Salam, apakah makna "seperti pahat dengan penukul" 1. orang yang hanya bekerja pabila disuruh, atau 2. bantu-membantu satu sama lain hal ini kerana timbul kekeliruan makna. sekian terima kasih | Seperti pahat dengan penukul bermaksud satu sama lain bantu-membantu.
| Tatabahasa | 05.04.2013 |
saya keliru dengan makna perumpamaan 'seperti pahat dengan penukul'. sama ada maknanya 'satu sama lain bantu-membantu' atau 'orang yg hanya bekerja apabila diperintah'. makna yang mana tepat bagi perumpamaan tersebut? | Puan Norsazila, Makan perumpamaan yang betul ialah orang yang hanya bekerja apabila disuruh atau diperintah. | Tatabahasa | 30.03.2010 |
Apa maksud sebenar perumpamaan seperti pahat dengan penukul? | Sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pahat&d=11 untuk mendapatkan maksud peribahasa yang tersebut. | Makna | 19.06.2013 |
Maaf, saya menghadapi keliruan apabila mencari maksud seperti pahat dengan penukul. Dalam khidmat nasihat tuan ditulis orang yang hanya bekerja apabila disuruh atau diperintah pada tahun 2010 tetapi satu sama lain bantu-membantu pada tahun 2013. Harap tuan boleh bantu untuk memberi penerangan. | Terdapat dua peribahasa berkaitan pahat. 1. Seperti pahat dan penukul bermaksud saling bantu membantu. 2. Bagai pahat, tidak ditukul tidak makan bermaksud orang yang hanya bekerja apabila disuruh atau diperintah. Semoga merungkai kekeliruan saudara. | Makna | 25.05.2018 |