Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ra.mai] | سراماي

Definisi : 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sebanyak 165 orang atau seramai 165 orangSeramai 165 orang.Tatabahasa19.10.2007
apakah ayat yang paling sesuai untuk ayat berikut? Daripada jumlah tersebut, seramai 192 (71.6%) orang responden merupakan pentadbir sekolah rendah dan seramai 76 orang (28.4%) merupakan pentadbir sekolah menengah. Mohon cadangan. tqDaripada jumlah tersebut, seramai 192 (71.6%) responden merupakan pentadbiran sekolah rendah dan 76 (28.4%) responden merupakan pentadbir sekolah menengah.Tatabahasa05.07.2015
mana betul seramai atau sebanyak 14 orang telah mati kerana kemalangan di jalanraya pagi semalamAyat yang betul ialah Sebanyak 14 orang telah mati kerana kemalangan di jalan raya pagi semalam.Tatabahasa10.09.2013
Seperti di tahun-tahun yang lepas, majoriti pengidap baru HIV merupakan mereka di dalam kumpulan umur muda iaitu 20 hingga 49 tahun; 93% (435). Mengikut pembahagian kumpulan umur, 20-29 tahun adalah seramai 124 orang (27.0%), 30 hingga 39 tahun seramai 243 orang (52.1%), dan 40 hingga 49 tahun seramai 68 orang (14.6%).Seperti pada tahun-tahun yang lepas, majoriti pengidap baru HIV merupakan mereka di dalam kumpulan umur muda iaitu 20 hingga 49 tahun; 93% (435). Mengikut pembahagian kumpulan umur, 20-29 tahun seramai 124 orang (27.0%), 30 hingga 39 tahun seramai 243 orang (52.1%), dan 40 hingga 49 tahun seramai 68 orang (14.6%). Tatabahasa14.12.2011
(Sebanyak/ Seramai/ Terdapat)36 orang peserta mengikuti lawatan itu. Jawapan yang mana paling tepat? Sekian, terima kasih.Seramai...Tatabahasa03.09.2012
macam mana nak membesakan penggunaan sebanyak dan seramai. Contoh sebanyak 14 orang telah mati didalam keemalangan semalam. kenapa tidak gunakan seramai. ramai yang heboh kata banyak pada binatang dan ramai pada manusia. harap dapat penjelesan.Ramai dan banyak boleh digunakan untuk manusia. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan.Tatabahasa11.09.2013
Saya ingin bertanya, apakah perkataan yang sepatutnya digunakan untuk menerangkan satu kumpulan didalam surat rasmi kepada ahli persatuan. Samada menggunakan perkataan "kami" atau "kita".Contohnya, "seramai 100 orang ahli kami telah berpiket", atau , "seramai 100 orang ahli kita telah berpiket". Perkataan mana perlu dipakai. Ada yang mengatakan perkataan "kita" tidak boleh digunakan dalam persuratan rasmi kerana ianya kasar. Betulkah?Dalam konteks ayat tersebut, kedua-dua perkataan tersebut tidak sesuai digunakan. Lebih tepat "seramai 100 orang ahli persatuan telah berpiket". Kata sapaan hormat yang paling sesuai dan tepat digunakan ialah "kami" kerana "kita" merujuk sekumpulan individu termasuk penerima surat.Tatabahasa10.12.2007
salam 1 malaysia, soalan 1. adakah ayat di bawah sesuai untuk ayat dibawah? 2. Adakah penggunaan 'di' perlu dijarakkan atau dekat? Sementara itu, dari segi lama bertugas sebagai guru terlatih, seramai 137 orang (17.2%) telah bertugas lebih dari 20 tahun sebagai guru terlatih. Manakala seramai 143 orang (18.2%) telah bertugas diantara 16 - 20 tahun, 137 orang (17.4%) diantara 11 - 15 tahun, 177 orang (22.5%) diantara 6 - 10 tahun, dan 191 orang (24.4%) diantara 1 – 5 tahun. terima kasih1. Ejaan "di" untuk kata sendi nama dijarakkan seperti di Kuala Lumpur dan di atas, manakala "di" sebagai imbuhan perlu dirapatkan seperti dibuat dan disepak. 
2. Sementara itu, dari segi lama bertugas sebagai guru terlatih, seramai 137 orang (17.2%) telah bertugas lebih daripada 20 tahun sebagai guru terlatih. Manakala seramai 143 orang (18.2%) telah bertugas antara 16 - 20 tahun, 137 orang (17.4%) antara 11 - 15 tahun, 177 orang (22.5%) antara 6 - 10 tahun, dan 191 orang (24.4%) antara 1 – 5 tahun.
Ejaan02.03.2015
saya ingin mengetahui perkataan 'jawat'. Adakah PERJAWATAN ATAU PENJAWATAN boleh digunakan. cth ayat adalah spt berikut: Jumlah perjawatan/penjawatan seramai 2000 orang. Sekian terima kasihJawapan yang betul ialah perjawatan. Contoh ayat : jumlah perjawatan seramai 2000 orang.Tatabahasa11.02.2011
Asalammualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah ayat ini betul? "Jika ditanya tentang keaslian lesen sesebuah syarikat kereta sewa itu pastinya sesuatu benda yang sangat umum tetapi seramai 5 orang pelajar yang telah bersetuju dengan pendapat ini manakala seramai 15 orang pelajar yang tidak bersetuju."Ayat saudara tidak gramatis, tidak jelas maksud yang hendak disampaikan. Sila bina semula ayat, subjek dan predikatnya perlulah jelas serta lengkap.Tatabahasa04.04.2013
1234

Kembali ke atas