Contohnya Sepohon Dalam kamus dewan sebatang pokok Dalam PRPM sepohon pokok | Untuk makluman, sepohon dan sebatang merupakan penjodoh bilangan yang merujuk kepada satu. Kedua-duanya boleh digunakan untuk pokok. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan fizikal yang hendak diterangkan. Contohnya, sepohon pokok mestilah merujuk kepada pokok yang lengkap daripada daun hingga kepada akar. Manakala, setandan pisang mestilah merujuk kepada pisang setandan dan bukannya sesisir. | Tatabahasa | 17.03.2020 |
1. sepohon pokok / sebatang pokok 2. Guru Besar / guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang | 1. Penjodoh bilangan yang betul ialah "sebatang pokok". 2. Ayat yang betul ialah "Guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang". | Tatabahasa | 26.03.2010 |
Adakah 'pohon' merupakan perkataan penjodoh bilangan? 1) Sebatang pokok rambutan atau sepohon pokok rambutan? 2) Apakah perbezaan di antara sebatang pokok dan sepohon pokok? | Pohon penjodoh bilangan untuk dahan pokok kayu. Contohnya: sepohon (kayu) ara. Sebatang penjodoh bilangan untuk pokok. Contoh: Dia bersandar pada sebatang pokok. | Tatabahasa | 13.05.2011 |
APAKAH PENJODOH BILANGAN UNTUK POKOK..sebatang pokok kelapa atau sepohon pokok?? | Penjodoh bilangan yang betul ialah "sebatang pokok" | Tatabahasa | 11.10.2007 |
Yang manakan betul? 1. Ahmad dan keluarganya berteduh di bawah ( sebatang, sepohon ) pokok yang rendang. | Penjodoh bilangan yang betul ialah "sebatang pokok". | Ejaan | 29.03.2016 |
tolong semak kesalahan dalam ayat berikut :- Pencuri yang bersembunyi di atas sepohon kayu itu menggigil apabila disalak anjing. terima kasih. | Ayat ini tidak tepat dari segi fakta kerana pohon bermaksud pokok dan tidak mungkin orang boleh duduk di atas pokok. | Tatabahasa | 19.02.2013 |
dia berdiri teguh di belakang pemimpin itu. munsyi, adakah teguh betul? TK | teguh- tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesanggupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaannya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memperlengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll). Teguh lebih sesuai untuk prinsip, pegangan, peraturan. | Tatabahasa | 01.09.2012 |
taat kepada Tuhan dan raja.adakah "taat " hanya digunakan untuk Tuhan dan raja? Taat dan setia kepada ibu dan bapa,adakah ayat ini betul? sayang akan/kepada anaknya? seorang orang tua / seorang tua? sepohon / sebatang pokok? | Kesemuanya boleh digunakan | Tatabahasa | 16.10.2007 |
salam tuan. saya menggunakan sebuah buku latihan/buku kerja tatabahasa bertajuk 'Latih Tubi Total (Terkini)' Tatabahasa Tahun 4 keluaran Sasbadi tahun 2006. Penulis buku; Norida Tan & Fatimah Azzahra Mat Yunus. Dalam Unit 5 buku itu bahagian penjodoh bilangan disediakan nota/fakta iaitu: kaki - untuk payung dan bunga SOALAN: adakah betul penjodoh bilangan kaki boleh digunakan untuk bunga? setakat yg saya tahu, penjodoh bilangan bunga; kuntum, jambak, tangkai, pasu. -Terima kasih- | Penjodoh bilangan bagi bunga ialah kuntum, jambak dan tangkai, manakala "pasu" boleh digunakan untuk bunga tetapi bukan penjodoh bilangan. Jika bunga ditanam di dalam pasu, boleh digunakan "sepohon bunga" tetapi "kaki" tidak boleh digunakan untuk bunga. | Lain-lain | 04.03.2010 |