selamat malam,soalan saya ialah apakah yang dimaksudkan dengan dekad 1980-an.tahun bilakah ia bermula dan berakhir. | Dekad: jangka masa sepuluh tahun: ~ pertama dlm abad dua puluh ialah dr tahun 1901 hingga tahun 1910. Dekad 1980-an (1980-1989). | Makna | 05.10.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan dasarwarsa? | Dasawarsa bermaksud masa sepuluh tahun, dekad. | Makna | 08.11.2009 |
Penggunaan kata sedekad' dalam ayat. Saya maklum dekad bermaksud 10 tahun. Persoalannya, adakah perlu tambahan imbuhan 'se' bagi membawa maksud 10 tahun. Contoh ayat: Duka kerana setelah lebih sedekad dia bakal perlu merombak hidupnya. | Ungkapan yang betul ialah dekad atau sepuluh tahun atau dasawarsa. Tidak perlu lagi awalan "se" bagi perkataan dekad. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
1. Bagaimanakah menggunakan perkataan dasawarsa, maslahat,konklusi dan enigma dalam ayat? | Dasawarsa ialah masa sepuluh tahun, dekad. Maslahat dr bahasa Arab bermaksud sesuatu yang berfaedah. Konklusi pula dr bahasa Inggeris yg bermaksud kesudahan ataupun penutup (conclusion). Manakala enigma bermaksud sesuatu yg sukar difahami (kabur). Contoh penggunaan dlm ayat: 1. Hampir satu dasawarsa Amilah menunggu kepulangan suaminya yang telah ditahan oleh pihak Belanda.2. Para pembaca kitab Tajussalatin akan memperoleh maslahat seperti yang dinyatakan oleh pengarangnya. 3. Pengguna bahasa digalakkan menggunakan bahasa Melayu terlebih dahulu disebabkan bahasa Melayu mempunyai nilai estetika yg tersendiri. 4. Sama penerangan seperti dalam 3 di atas. | Tatabahasa | 01.07.2008 |
makna dasawarsa | Dasawarsa ialah masa sepuluh tahun atau dekad. | Makna | 10.10.2011 |
penggunaan mana satu yang betul Darsawarsa/Dasawarsa ini? | Salam seajhtera, Tuan, Perkataasn yang betul ialah dasawarsa yang bermaksud masa sepuluh tahun atau dekad. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 11.02.2018 |
Salam 1Malaysia, belakangan ini banyak pengguna bahasa Melayu yang begitu ghairah menggunakan frasa penanda wacana yang 'hebat-hebat' belaka. Antaranya frasa tersebut ialah marcapada ini, mutakhir ini, sedasawarsa ini, sedekad ini, dsb. Persoalan yang sering terlintas dalam gawang minda saya ialah adakah frasa-frasa ini betul dari segi morfologi mahupun semantik? Masalah ini saya utarakan kerana penerangan yang diberikan oleh munsyi-munysi dewan berkenaan dengan kemusykilan bahasa bukan sahaja menyalahi hukum semantik bahkan penggunaannya. Mengapakah pengguna-pengguna bahasa Melayu ditegur agar menggunakan frasa 'dewasa ini', pada masa sekarang, belakangan ini, ataupun akhir-akhir ini? Keleluasaan penggunaan frasa-frasa yang menyalahi hukum semantik bukan sahaja akan mencemari bahasa Melayu bahkan mencemari imej bangsa kita. Bahasa jiwa bangsa! Sekian untuk renungan bersama. Kay Seven | Marcapada ialah perkataan sastera lama yang bermaksud pada dunia sekarang ini. "dasawarsa" dan 'dekad' bermaksudĀ masa sepuluh tahun, tidak perlu ditambah dengan awalan se- pada dekad dan dasawarsa. Penggunaan penanda wacana yang baik bergantung kepada situasi dan konteks ayat. | Lain-lain | 05.02.2013 |