Adakah perkataan “seperti” itu kata hubung? Sila jelaskan. Terima kasih. | “Seperti” merupakan kata sendi nama yang berada di hadapan kata nama atau frasa nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2013), halaman 279. | Tatabahasa | 20.05.2025 |
Bahagian pinggang, pula melambangkan "nusakancana" iaitu Tanah Melayu. Adakah penggunaan tanda petik tersebut betul dan adakah perkataan awal huruf "Nusakancana" perlu dibesarkan seperti itu? | Penggunaan tanda petik pada perkataan "nusakancana" adalah betul. Perkataan ini dieja dengan huruf kecil ("nusakancana") sama seperti perkataan "nusaratang". | Ejaan | 04.03.2020 |
Kini banyak sekolah yang membina bumbung bagi dataran perhimpunan. Setahu saya dataran adalah kawasan lapang yang tidak memiliki binaan bumbung. Apabila bumbung dibina, adakah ia masih boleh dipanggil dataran? Jika tidak, apakah panggilan yang sesuai dan elok, sedap didengar untuk kawsan seperti itu? Terima kasih didahulukan. | Dataran bermaksud kawasan lapang, tidak diperincikan mempunyai bumbung atau sebaliknya. Kami mencadangkan bagi kawasan mempunyai bumbung digelar dataran berbumbung. | Makna | 09.05.2019 |
Kini banyak sekolah yang membina bumbung bagi dataran perhimpunan. Setahu saya dataran dalah kawasan lapang yang tidak memiliki binaan bumbung. Apabila bumbung dibina, adakah ia masih boleh dipanggil dataran? Jika tidak, apakah panggilan yang sesuai dan elok, sedap didengar untuk kawsan seperti itu? Terima kasih didahulukan. | Dataran bermaksud kawasan lapang, tidak diperincikan sama ada mempunyai bumbung ataupun tidak. Kami mencadangkan bagi kawasan yang mempunyai bumbung digelar dataran berbumbung untuk mengelakkan kekeliruan kepada pengguna. | Makna | 09.05.2019 |
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk: 1)Blood orange. 2)Tempered chocolate. 3)Pushing boundries. 4)Food truck (menjual makanan dari trak) 5)Century egg 6)Chicken tenders (sejenis hidangan) 7)Pan-sear (cara masakan) 8) Bezel (untuk jam tangan dan telefon bimbit) 9)South Carolina (adakah ia kekal seperti itu atau diterjemah sebagai Carolina Selatan?) 10) Mengapakah ayat sukakan, rindukan dan sepertinya salah dari segi gramatis? | 1. Padana bahasa Melayu untuk "food truck" ialah trak makanan. South Carolina perlu diterjemah kepada Carolina Selatan. Perkataan lain yang dikemukakan tidak mempunyai padanan bahasa Melayu yang khusus. Sila berikan konsep istilah tersebut untuk dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. 2. Tidak ada perkataan "rindukan" dan "sukakan" dalam bahasa Melayu. Bentuk yang betul ialah suka akan dan rindu akan. | Istilah | 21.10.2016 |
salam sejahtera, 1. Perkataan-perkataan di bawah ini merupakan kata tunggal atau kata berimbuhan? i. selepas ii. pelbagai iii. seminggu terima kasih | Wkslm, Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau ka dasar yang lain, seperti itu dan sudah. Kata selepas dan seminggu ialah kata terbitan bukan kata tunggal yang menerima imbuhan berbentuk awalan 'se'. Manakala pelbagai merupakan kata tunggal. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 47.
| Tatabahasa | 20.07.2018 |
Apakah nama-nama imbuhan yang mempunyai huruf besar itu seperti meN-, peN- dsb? Dan yang diterbitkan dari imbuhan seperti meN-. Contoh: men-, meng-. Apakah nama proses pertukaran huruf-huruf ini? | Awalan meN-, PeN- dan sebagainya disebut alomorf. | Tatabahasa | 24.02.2015 |
Adakah kata tunggal merupakan bentuk kata yang boleh menerima imbuhan? Dan apakah perbezaan antara kata tunggal dan kata dasar? | Kata dasar ialah kata akar (kata yang belum diberi apa-apa imbuhan) atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan seperti dagang dan perdagangan. Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau ka dasar yang lain, seperti itu dan sudah. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 47. | Tatabahasa | 11.10.2015 |
Salam. Adakah perkataan "ai" dalam perkataan 'aiskrim ' itu itu merupakan vokal berganding? Terima kasih | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. Perkataan ai dalam perkataan aiskrim merupakan vokal berganding. | Tatabahasa | 13.01.2014 |
Saya nak tanya ada bahan lain,murid boleh membaca buku itu seperti majalah yang diterbitkan oleh DBP,Surat Khabar,berita dan ada bahan lain tak? | Salam sejahtera. Rujukan Pautan Perkhidmatan dan Produk Dewan Bahasa dan Pustaka Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka boleh mencadangkan beberapa bahan bacaan melalui pautan seperti yang berikut: 1. a. Pelantar digital yang mengandungi Sohor Kini, Majalah (e-majalah DBP), E-Buku (PDF Koleksi Nadir, E-PUB dan i-Buku DBP), Pemasaran (medium jualan buku DBP secara maya) dan TV/Radio Digital DBP: https://jendeladbp.my/ b. Rujukan carian perkataan dalam bahasa melayu: https://prpm.dbp.gov.my/ c. Kursus atau bengkel anjuran DBP: http://akademi.dbp.my/wordpress/ d. Carian buku rujukan dalam Pusat Dokumentasi Melayu: http://pustakav2.dbp.gov.my/ e. Carian buku terbaru terbitan DBP: https://dbpniaga.my/ Sekian terima kasih. | Lain-lain | 17.06.2021 |