Salam sejahtera. Peribahasa berikut , yang mana satukah betul ? A. Serumpun bak serai seikat bak sirih B. Seikat bak sirih serumpun bak serai Terima kasih | Jawapan yang lebih tepat ialah "Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai." | Lain-lain | 08.03.2022 |
penjodoh bilangan untuk sebatang serai | Penjodoh bilangan untuk sebatang serai ialah sebatang (spt tertera pada soalan saudara) | Tatabahasa | 31.08.2007 |
Ali menanam beberapa ……. serai. Jawapannya pucuk atau rumpun? | Penjodoh bilangan yang betul bagi serai ialah rumpun. | Tatabahasa | 07.03.2025 |
Apakah maksud, 'Bagaikan serai ditimpa jambak' dan 'Jong jong inai, mak ipong rajawali'? | Maksud 'Bagaikan serai ditimpa jambak' ialah menjadi celaka kerana perbuatan (kawan,kaum dan sebagainya) sendiri. Manakala 'Jong jong inai, mak ipong rajawali', pihak kami sedang membuat rujukan untuk menemukan maksud yang bersesuaian. Pihak kami juga telah mengambil butiran puan untuk tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 03.11.2010 |
keliru dgn ayat serumpun..contoh soalan sekiranya soalannya berbunyi mak cik suraya membeli _________ serai daripada seorang penjual sayur-sayuran di pasar tani nak gunakan seikat atau serumpun | Mak cik suraya membeli seikat serai daripada seorang penjual sayur-sayuran di pasar tani. | Tatabahasa | 15.08.2016 |
seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, sedencing seperti besi, melompat sama patah, menyerudup sama bongkok, jalan sedondon, selenggang seayuh, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggah. Mohon diberi penjelasan mengenai kata adat ini | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, kata adat bermaksud peribahasa yang berkaitan dengan adat. Peribahasa digunakan untuk menyatakan sesuatu secara sopan dan berhemah oleh masyarakat Melayu. Puan boleh merujuk buku peribahasa Melayu untuk makna. | Sastera | 17.11.2013 |
Puan Rosmawar mengambil beberapa batang serai dan seketul kunyit hidup di belakang rumahnya. Soalannya penjodoh bilangan kunyit bolehkah kita menggunakan ketul dalam ayat ini? | Ketul ialah penjodoh bilangan untuk benda yang berketul, contohnya seketul tanah. Mengambil contoh seketul tanah maka bolehlah digunakan seketul kunyit dalam bentuk ketulan yang digali daripada dalam tanah. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
Selain penjodoh bilangan 'sebatang', bolehkah "setangkai" digunakan untuk serai? Terima kasih. | Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebatang. | Tatabahasa | 29.05.2017 |
1. Patik berterima kasih kerana tuanku berkenan untuk mencemar duli melawat ke kampung kami. 2. Emak membeli dua biji tomato dan empat rumpun serai sertai lima helai daun purut untuk dibuat tomyam Adakah betul penggunaan tatabahasa bagi ayat di atas? | Ayat yang betul ialah: 1. Patik berterima kasih atas perkenan Tuanku mencemar duli untuk melawat kampung patik. 2. Emak membeli dua biji tomato, empat batang serai dan lima helai daun purut untuk membuat tomyam. | Tatabahasa | 04.10.2024 |
Kepentingan memelihara hubungan etnik yang harmonis berpandukan kata adat: seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, sedencing seperti besi, melompat sama patah, menyerudup sama bongkok, jalan sedondon, selenggang seayuh, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggah | Sila kemukakan pertanyaan puan dengan jelas. Untuk makluman, secara umumnya Khidmat Nasihat Bahasa ialah perkhidmatan bagi membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu termasuklah masalah yang berkaitan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan, istilah, laras bahasa dan tatabahasa.
| Tatabahasa | 09.11.2013 |