| Saya nama SIM SER KERIM .Sedang belajar bahasa Malayu dasar, Universiti Fatoni ingin bertanya : Apekah makna Derama ? Terima kasih | Ejaan yang betul ialah drama, bermaksud cerita yang dilakonkan untuk pertunjukan pentas, disiarkan di radio, televisyen dan sebagainya. | Makna | 03.11.2015 |
| salam mohon bantuan. ejaan yang betul bagi mengenalpasti atau mengenal pasti? ayat panjang : Objektif 1: Mengenalpasti Kesan Hubungan antara Iklim Keselamatan dan Prestasi Keselamatan dalam Organisasi Pembuatan | Ejaan yang betul ialah mengenal pasti yang bermaksud mengetahui serta menentukan atau mengetahui sehingga dapat menyatakan dengan pasti | Ejaan | 25.03.2020 |
| Adakah perkataan "membangunkan" dan "memakmurkan" membawa maksud yang sama? Bagaimana pula jika perkataan "pembangunan'' dan 'kemakmuran" ada mempunyai maksud yang sama? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "membangunkan" membawa maksud membuat, mendirikan, membuat supaya membangun (maju dan mengembang) manakala "memakmurkan" bermaksud memajukan supaya makmur. "Pembangunan" bermaksud perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan, usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan) manakala maksud "kemakmuran" ialah perihal makmur (mewah, serba cukup, sejahtera). Keempat-empat perkataan ini membawa maksud yang berbeza.
| Lain-lain | 08.07.2022 |