selamat pagi..saya ingi. bertanya tentang ayat aktif dan ayat pasir. soalan: Ibu mengirimi abang sepucuk surat. ayat pasif: abang dikirimi ibu sepucuk surat. / abang dikirimi sepucuk surat oleh ibu. adakah ayat pasif bagi kedua-dua ayat tersebut betul? | Ayat pasif yang betul ialah abang dikirimi sepucuk surat oleh ibu. | Tatabahasa | 27.02.2019 |
Penjodoh bilangan sepucuk senapang (betul/salah) sepucuk meriam (betul/salah) selaras senapang (betul/salah) selaras meriam (betul/salah) | Penjodoh bilangan yang betul ialah selaras senapang dan selaras meriam. | Tatabahasa | 04.04.2012 |
Selamat sejahtera tuan / puan, Tolong bimbing saya untuk mengenal pasti sama ada ayat-ayat berikut benar atau salah. 1. Tuliskan saya sepucuk surat. 2. Antara yang berikut, yang manakah benar? 3. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. 4. Kami dilindungi. 5. Anita saya kirimi sepucuk surat. 6. Bas yang mereka naiki itu rosak. Sekian, terima kasih. | Selamat sejahtera, 1. Tuliskan saya sepucuk surat. - Ayat ini betul 2. Antara yang berikut, yang manakah benar? - Ayat ini betul 3. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. - Ayat ini betul 4. Kami dilindungi. - Ayat ini tergantung. 5. Anita saya kirimi sepucuk surat - Ayat yang betul ialah Saya mengirim sepucuk surat kepada Anita. 6. Bas yang mereka naiki itu rosak. - Ayat ini betul | Tatabahasa | 21.09.2015 |
Adakah "sepucuk e-mel" dalam penjodoh bilangan? Sebab saya keliru dalam masalah ini. | Teuh, untuk e-mel yang telah dicetak kita boleh gunakan sepucuk manakala yang dipaparkan sahaja kita katakan paparan e-mel | Tatabahasa | 12.08.2010 |
Soalan 1 : bergantung pada ...... ( adakah ia digunakan untuk orang @ benda @ kedua-duanya sekali ? ) Soalan 2 : bergantung ( pada , kepada ) keputusan pengadil ? Soalan 3 : sepucuk @ selaras pistol ? Soalan 4 : sepucuk @ selaras senapang ? Soalan 5 : sebiji @ sebutir telur ? Terima kasih............. | 1. Bergantung pada digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 275. 2. Bergantung pada keputusan pengadil. 3. Sepucuk pistol 4. Selaras senapang 5. Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.05.2010 |
Penjodoh bilangan untuk jarum ialah sebilah, sepucuk atau sebatang? Saya mengalami masalah kerana dalam buku yang berlainan jawapan yang diberi berlainan. Ada buku yang mengutarakan jawapan A. sebilah B. sebatang C.Sepucuk. Jadi, murid mengalami masalah memilih jawapan. Harap pihak DBP boleh membantu. | Menurut Kamus Bahasa Melayu, maksud bilah ialah penjodoh bilangan untuk benda-benda yang tipis dan panjang seperti pisau atau keris. maksud batang pula ialah penjodoh bilangan bagi benda yang panjang-panjang manakala batang pula ialah penÂjodoh bilangan bagi surat (senjata api dan lain-lain. Maka jawapan yang tepat bagi penjodoh bilangan jarum ialah sebatang jarum. | Pembinaan Bakat | 10.09.2019 |
Dalam penggunaan penjodoh bilangan bagi ayat di bawah adakah betul jika; 1.Germain mengarahkan sepucuk pistol ke kepala saya 2.Tiada gunanya kamu mengarahkan sepucuk pistol ke saya 3. Kita perlu membuat sebuah rancangan yang betul 4.Kita perlu membuat suatu rancangan yang betul | Berdasarkan semua cadangan padanan jawapan yang diberikan, jawapan tersebut betul. | Tatabahasa | 05.11.2021 |
Ayat 1: Saya menghantar sepucuk surat kepada bapa saya 'untuk' harijadinya. Ayat 2: Saya menghantar surat kepada bapa saya 'pada' harijadinya. berdasarkan kedua-dua ayat di atas, yang manakah menggunakan kata sendi yang betul? 'untuk' harijadinya atau 'pada' harijadinya? | Yang betul ialah saya menghantar sepucuk surat kepada bapa saya untuk hari jadinya. | Tatabahasa | 04.09.2009 |
1. nenek dibacakan adik sepucuk bingkisan yang dikirimi abah.Tolong nyatakan kesalahan perkataan sekiranya ada. 2. alaf baharu. Boleh digunakan ke? | Ayat yang dikemukakan boleh digunakan. Manakalan kata alaf baharu boleh digunakan. Bagi membantu saudara mendapatkan penjelasan berkaitan contoh ayat yang dikemukakan, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 28.06.2007 |
Salam sejahtera. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pucuk ialah penjodoh bilangan untuk surat dan senjata api. Contoh yang diberikan ialah sepucuk surat dan beberapa pucuk senapang. Namun, khidmat nasihat yang saya jumpai dalam laman web DBP pula mengatakan bahawa penjodoh bilangan untuk senapang ialah laras, pucuk digunakan untuk pistol. Oleh itu, saya ingin bertanya yang mana satukah penjodoh bilangan yang sesuai untuk senapang. Terima kasih. | Jawapan yang tepat ialah selaras senapang, sepucuk digunakan untuk pistol. | Tatabahasa | 25.09.2022 |