Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. jikalau, seandainya, sekiranya: ~ engkau diajak mahukah engkau pergi? 2. selayaknya, semestinya: maka oleh Paduka Bubunnya disuruhnya jemput surat itu dan disuruhnya arak dgn ~; 3. umpamanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepertinya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah ayat ini betul? Saya mahu jadi jaguh sukan sepertinya. Saya mahu mengharumkan nama negara. 2. Bagaimanakah cara sebutan atlet? E taling atau e pepet?

Ayat yang betul ialah “Saya mahu menjadi jaguh sukan sepertinya. Saya mahu mengharumkan nama negara.” Kedua-dua ayat ini boleh juga digabungkan menjadi ayat majmuk “Saya mahu menjadi jaguh sukan sepertinya dan mahu mengharumkan nama negara.” Sebutan “atlet” ialah [at.lét]  dengan sebutan e (taling).  

Tatabahasa11.10.2021
Bagi nama-nama gunung/pergunungan atau sepertinya, contohnya Blue Mountains, Green Mountains and Crazy Mountains di Amerika, perlukah diterjemah perkataan Blue, Green dan Crazy atau boleh saja diterjemah kepada Pergunungan Blue, Gunung Green dan Pergunungan Crazy?

Nama-nama bagi negara, negeri, daerah mahupun tempat adalah mengikut pengesahan yang telah diisytiharkan oleh badan-badan tertentu dalam satu-satu keadaan yang tertentu dalam masa-masa yang tertentu.  Tidak ada panduan yang khusus untuk pengisytiharan satu-satu nama tersebut.  Nama-nama ini hampir terkecuali daripada hukum-hukum dan pola bahasa dan penterjemahan. Nama tempat digolongkan dalam kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada nama orang, tempat, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Justeru, kata nama khas yang merujuk nama tempat tersebut tidak perlu diterjemahkan kepada bahasa Inggeris.

Penyemakan dan penterjemahan19.10.2019
perkataan seperti air milo, nescafe dan yang sepertinya, apakah perlu dieja sebagai air Milo, Nescafe? Atau dibiarkan huruf kecil? Nama khas seperti Milo dan Nescafe hendaklah dieja menggunakan huruf besar , contoh : air Milo dan  air Nescafe.Ejaan25.02.2008
Sy menemukan perkataan "panah liang" dlm kamus Wilkonson yg merujuk kpd sj tebuan besar berbisa yg biasa hidup di dalam tanah. Perkataan ini sepertinya sepadan dgn perkataan "yellow-jacket" yg belum ada dlm catatan dbp, jg merujuk kpd sejenis tebuan berbisa.

Frasa "panah liang" masih belum terakam dalam mana-mana kamus terbitan DBP. Kami perlu membuat analisis data bagi mendapatkan padanan atau makna yang tepat bagi frasa tersebut. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat.

Penyelidikan25.05.2025
Selamat sejahtera. Banyak rakan saya, termasuk yang bekerja sebagai guru sering keliru tentang perbezaan diftong dan vokal berganding. Saya mendapati perkataan-perkataan seperti 'daun', 'jauh' dan sepertinya diberikan sebagai contoh yang mengandungi diftong 'au', tetapi saya kurang setuju kerana 'au' dalam contoh-contoh ini ialah vokal berganding. Pada pandangan saya, kekeliruan ini timbul disebabkan pemahaman yang kurang tentang pemenggalan suku kata bahasa Melayu. Diftong 'au' dalam perkataan seperti 'bakau', 'engkau' dan 'pulau' tidak harus disamakan dengan vokal berganding dalam perkataan seperti 'daun', 'jauh' dan 'laung'. Hal ini demikian kerana 'au' dalam contoh yang kedua dipisahkan oleh dua suku kata dan tidak disebut dengan satu puncak kelantangan, maka tidak boleh dianggap sebagai diftong. Namun saya kurang pasti sama ada pemahaman saya sebegini adalah betul atau tidak. Jadi saya ingin meminta penjelasan yang lebih arif daripada tuan/puan tentang masalah ini. Hal ini amat penting bagi mengurangkan kekeliruan baik dalam kalangan pengajar atau pelajar, terutamanya daripada golongan Cina. Terima kasih.Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Diftong dilafazkan sebagai satu bunyi. Vokal berganding berbeza daripada diftong, dan contoh  vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut.
Tatabahasa09.07.2015
Assalamualaikum. Terlebih dahulu, terima kasih atas semua jawapan daripada pertanyaan saya sebelum ini. Soalan: Apakah perbedaan antara: 1. Seminar 2. Wacana 3. Diskusi 4. Konvensyen 5. Forum dan istilah-istilah yang sepertinya? Terima kasih.1. Seminar bermkasud perjumpaan utk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu.

2. Wacana pula ialah keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatu­an fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan.

3. Diskusi bermaksud perbincangan mengenai sesuatu hal.

4. Konvensyen ialah persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa .

5. Forum bermaksud perjumpaan utk perbincangan terbuka tentang perkara yg menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis ~ dlm bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan utk perbincangan terbuka, mis majalah; 3. tempat perjumpaan umum utk perbincangan terbuka.

Tuan boleh merujuk atau melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian perkataan lain.
Makna22.10.2013
Perkataan "spritsail" drpd bahasa Inggeris sepadan dgn istilah "layar sabang" yang merujuk kpd sejenis layar. Adakah perkataan sprit sesuai diterjemahkan sabang dalam bahasa Melayu? Saya ingin cadangkan perkataan ini sebagai terjemahan bagi "sprit". Perkataan sabang sepertinya berkait dengan perkataan "cabang" yg mungkin menjelaskan penggunaannya pada jenis layar tersebut.Terima kasih atas padanan bahasa Melayu yang disarankan. Pihak kami mengambil perhatian tentang istilah tersebut. Saran kata boleh dibuat melalui pautan http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx.Lain-lain23.07.2024
apakh maksud nasuha?

Nasuha merupakan nama satu watak dalam suatu kisah benar. Dalam cerita tersebut Nasuha telah membuat sesuatu kesalahan dan apabila dia menyedari akan kesalahan tersebut beliau bertaubat dengan sebenar-benar taubat yang tiada orang sebelumnya bertaubat sepertinya. Taubatnya itu diterima Allah. Dan namanya itu sering dikaitkan dengan taubat: 'Taubat Nasuha' yang bermaksud "semurni-murni taubat". Dalam surah at-Tahrim ayat 8, Allah berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'taubat nasuha', Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai

Makna18.05.2009
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk: 1)Blood orange. 2)Tempered chocolate. 3)Pushing boundries. 4)Food truck (menjual makanan dari trak) 5)Century egg 6)Chicken tenders (sejenis hidangan) 7)Pan-sear (cara masakan) 8) Bezel (untuk jam tangan dan telefon bimbit) 9)South Carolina (adakah ia kekal seperti itu atau diterjemah sebagai Carolina Selatan?) 10) Mengapakah ayat sukakan, rindukan dan sepertinya salah dari segi gramatis?1. Padana bahasa Melayu untuk "food truck" ialah trak makanan. South Carolina perlu diterjemah kepada Carolina Selatan. Perkataan lain yang dikemukakan tidak mempunyai padanan bahasa Melayu yang khusus. Sila berikan konsep istilah tersebut untuk dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.
2. Tidak ada perkataan "rindukan" dan "sukakan" dalam bahasa Melayu. Bentuk yang betul ialah suka akan dan rindu akan.
Istilah21.10.2016

Kembali ke atas