Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 2. subsequent event, development, ekoran: the events that were the ~ to the splitting of the atom, peristiwa-peristiwa yg menjadi ekoran kpd pemecahan atom; the ~ to this rash action was inevitable, ekoran drpd tindakan gopoh ini tdk dapat dielakkan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. story, film, etc that is a continuation of a previous one, susulan: there are already four ~s of the movie “Superman”, sudah ada empat susulan filem “Superman”(Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sequel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin menanyakan bahara perkataan "Prequel" dalam Bahasa Melayu sebagai "Prekuel" adakahnya wujud?Perkataan “sekuel” dan “prekuel” tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, hasil carian kami, hanya menjumpai perkataan “sequel” sahaja yang membawa maksud susulan, contoh ayat: Sudah ada empat susulan filem “Superman”.Istilah29.04.2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya lihat media massa banyak menggunakan istilah "sekuel" dan "prekuel" bagi menggambarkan sesuatu drama, filem dan sebagainya. Adakah istilah-istilah ini akan dimasukkan dalam Kamus Dewan, atau adakah terdapat istilah lain yang seerti dengannya? Pada perhatian saya, istilah "genre", "trend" dan "rating" pula sudah wujud dalam Kamus Dewan. Terima kasih.

Tuan/puan yang budiman,

Perkataan “genre” dan “trend” telah diterima pakai untuk penggunaan maksud rasmi. Manakala perkataan “rating” tidak sesuai digunakan untuk maksud rasmi kerana dikategorikan sebagai bahasa percakapan. Untuk makluman tuan/puan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.

Perkataan “sekuel” dan “prekuel” tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, hasil carian kami, hanya menjumpai perkataan “sequel” sahaja yang membawa maksud susulan, contoh ayat: Sudah ada empat susulan filem “Superman”.

Untuk makluman tuan/puan juga, konsep pembentukan istilah ialah mengambil istilah yang ada dalam pelbagai dialek dan kemudiannya barulah bahasa asing. Cara mengejanya adalah mengikut kaedah ilmiah pembentukan istilah. Bahasa Melayu sebagai bahasa yang dinamik tidak terkecuali dalam hal ini dan menerima unsur/pengaruh daripada bahasa luar termasuk bahasa Inggeris atau bahasa yang lain juga mengikut konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun, proses ini tidaklah dilakukan dengan sewenang-wenangnya, melainkan telah mematuhi syarat pembentukan istilah yang sedia ada.

Istilah20.12.2017

Kembali ke atas