semacam seperti "lancar seperti air" atau "rajin macam semut" merupakan sebahagian daripada peribahasa? | Peribahasa merupakan istilah umum kepada jenis-jenis rangkai kata yang dikenal sebagai simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah, perbilangan, kata hikmat dan perbandingan semacam. Istilah perbandingan semacam digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kurikulum bahasa Melayu, sedangkan bandingan semacam digunakan oleh sesetengah individu dan masih boleh difahami. Untuk pengetahuan saudari, perbandingan semacam termasuk dalam kategori peribahasa kerana mengandungi kiasan kepada maksud tertentu. Untuk maklumat lebih lanjut, saudari boleh merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu edisi kedua terbitan tahun 2016. | Tatabahasa | 27.07.2025 |
seperti di alalam lampiran | Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 10.01.2025 |
Seperti yang dikatakan oleh CariCarz, TIGGO 7 PRO serba baharu bukan sekadar elegan dari segi bentuk luaran dan interior, ia juga lengkap dengan sistem bantuan pemandu ADAS dengan 17 fungsi. Is it dari segi or daripada segi? | Penggunaan perkataan yang betul ialah dari segi. | Tatabahasa | 19.06.2024 |
Salam: re: penggunaan kata "ia." Seorang Munsyi menjelaskan bahawa kata "ia" ialah kependekan untuk "dia," dan tidak boleh digunakan sebagai ganti/rujukan untuk kata nama atau frasa seperti "it" seperti dalam B Inggeris. Apakah panduan rasmi B Melayu? | Untuk makluman, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan Perdana. Berdasarkan rujukan tersebut, kata “ia” merupakan kata ganti nama diri ketiga iaitu, “dia” dan kata ganti nama bukan manusia. Contoh, “Dan ia ada berekor seperti ekor kala jengking lagi bersengat”. | Tatabahasa | 04.08.2023 |
Salam sejahtera, Persoalan saya adalah mengenai cara penulisan dalam karya kreatif seperti novel dan cerpen. Adakah dalam gaya penulisan kreatif, perkataan seperti "ke", "kan", dan "kot" perlu diitalickan. Perkataan seperti ini adalah gaya percakapan harian yang biasanya dalam dialog seperti "Kan saya dah kata..." , "Mak cik dah sapu ke kat tangan?" , dan "Mungkin sebab aku gemuk kot". Atau boleh sahaja dibiarkan roman tanpa perlu italic. Mohon pencerahan pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Tidak perlu ditulis condong (italic). | Tatabahasa | 17.01.2024 |
Salam, bolehkah kita mulakan ayat dengan kata pemeri, seperti "Adalah dianggarkan ..." atau seperti, "Namun begitu, adalah tidak tepat ...?" Terima kasih | Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh demikian, penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat "Adalah dianggarkan ..." tidak betul. Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi kecuali dalam binaan adalah + kata nafi + frasa adjektif. Oleh itu, ayat "Namun begitu, adalah tidak tepat ... " boleh digunakan. | Lain-lain | 14.03.2022 |
Sekiranya dalam perbualan temu bual, ayat dalam perbualan tersebut dimulakan dengan perkataan "Seperti", contoh ayat "Seperti pelajar Islam menghormati pendapat agama lain." Sekiranya perbualan tersebut ditranskripkan dalam bentuk ayat penulisan, adakah struktur ayat tersebut berada dalam status yang betul atau salah? | Ayat tersebut betul apabila ditranskripsikan. | Tatabahasa | 29.06.2025 |
Perkataan pinjaman bahasa Inggeris seperti teks dan faks dieja dalam jawi seperti تيك س ،فك س , huruf akhirnya dieja jarak. 1. Ejaan perkataan toraks dalam jawi dieja seperti berikut, توركس. Mengapakah huruf س dieja rapat ? 2. Apakah ciri perkataan-perkataan yang perlu dieja jarak huruf akhirnya bagi perkataan pinjaman bahasa Inggeris ? | Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (2020), ejaan تيکس dan فکس merupakan dua huruf Jawi yang membentuk gugus konsonan di akhir kata. Kedua-dua huruf ini tidak dirangkaikan atau tidak ditulis bersambung bagi mengelakkan daripada terbentuknya suku kata akhir tertutup bagi kata Melayu jati (PUEJBM 2020. Hlm: 101). Bagi ejaan ‘toraks’, terdapat kesilapan teknikal pada laman sesawang PRPM. Untuk mendapatkan rujukan ejaan yang lebih tepat, tuan boleh merujuk Kamus Dewan Perdana (2020) atau Daftar Kata Bahasa Melayu (2016). Pada masa yang sama, DBP sedang giat mengemas kini dan menyeragamkan ejaan Jawi, termasuk membetulkan bentuk ejaan yang dikenal pasti mempunyai kesilapan teknikal. | Ejaan | 13.08.2025 |