saya ingin mendapatkan panduan dari pihak tuan. Yang mana satu adalah benar? 1)catat atau catit? 2)....sepertimana yang tercatat ...atau .....sepertimana yang tercatit...? | Ejaan yang betul ialah catat dan tercatat. | Ejaan | 10.11.2011 |
sepertimana atau sebagaimana? | Saudara Fazli, Perkataan sepertimana, sebagaimana dan seperti mempunyai maksud yang sama. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 18.04.2010 |
Terima kasih di atas cadangan nama 'Armada Buana' dan 'Armada Betara Kala'. Sepertimana yang telah saya maklumkan tadi pihak syarikat kami bercadang menamakan kapal baru itu bermula dengan huruf "P" sepertimana kapal FPSO awal kami 'Perkasa' maka nama kapal kedua yang bakal siap ini akan juga dinamakan bermula dengan huruf "P". Kalau boleh, nama itu hendaklah nama yang simple dan senang disebut dan diingat lebih-lebih lagi pelangan kami adalah terdiri dikalangan orang asing. Terima kasih. | Cadangan lain ialah Pawana Buana. Pawana ialah angin atau bayu; atau Perwira Buana; atau Peterana Buana. Peterana ialah tempat duduk raja. | Lain-lain | 26.02.2008 |
Apakah perkataan bahasa melayu bagi "fleet" sepertimana di guna dalam ayat "your complete fleet requirement" | Untuk makluman, terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk "fleet", iaitu kumpulan, armada dan pengangkutan. Tuan boleh memilih istilah yang bersesuaian dengan konteks dan konsep yang diberikan. | Istilah | 22.03.2013 |
mengapakah perkataan ternak tidak menjadi menernak sepertimana dalam contoh-contoh ini..tembak-menembak,timbus-menimbus,tukul-menukul..sebaliknya ternak jadi "menternak" | Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Perkataan ternak - menternak - penternakan ialah sebahagian daripada kelompok kekecualian dalam bahas Melayu. | Tatabahasa | 23.04.2012 |
sila semak, apapun atau apa pun, sepertimana atau seperti mana, warawiri atau wara-wiri, fatamorgana atau fata morgana apakah maksud kausa dan lokatif berikan contoh kata kerja yg disertakan dengan imbuhan, men---kan atau men---i yang membawa maksud kasatif atau lokatif berikan contoh bagi kata kerja yang sama imbuhannya tetapi selepasnya, membezakan benda bernyawa atau tidak berkan contoh bagi kata kerja yang sama imbuhannya yang kalau diganti sesama sendiri masih tidak mengubah maksud perkataan berkenaan | Ejaan yang betul ialah apa pun, seperti mana, warawiri dan fatamorgana. Maksud kausatif ialah (Lin) berkenaan bentuk kata kerja transitif yg berakhiran -kan yg mengatakan sebab berlakunya sesuatu kejadian (mis dlm ayat Ali membesarkan rumah, -kan dlm kata membesarkan membawa pengertian kausatif, iaitu menjadikan besar). Contoh kata kerja yg disertakan dengan imbuhan meN-...-kan atau meN-...-i yang membawa maksud kausatif atau lokatif ialah menghadiahi dan menghadiahkan. Contoh kata kerja yang menerima imbuhan meN-...-kan dan meN-...-i serta boleh silih berganti tanpa mengubah maksud perkataan berkenaan seperti Ali sedang membaiki kereta yang rosak dan Ali sedang membaikkan kereta yang rosak. | Tatabahasa | 29.08.2007 |
Assalamualaikum. Kenapa "sangkakala" tidak ditulis sebagai "sang kakala", iaitu sepertimana kita tulis "sang kancil"? Terima kasih. | Sangkakala merupakan satu perkataan , iaitu sejenis serunai daripada kulit kerang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sang digunakan di depan nama binatang (dalam cerita). Contohnya, Sang Kancil, Sang Buaya dan sebagainya. Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain. Sang biasanya digunakan dalam penceritaan sastera kreatif yang menunjukkan keakraban. | Tatabahasa | 02.10.2013 |
Bersama-sama ini dilampirkan 'soft copy' visual iklan papan tanda berwarna sepertimana menjadi syarat yang perlu dilampirkan dalam borang permohonan lesen premis dan lesen iklan papan tanda DBKL. Dalam hubungan ini, saya mohon pihak tuan dapat mengesahkan dan memberi maklumbalas awal. Segala kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. | Untuk pengesahan iklan, klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 04.08.2011 |
mohon dimaklumkan baagaimana nak bezakan yang satu perkataan dengan dua perkataan. Sepertimana - satu / dua perkataan? Bagaimana dll. | Pada umumnya kata majmuk dieja sebagai dua perkataan kecuali beberapa perkataan yang telah mantap seperti warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu dan bagaimana. Tiada rumus yang boleh dijadikan panduan untuk mengeja perkataan sama ada satu atau dua kerana ini adalah kekecualian dalam bahasa Melayu, kecuali merujuk kamus. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
Saya ingin tahu erti sebenarn apakah maksud lencana SAYA ANTI RASUAH sepertimana yang di pakai oleh Pegawai dan anggota PDRM. | Rasuah bermaksud perbuatan yang salah di sisi undang-undang seperti menerima atau memberikan wang suap(pecah amanah, menggelapkan wang dll.) Anti- ialah awalan yang bermaksud bertentangan dengan, melawan,menentang. Antirasuah bermaksud tidak menerima atau mengamalkan perbuatan menerima rasuah. Sdr. boleh menghubungi Polis Diraja Malaysia. | Lain-lain | 01.10.2007 |