Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seperti;

Puisi
 

Emas merah kesuma danding,
     Perahu sarat seperti pelanting;
Awaknya putih pinggang ramping,
     Matanya tajam seperti gunting.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Seperti upih jatuh.

Bermaksud :

Yang tua mati dulu daripada yang muda.

 

Lihat selanjutnya...(415)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah perkataan "adalah" digunakan di hadapan "seperti"? Contoh ayat : (1) Senarai nama "adalah" seperti berikut : ..... (2) Senarai nama seperti berikut : ....... (3) Senarai nama "adalah" berikut : ...... Mohon penjelasan.1. Kata pemeri adalah boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti "adalah seperti".  Frasa yang betul ialah "Senarai nama adalah seperti yang berikut".
Tatabahasa09.05.2013
seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, sedencing seperti besi, melompat sama patah, menyerudup sama bongkok, jalan sedondon, selenggang seayuh, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggah. Mohon diberi penjelasan mengenai kata adat iniMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, kata adat bermaksud peribahasa yang berkaitan dengan adat. Peribahasa digunakan untuk menyatakan sesuatu secara sopan dan berhemah oleh masyarakat Melayu.  Puan boleh merujuk buku peribahasa Melayu untuk makna.Sastera17.11.2013
Kepentingan memelihara hubungan etnik yang harmonis berpandukan kata adat: seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, sedencing seperti besi, melompat sama patah, menyerudup sama bongkok, jalan sedondon, selenggang seayuh, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggahSila kemukakan pertanyaan puan dengan jelas. Untuk makluman, secara umumnya Khidmat Nasihat Bahasa ialah perkhidmatan bagi membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu termasuklah masalah yang berkaitan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan, istilah, laras bahasa dan tatabahasa.
Tatabahasa09.11.2013
Tuan, pertanyaan saya adalah seperti berikut: 1. Ayat seperti "Saya suka makan mi ikan:, adakah ayat ini boleh digunakan? kerana murid tahun 1 yang membina ayat tersebut. 2. Adakah perkataan-perkataan seperti mi ikan, mi wantan, mi udang boleh digunakan dalam pembinaan ayat tahun 1? Sila membalas secepat mungkin, sekian terima kasih.Ayat saya suka makan mi ikan betul dan boleh digunakan. Lazimnya untuk tahap awal murid diajar membina ayat yang mudah berkemungkinan ayat contoh yang diberikan merupakan ayat mudah dalam konteks murid masa kini.Tatabahasa07.08.2012
Seperti sedia maklum, kata bahasa Inggeris "repertoremic" tidak terdapat dalam pangkalan data PRPM (sekalipun sebagai lema dalam kamus bahasa Inggeris) tetapi kata ini wujud hendak dieja dalam bentuk transliterasi bahasa Melayu (bukan dipinjam terus dan dicondongkan). Berdasarkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, adakah betul bentuk ejaan bakunya "repertoremik"?Mengikut kaedah penyesuaian ejaan, repertoremik boleh diterima sebagai padanan repertoremic dalam bahasa Melayu.Ejaan13.06.2013
seperti mayatSoalan tidak jelas. Sila kemukan soalan dengan ayat yang lengkap.Lain-lain05.05.2013
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah penyerapan bahasa asing seperti Matematik, Geografi, Psikologi dan sebagainya. Jika kita lihat pengunaan istilah ini sangat meluas dalam bidang pendidikan,sedangkan istilah-istilah seperti yang dinyatakan mempunyai makna yang tersendiri dalam bahasa Melayu seperti Matematik sebagai ilmu hisab, Geografi sebagai ilmu alam dan Psikologi sebagai ilmu jiwa. Persoalannya mengapakah istilah-istilah seperti ilmu hisab ini tidak digunakan dan diketepikan, sebalikknya kita menggunakan istilah serapan bahasa asing seperti matematik sebagai satu perkataan yang digunakan pakai secara meluas? Diharap pihak tuan dapat memberikan sedikit ulasan berkaitan perkara di atas.Sekitan terima kasih

         Semua bangsa pasti berinteraksi dengan bangsa-bangsa yang lain dalam dunia sejagat. Proses ini menggunakan bahasa sebagai alat dan wahana penyampaian fikiran dan hasrat. Dalam proses komunikasi ini, pelbagai konsep ilmu akan dipindahkan menerusi peminjaman kata dan istilah antara satu bahasa ke satu bahasa yang lain sesuai dengan ungkapan istilah jambatan ilmu.

 

Dalam interaksi bangsa Inggeris dengan bangsa Arab, terutama dalam bidang sains, banyaklah ilmu yang ditimba mereka, dan banyaklah konsep yang dipinjam melalui istilah seperti ‘alchemy’, ‘alcohol’, dan ‘algorithm’. Semakin kuat pengaruh ilmu yang dimiliki oleh sesuatu bahasa, semakin banyaklah kosa katanya dipinjam oleh bahasa yang lain. Kerana itulah istilah perubatan Inggeris sebahagian besarnya dipinjam daripada kata Yunani dan Latin. Tiada sesiapa pun pernah mempersoalkan istilah bahasa Inggeris yang bersifat kelatinan. Tiada seorang pun sekarang yang mempertikaikan kemampuan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu.

 

Sejarah telah merakamkan bahawa bahasa Melayu sudah pun berperanan sebagai bahasa perdagangan. Semenjak zaman kesultanan Melaka lagi, bahasa Melayu digunakan untuk urusan perniagaan dan perdagangan di pelabuhan di seluruh kepulauan Melayu, dari Sumatera ke Papua, di seluruh pelosok Nusantara ini. Pada masa sekarang pun bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perdagangan oleh institusi kewangan, sektor insurans dan sektor peniagaan lain. Proses peminjaman kata dan istilah juga terus-menerus berlaku baik daripada bahasa Inggeris mahupun bahasa-bahasa lain. Apabila perbankan Islam semakin banyak dilaksanakan maka banyaklah pula istilah Arab yang kita pinjam lalu timbullah nanti tanggapan bahawa  istilah Melayu sudah kearaban.

 

 

Dalam persaingan dan percampuran bahasa yang semula jadi sifatnya, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah untuk memastikan proses peminjaman ini berlaku mengikut peraturan dan petua bahasa Melayu agar istilah yang dipinjam itu dapat dieja, disebut dan digunakan mengikut kelaziman berbahasa Melayu yang baik, santun dan indah. Peranan ilmuwan Melayu juga harus lebih rancak menghasilkan tulisan ilmiah dalam pelbagai bidang dan genre agar bahasa Melayu juga menjadi bahasa ilmu yang mempunyai pengaruh dan dipinjam pula oleh bangsa lain sehingga suatu hari nanti bahasa Inggeris juga bersifat kemelayuan.

Lain-lain12.03.2013
Status pencapaian adalah seperti di Jadual 1 atau Status pencapaian ialah seperti di jadual 1.Ayat yang betul ialah "Status pencapaian adalah seperti dalam Jadual 1."Tatabahasa15.08.2013
Mana satu yang betul? 'Agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut:' atau 'Agenda mesyuarat ialah seperti yang berikut:'Frasa yang betul ialah "agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut".Tatabahasa08.04.2013
Bolehkah: 1) ... adalah seperti... 2) ... adalah bukan... 3) ... adalah seorang ... 4) Di samping itu, ... 5) Dalam pada itu, ... 6) jawapan / jawaban 7) Telefon bimbit .... Ia merupakan... 8) ...kumpalan titik atau unjuran di mana daya dikenakan secara...1. Kata pemeri adalah boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif seperti "adalah seperti" dan "adalah merah".
2. Frasa "di samping itu", "dalam pada itu", jawapan/jawaban, betul.
3. Ia merupakan boleh digunakan bergantung pada konteks ayat tersebut dan perkataan "di mana" tidak digunakan dalam ayat penyata. Sila gantikan dengan perkataan (kata hubung) yang sesuai untuk menggantikan kata "di mana".
Tatabahasa30.04.2013
12345678910...

Kembali ke atas