Umurnya sama dengan saya, sepuluh tahun. Ayat ini boleh diterima? | Ayat ini betul. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 17.05.2015 |
makna dasawarsa | Dasawarsa ialah masa sepuluh tahun atau dekad. | Makna | 10.10.2011 |
apakah yang dimaksudkan dengan dasarwarsa? | Dasawarsa bermaksud masa sepuluh tahun, dekad. | Makna | 08.11.2009 |
Encik, Adakah ayat di bawah ini betul? 1) Osman suka duduk di tepi sawah kerana dia dapat menghirup udara yang segar. 2) Kami pernah tinggal di situ pada sepuluh tahun yang lalu. 3) Menurut Ali, dia bukan berasal dari Melaka tetapi dari Pahang / Menurut Ali, dia berasal bukan dari Melaka tetapi dari Pahang. 4)Lambat benar bas itu tiba ke destinasi yang dituju. 5) Wah, comel-comelnya anak awak! / Wah, comelnya anak-anak awak! 6) Jangan petik bunga-bunga yang sedang mekar di taman. | Ayat berikut saya betulkan: 1) Osman suka duduk di tepi sawah sambil menghirup udara yang segar. 2) Kami pernah tinggal di situ sepuluh tahun yang lalu. 3) Menurut Ali, dia bukan berasal dari Melaka tetapi dari Pahang. 4) Lambat benar bas itu tiba ke destinasi yang di tuju. 5) Wah, comelnya anak-anak awak! 6) Jangan petik bunga yang sedang mekar di taman. | Tatabahasa | 21.07.2008 |
1. Bagaimanakah menggunakan perkataan dasawarsa, maslahat,konklusi dan enigma dalam ayat? | Dasawarsa ialah masa sepuluh tahun, dekad. Maslahat dr bahasa Arab bermaksud sesuatu yang berfaedah. Konklusi pula dr bahasa Inggeris yg bermaksud kesudahan ataupun penutup (conclusion). Manakala enigma bermaksud sesuatu yg sukar difahami (kabur). Contoh penggunaan dlm ayat: 1. Hampir satu dasawarsa Amilah menunggu kepulangan suaminya yang telah ditahan oleh pihak Belanda.2. Para pembaca kitab Tajussalatin akan memperoleh maslahat seperti yang dinyatakan oleh pengarangnya. 3. Pengguna bahasa digalakkan menggunakan bahasa Melayu terlebih dahulu disebabkan bahasa Melayu mempunyai nilai estetika yg tersendiri. 4. Sama penerangan seperti dalam 3 di atas. | Tatabahasa | 01.07.2008 |
Adakah 1990an atau 1990-an? | Tulisan yang betul ialah 1990-an (penggunaan tanda sempang -an untuk menyatakan maksud dalam sepuluh tahun berkenaan). | Tatabahasa | 23.01.2018 |
penggunaan mana satu yang betul Darsawarsa/Dasawarsa ini? | Salam seajhtera, Tuan, Perkataasn yang betul ialah dasawarsa yang bermaksud masa sepuluh tahun atau dekad. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 11.02.2018 |
boleh jelaskan penggunaan perkataan 'kemajuan' dan 'pembangunan' | Definisi kemajuan ialah perihal maju (taraf hidup dll): ~ yg tercapai dlm masa sepuluh tahun ini dapat dibanggakan; ~ material kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt kemajuan ekonomi); ~ roha-niah kemajuan yg berkaitan dgn aspek kerohanian (spt etika, moral, dsb), manakala pembangunan ialah perbuatan, cara dsb membangunkan sesuatu: ~ luar bandar; ~ masjid itu telah memakan masa dua tahun. | Makna | 25.11.2018 |
Salam sejahtera tuan/puan, Minta khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang persoalan berikut: 1. Perang Dunia Kedua @ Perang Dunia II (yang mana satu betul?) 2. 10 tahun kemudian..... @ Sepuluh tahun kemudian.... (yang mana satu betul?) 3. Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'shrine' dalam Kamus Dewan ialah tempat suci/keramat/tokong/topekong...apakah padanan ini sesuai untuk 'Yasukuni Shrine' di Jepun? Terima kasih. | Berikut merupakan jawapan bagi tiga (3) pertanyaan yang dikemukakan: 1. Perang Dunia Kedua 2. Selepas 10 tahun 3. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tempat keramat merupakan tempat yang suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat; banyak orang yang pergi ke tempat keramat untuk meminta sesuatu dan bernazar; minta keramat sama dengan minta berkat (restu) dari tempat yang keramat. | Lain-lain | 16.06.2019 |
selamat malam,soalan saya ialah apakah yang dimaksudkan dengan dekad 1980-an.tahun bilakah ia bermula dan berakhir. | Dekad: jangka masa sepuluh tahun: ~ pertama dlm abad dua puluh ialah dr tahun 1901 hingga tahun 1910. Dekad 1980-an (1980-1989). | Makna | 05.10.2009 |