1. Menyusun sepuluh jari atau menyusun jari sepuluh. 2. Kitar semula sampah atau kitar sampah semula. | Jawapan yang betul ialah 1. Menyusun sepuluh jari, 2. Kitar semula sampah | Lain-lain | 11.05.2010 |
a. Setiap sepuluh (10) motosikal di jalan raya, tujuh (7) daripada motosikal yang ada adalah dari Honda. atau b. Setiap sepuluh motosikal di jalan raya, tujuh (7) daripada motosikal yang ada adalah daripada Honda. Antara a dan b yang manakah pernyataan yang betul. PENGGUNAAN DARI DAN DARIPADA (KEDUANYA KATA NAMA) PENGGUNAAN NOMBOR APAKAH SESUAI DALAM AYAT? | Jawapan yang betul: Tujuh daripada sepuluh buah motosikal di jalan raya daripada Honda. atau Tujuh daripada sepuluh motosikal di jalan raya daripada Honda.
| Lain-lain | 29.03.2021 |
saya NANDHANA ingin tanya satu soalan.Sepuluh pelajar menyertai Kem Jati Diri yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling. Apakah kesalahan bahasa dala ayat tersebut? | Ayat : Sepuluh pelajar menyertai Kem Jati Diri yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling akan lebih gramatis jika ditambah penjodoh bilang "orang" --> Sepuluh orang pelajar menyertai Kem Jati Diri yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling. | Tatabahasa | 17.04.2016 |
sepuluh keping atau helai setem? | Sepuluh keping setem. | Tatabahasa | 14.11.2012 |
Yang mana satu lebih tepat: 1) "Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi 'akan menjadi sama ada'mati terlecuh atau beku" atau 2) "Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi 'sama ada akan menjadi' mati terlecuh atau beku" | Yang lebih tepat ialah : Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi akan sama ada mati terlecuh atau menjadi beku. | Tatabahasa | 06.03.2008 |
Satu per satu ATAU Satu persatu? Satu persepuluh ATAU Satu per sepuluh? | Cara penulisan yang betul ialah "satu per satu" yang bermaksud "satu demi satu" Cara penulisan yang betul ialah "satu persepuluh" yang bermaksud "satu daripada sepuluh" | Tatabahasa | 15.11.2017 |
Assalamualaikum. Di sini terdapat beberapa soalan yang ingin saya tanyakan mengenai salah atau betul penggunaannya. Diharap pihak DBP dapat membantu. 1. hari ini hari (ke-40) ... @ keempat puluh... 2. pada usia (sepuluh) tahun... @ 10 tahun... 3. setiap (10, 15) hari... @ sepuluh, lima belas hari... 4. dia beri Amir (RM 20)... @ dua puluh ringgit... 5. harga sekeping kuih, (40 sen)... @ empat puluh sen... 6. hari (ke-29 April)... @ hari kedua puluh sembilan April.. 7. umurnya (1200) tahun @... seribu dua ratus.. 8. 20 sungai... @ dua puluh 9. siang kelabu dalam gerimis (Enam Mei)..@ 6 Mei... 10. hari ini hari ke dua puluh tiga Jun, musim 1895 @ hari ini 23 Jun, musim 1895. Terima kasih atas perhatian dan bantuan pihak DBP. | Nombor yang kurang daripada sepuluh hendaklah dieja sepenuhnya (kecuali dalam ayat matematik atau teknik), manakala nombor 10 ke atas boleh dicetak dengan angka. Cara penulisan yang betul ialah: 1. hari ini hari ke-40; 2. pada usia 10 tahun; 3. setiap 10, 15 hari; 4. dia beri Amir RM20; 5. harga sekeping kuih, 40 sen; 6. hari ke-29 dalam bulan April/29 April; 7. umurnya 1200 tahun; 9. siang kelabu dalam gerimis 6 Mei (tarikh); 10. hari ini hari ke-23 dalam bulan Jun, tahun 1895/hari ini 23 Jun, tahun 1895. | Tatabahasa | 07.04.2011 |
Sepuluh ___________ rumah kedai di Shah Alam musnah akibat gempa bumi awal pagi tadi. Lengkapkan ayat yang berikut dengan jawapan yang paling sesuai. A) baris B)keping C)pintu D)biji Apakah jawapan betul untuk soalan ini? Bolehkah tuan/puan menjelaskan jawapan dan soalan ini? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 323, “buah” merupakan penjodoh bilangan untuk benda yang bermacam-macam bentuk dan jenisnya. Penjodoh bilangan yang betul untuk "rumah" ialah “buah”. Oleh yang demikian, ayat yang betul ialah “Sepuluh buah rumah kedai di Shah Alam musnah akibat gempa bumi awal pagi tadi.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 106 – 107. | Tatabahasa | 25.01.2024 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Sepasang tangan mempunyai sepuluh batang jari. 2. Pipi gadis itu merah sekali. 3. Sekolah akan bercuti panjang mulai bulan November. 4. Kakak suka menanam bunga orkid. ( atau ) Kakak suka menanam orkid. 5. Ombak menghempas perahu itu sehingga terbalik. Terima kasih. | 1. Sepasang tangan mempunyai sepuluh batang jari. 2. Pipi gadis itu merah sekali. 3. Sekolah akan bercuti panjang mulai bulan November hingga .... 4. Kakak suka menanam pokok orkid. 5. Ombak menghempas perahu itu sehingga terbalik. | Tatabahasa | 26.12.2012 |
Maksud muka seposen (sepuluh sen). | Muka seseorang yang buat-buat minta belas kasihan | Makna | 24.09.2018 |