[se.ram.pang] | سرمڤڠ
Definisi : 1. sj tombak yg bercabang hujungnya (utk senjata, menangkap ikan, dll); 2. garpu makan; ~ dua mata a) ki sesuatu dasar, program, dsb yg mempunyai dua matlamat, kepentingan, objektif, dsb; b) prb orang yg menyebelahi dua pihak yg berlawanan; ikan biar dapat, ~ jangan pokah prb maksud biar tercapai tetapi jangan kerugian; menyerampang menikam dgn serampang (kpd musuh, ikan, dll); terserampang tertikam dgn serampang, kena serampang (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.ram.pang] | سرمڤڠ
Definisi : Mn; terserampang 1. tersang-kut (terlekat, tertahan) pd, terkait; 2. ki ter-sekat, terhenti, tertahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.ram.pang] | سرمڤڠ
Definisi : ; menyerampang 1. membaling sesuatu (spt kayu dll) hampir dgn paras tanah; 2. bp menyerang (melanggar, merempuh) dgn sesuka hati sahaja, melakukan sesuatu dgn membabi buta sahaja, merambang; 3. bp mengambil dgn sewenang-wenang, mencuri, menyerobot; serampangan dgn sewenang-wenang sahaja, tidak berfikir panjang lagi (melakukan sesuatu dll), membabi buta: antara penulis-penulis kita, terdapat sikap yg melulu dan ~ sahaja dlm mempergunakan bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.ram.pang] | سرمڤڠ
Definisi : tombak yg hujungnya bercabang tiga (digunakan utk menangkap ikan, sbg senjata dll). menyerampang menikam dgn serampang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)