maksud sebenar "batuk" dalam peribahasa : seperti melepaskan BATUK di tangga. batuk itu merujuk kepada apa? dan : biar mati ANAK jangan mati adat. anak merujuk kepada? | Dalam Kamus Dewan batuk bermaksud mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya. Merujuk peribahasa yang dimaksudkan, ada pendapat mengatakan yang dimaksudkan sebenarnya ialah batok iaitu sejenis alat yan digunakan untuk menceduk air yang diperbuat daripada tempurung. Manakala anak yang dimaksudkan ialah anak kepada ibu bapa seperti yang difahami umum. | Makna | 09.07.2009 |
salam, jika kata sendi nama mesti diikuti frasa nama contohnya : seperti yang berikut~berikut kata kerja, yang berikut menjadi frasa nama.. oleh itu, bagaimana pula peribahasa 'seperti melepaskan batuk di tangga'~melepaskan merupakan frasa kerja? | Dalam mencari contoh binaan ayat yang gramatis carilah dalam buku bahasa tetapi elakkan daripada mengambil contoh peribahasa kerana peribahasa ialah warisan daripada nenek moyang kita dan dikekalkan seperti bentuk asalnya (walaupun tidak gramatis). Frasa "adalah seperti yang berikut", betul. Kata adalah, ialah kata pemeri yang diikuti oleh kata sendi nama seperti dan "yang berikut" ialah frasa keterangan. | Tatabahasa | 07.11.2012 |
Salam Sejahtera, Adakah peribahasa ini betul? 1.BAGAI BETUK MELEPASKAN DI TANGGA ATAU 2.BAGAI BATUK MELEPASKAN DI TANGGA | Untuk makluman, walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa yang tepat ialah “Melepaskan batok di tangga”, DBP masih mengekalkan penggunaan bentuk yang sedia ada, iaitu "Melepaskan batuk di tangga" seperti yang terdapat dalam Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu. | Lain-lain | 18.05.2018 |
Saya ingin penjelasan berkaitan peribahasa melayu seperti di bawah: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi atau harapkan pegar, pegar makan padi 2. Melepaskan batok di tangga atau melepaskan batuk di tangga. Yang manakah peribahasa yang betul dan apakah maksudnya, Sekian, terima kasih. | Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Maksud peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi ialah orang yang kita percayai berkhianat kepada kita, manakala "Melepaskan batuk di tangga" bermaksud membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai. | Lain-lain | 10.01.2012 |
Peribahasa harapkan pagar ATAU pegar makan padi dan seperti melepaskan batuk ATAU batok di tangga? Minta penjelasan. Terima kasih | Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahua’lam. | Sastera | 15.04.2012 |
Saya ingin mendapat penjelasan mengenai peribahasa harapkan pagar makan padi. Di dalam mingguan malaysia 14 dis merujuk kepada pakar bahasa A Karim A Bakar, perkataan sebenar ialah pegar (burung). Saya juga pernah mendengar slot dbp di dalam nasional fm sebelum ini. Peribahasa tidak semestinya perlu perkataan yg betul sama seperti ibarat kucing bertanduk. Mana ada kucing bertanduk. Mohon penjelasan tuan. | Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. | Lain-lain | 19.12.2014 |
Terdapat 35 spesies pegar dari 11 genera. Yang paling diketahui secara umum tersebar di seluruh dunia melalui introduksi. Beberapa spesies sangat populer sebagai hewan peliharaan, misalnya Pegar Emas. http://id.wikipedia.org/wiki/Burung_Pegar Adakah perkataan 'Pagar' di dalam peribahasa 'Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi' sebenarnya adalah 'Burung Pegar'? Logik juga, mana ada pagar yang boleh makan. Sama juga la dengan peribahasa 'Seperti Melepaskan Batok di Tangga'. Batok tu bukanlah bermaksud penyakit batuk, tetapi alat menceduk air yang digunakan untuk mencuci kaki sebelum naik (menggunakan tangga) ke dalam rumah. Jadi, adakah sebetuan peribasa ini yang sebenarnya ialah: 'Harapkan pegar, pegar makan padi'. Yang benar Hussaini Abdul Karim | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Mungkin ada benarnya 'Harapkan pegar, pegar makan padi' beranalogikan fakta pagar tidak boleh makan padi dan pada zaman dahulu pagar tidak memagari sawah padi. Namun sehngga kini tidak ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Begitu juga halnya dengan ungkapan 'Melepaskan batok di tangga' dikaitkan dengan adab orang Melayu yang akan membersihkan terlebih dahulu dengan menceduk air daripada tempayan menggunakan batok. Setelah digunakan batok dikembalikan ke tempat asal bukannya dibiarkan di atas tangga. Pendapat ini juga telah lama dibincangkan tetapi tidak ada dapatan yang mengesahkan kebenarannya. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan. Peribahasa tidak seperti tatabahasa yang dapat dibuat kajian kerana sumber rujukan ada di persekitaran ilmu bahasa. | Lain-lain | 27.01.2012 |