1)penyair itu mendeklamasikan se........ sajak ( seuntai atau serangkap) 2) ikan masin yg sudah lama itu berbau hapak/hanyir....jawapsn mana yg sesuai? | 1. Serangkap. 2. Hanyir. | Lain-lain | 11.06.2013 |
Bagaimanakah handak membuat pantun didalambahasamelayu | Untuk makluman saudara, serangkap pantun dibina oleh lima(5) ciri yang paling asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Contohnya seperti Pantun Empat Kerat ini. Pucuk pauh delima batu/Air sembilan di tapak tangan/Sudah jauh di negeri satu/Jauh di mata di hati jangan. 1. Pembayang merupakan baris pertama dan baris kedua pantun .Contohnya, Pucuk pauh delima batu/ Air sembilan di tapak tangan 2. Maksud pantun pula pada baris ketiga dan keempat pantun. Contohnya, Sudah jauh di negeri satu/ Jauh di mata di hati jangan. 3. Rima akhir (persamaan bunyi suku kata pada baris akhir pantun tersebut ialah ab,ab) 4. Jumlah perkataan dalam sebaris umumnya pantun 4 kerat terdiri daripada 3 perkataan sebaris, 4 perkataan sebaris dan 5 perkataan sebaris. Contohnya seperti pantun di atas. 5. Jumlah suku kata dalam baris pantun ialah antara 8-12 suku kata. | Lain-lain | 28.07.2010 |
saya maha siswa Yiu ingin tanya ?tentang cara tulis pantun | Untuk makluman saudara, serangkap pantun lazimnya ditulis atau pun dibina oleh lima ciri asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Kalau berdasarkan pantun empat kerat, pembayangnya ialah pada baris pertama dan kedua, manakala maksud pula pada baris ketiga dan keempat. Berbeza dengan pantun dua kerat kerana baris yang pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud. Sebagai contoh diturunkan pantun empat kerat iaitu seperti berikut, Kalau roboh kota Melaka, Papan di Jawa saya dirikan; Kalau sungguh bagai dikata, Badan dan nyawa saya serahkan. Rima akhir pantun di atas ialah a/n,a/n , dan jumlah perkataan dalam setiap baris ialah 4. Jumlah suku katanya pula ialah antara 8-12 suku kata. | Lain-lain | 28.07.2010 |
Saya mahasiswa YIU ingin bertanya, berkaitan dengan cara membuat pantun dalam Bahasa Melayu. | Untuk makluman saudara, serangkap pantun dibuat atau dibina oleh 5 ciri yang paling asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Contohnya lihat pantun empat kerat. 1. Pembayang dimaksudkan baris pertama dan baris kedua pantun. Contoh: Padi muda jangan dilurut/ kalau dilurut pecah batangnya, 2. Maksud pula untuk baris ketiga dan baris keempat pantun.Contoh: Hati muda jangan diturut/Kalau diturut susah datangnya. 3. Rima akhir( persamaan bunyi suku kata pada baris akhir pantun, iaitu ab,ab) 4. Jumlah perkataan dalam sebaris. Umumnya pantun 4 kerat terdiri daripada 3 perkataan sebaris, 4 perkataan sebaris dan 5 perkataan sebaris.Contoh: Pisang emas dibawa belayar/ Masak sebiji di dalam peti/ Hutang emas boleh dibayar/ Hutang budi dibawa mati. 5. Jumlah suku kata dalam baris pantun ialah antara 8-12 suku kata. | Lain-lain | 14.07.2010 |
Salam Sejahtera, Saya tidak pasti sama ada soalan ini ada kaitannya dengan khidmat nasihat DBP. Saya ingin mendapatkan kepastian tentang syarahan. Bolehkah serangkap lagu dipetik untuk dijadikan isi kandungan bagi sesebuah syarahan? Bukan untuk ditulis tetapi untuk dipersembahkan dalam pertandingan syarahan. Sekian, terima kasih. | Pada pendapat saya boleh kerana bertujuan untuk persembahan. | Lain-lain | 08.07.2010 |
Boleh terangkan secara ringkas,perbezaan dan persamaan antara 'pantun', 'sajak', 'puisi', 'syair', 'gurindam' dan 'seloka'? | Secara ringkas persamaan pantun, syair, seloka dan gurindam adalah dikenali sebagai puisi Melayu tradsional atau puisi lama/klasik. Manakala sajak dikenali sebagai puisi moden. Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung bagi pantung empat kerat ialah a-b-a-b. Bagi syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada isi. Rima akhir pula a-a-a-a. Seloka juga dikenali sebagai puisi tradisional yang disusun secara berangkap. Namun setiap rangkap tidak tetap, justeru rima akhir adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti Seloka Pak Kaduk. Gurindam yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Contoh dalam salah satu Gurindam Dua Belas karangan Pujangga Raja Ali Haji, iaitu "Jika ada tidak dilatih/Bila besar bapanya letih"/ Rima akhir pula a-a. Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional yang dibincangkan tadi. Oleh itu, susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman. | Lain-lain | 18.05.2010 |
Saya ingin belajar tentang nazam, bolehkah pihak DBP memberikan saya serba sedikit pengetahuan tentang 'Nazam"? | Nazam ialah puisi lama (seperti syair) yang terdiri daripada dua belas baris serangkap. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila rujuk artikel atau buku yang berkaitan. | Lain-lain | 24.11.2009 |
Saya Saina' lebaisa,sedang belajar bahasa melayu peringkat dasar, ingin bertanya, Bagaimanakah maksud pantun empat kerat serta contohnya. terima kasih. | Untuk makluman puan, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Serangkap pantun lazimnya ditulis atau pun dibina oleh lima ciri asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Kalau berdasarkan pantun empat kerat, pembayangnya ialah pada baris pertama dan kedua, manakala maksud pula pada baris ketiga dan keempat. Berbeza dengan pantun dua kerat kerana baris yang pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud. Contoh pantun dua kerat: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Contoh pantun empat kerat pula: Pagi-pagi mengutip lokan, Lokan dikutip di tepi laut; Cantik bukan kaya pun bukan, Mengapa pula hati terpaut. | Tatabahasa | 06.11.2013 |
Saya Nurima Uthai,sedang belajar pusat bahasa melayu peringkat dasar,ingin bertanya, Bagaimanakah maksud pantun empat kerat serta contohnya.Terima kasih. | Untuk makluman puan, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Serangkap pantun lazimnya ditulis atau pun dibina oleh lima ciri asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Kalau berdasarkan pantun empat kerat, pembayangnya ialah pada baris pertama dan kedua, manakala maksud pula pada baris ketiga dan keempat. Berbeza dengan pantun dua kerat kerana baris yang pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud. Contoh pantun dua kerat: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Contoh pantun empat kerat pula: Pagi-pagi mengutip lokan, Lokan dikutip di tepi laut; Cantik bukan kaya pun bukan, Mengapa pula hati terpaut. | Sastera | 06.11.2013 |
saya Adeelah Chehmoh, sedang belajar pusat bahasa melayu peringkat dasar, ingin bertanya, Bagaimanakah maksud pantun empat kerat serta contohnya. terima kasih. | Untuk makluman puan, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Serangkap pantun lazimnya ditulis atau pun dibina oleh lima ciri asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Kalau berdasarkan pantun empat kerat, pembayangnya ialah pada baris pertama dan kedua, manakala maksud pula pada baris ketiga dan keempat. Berbeza dengan pantun dua kerat kerana baris yang pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud. Contoh pantun dua kerat: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Contoh pantun empat kerat pula: Pagi-pagi mengutip lokan, Lokan dikutip di tepi laut; Cantik bukan kaya pun bukan, Mengapa pula hati terpaut. | Sastera | 06.11.2013 |