salam. saya hendak tanya ada tak pihak dbp mengeluarkan kamus khas yang mengasingkan kata jati bahasa melayu, kata serapan inggeris dan kata serapan arab? | Belum ada lagi kamus khusus kata jati bahasa Melayu dan kata serapan. Kamus Dewan merakamkan semua kata yang terdapat dalam korpus bahasa Melayu termasuklah kata jati dan kata serapan daripada bahasa Inggeris, bahasa Arab serta bahasa-bahasa lain. | Lain-lain | 25.05.2015 |
Apakah itu kata serapan? | Kata serapan ialah kata yang berasal dari bahasa asing yang sudah sudah diintegrasikan ke dalam suatu bahasa dan diterima pemakaiannya secara umum. | Makna | 09.01.2015 |
Apakah perbezaan antara kata serapan dan kata pinjaman? Apakah contoh perkataan bahasa nusantara yang diserap ke dalam bahasa Melayu? Apakah konsonan rangkap? | Saudara, Kata pinjaman dirujuk juga sebagai kata serapan. Antara contoh kata serapan daripada Nusantara yang diserapkan calon, perabot, awet dsb. Konsonan rangkap dirujuk juga sebagai gugus konsonan. iaitu st(stor), pr(proses), dr (draf). | Tatabahasa | 16.09.2010 |
salam tuan, sy ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dgn "kata serapan bahasa nusantara"dan "kata serapan dalam bahasa Melayu". Keduanya, adakah kata serapan dgn kata pinjaman adalh sama?di harap pihak tuan dpt memenuhi keinginan sy untuk mengetahui maksud dn penerangan yg dr pihak tuan. Harapan sy agar pihak tuan dpt mberitahu dgn segera permintaan sy mngenai soalan tersebut. Sekian terima kasih. | Puan Noraiza, Sebenarnya dalam setiap bahasa itu peminjaman bahasa memang berlaku secara tabii apabila dua komuniti bahasa, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu satu sama lain- juga bermakna pengambilan unsur bahasa daripada bahasa-bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya fikir - bahasa Arab, ayu- Jawa, almari - Portugis. Manakala kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi, dan ejaannya jika perlu supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar. | Tatabahasa | 06.07.2010 |
nyatakan sebab-sebab perlunya unsur serapan dalam bahasa melayu? | Kata serapan ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi, dan ejaannya jika perlu supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Peminjaman unsur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman. Sebab peminjaman ialah 1.Tiada perkataan dalam BM dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda, perkara (fenomena)2. Perkataan BM belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.3.Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding BM sedia ada yang mungkin sudah lapuk .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab. Peminjaman unsur asing oleh BM dapat dilihat dari segi peminjaman. 1. huruf atau sistem tulisan 2. bunyi-bunyi 3. imbuhan 4. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan 5. struktur ayat. Untuk makluman lebih lanjut sila dapatkan Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Prof. Datuk Dr. Asmah Haji Omar. Terima kasih. | Tatabahasa | 09.05.2013 |
apakah perbezaan antara kata pinjaman dan kata serapan bahasa inggeris?berikan contoh perkataan. | Kata pinjaman atau kata serapan ialah kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah lain, bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain. | Tatabahasa | 11.06.2010 |
Terima kasih tetapi saya masih belum faham mengenai kata pinjaman dan kata serapan.Berdasarkan pemahaman saya,perkataan seperti unit adalah kata serapan di mana perkataan tersebut mengekalkan ejaan yang sama.Walaubagaimanapun sebutan baku haruslah membunyikannya sebagai [u/nit] dan bukan [yu/nit] sebagaimana loghat Johor-Riau.Perkataan teknologi pula adalah yang dipinjam.Ejaan asalnya adalah technology.Sebutan baku adalah [tek/no/lo/gi] dan bukan [tek/no/lo/ji]seperti loghat Johor-Riau.Adakah pemahaman saya ini betul?Harap dapat penjelasan kerana saya ingin menyiapkan assignment. | Pernyataan saudara adalah betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi. | Lain-lain | 15.06.2010 |
Assalamuaikum, saya ingin bertanyakan tentang contoh atau perkatan kata - kata serapan kata saing dalam bahasa Melayu dan cara untuk menganalisi keutuhan wacana dalam sesebuah teks. | Saudara, Kata serapan atau kata asing dalam bahasa Melayu antaranya ialah auditorium, teknoligi, prosedur, proses dll. Untuk jawapan bagi soalan kedua sila hubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa atau e-mel hafizah@dbp.gov.my | Lain-lain | 18.09.2010 |
Bagaimanakah sebutan mengikut suku kata bagi perkataan serapan khususnya bahasa arab? Contoh: 1. Khatulistiwa =kha.tu.lis.ti.wa / kha.tul.is.ti.wa 2. Taasub =ta(k).sub / ta.a.sub Adakah perlu mengikut sebutan baku (lidah melayu) atau boleh sahaja mengikut sebutan asal (lidah arab)? | Peraturan sebutan bagi kata serapan daripada bahasa Arab boleh menggunakan dua cara: a. Cara sebutan tertakluk pada pedoman umum sebutan kata Melayu jati, dan b. Cara sebutan menurut bunyi asal dalam bahasa sumber. Menurut Awang Sariyan (2006), kaedah penulisan dan pengucapan kata-kata terdiri daripada bahasa Arab perlu ditentukan larasnya sama ada termasuk dalam laras bahasa umum atau laras bahasa khusus (istilah agama). | Tatabahasa | 03.09.2014 |
Salam sejahtera, izinkan saya untuk luahkan pendapat dan pandangan saya terhadap bahasa Melayu sekarang. Sebelum ini saya pernah memperkatakan tentang peminjaman dan serapan istilah-istilah Inggeris dalam bahasa Melayu. Saya sedikit kecewa dan merasa takut jikalau terjadinya penginggerisan keatas bahasa Melayu sepertimana yang berlaku keatas bahasa di negara Papua New Guinea. Kalau kita lihat di sana, bahasa mereka bercampur aduk dengan bahasa Inggeris sehingga menjadi bahasa rojak serta hilang keaslian bahasa Ibunda mereka. Saya sebenarnya memang bersetuju dengan pendapat dan pandangan pihak DBP dan pakar bahasa Melayu hari ini tentang peminjaman dan serapan bahasa memang berlaku secara meluas dan menjadi kelaziman serta berlaku dalam semua bahasa di dunia ini. Ya, itu memang benar, tetapi peminjaman dan serapan bahasa yang sangat banyak dan melampau juga boleh merosakkan keaslian dan ketulenan bahasa kita seperti yang berlaku terhadap bahasa di negara Papua New Guinea yang saya terangkan diatas tadi. | Kami ambil maklum dan amat mamahami rasa hati yang tuan nyatakan. DBP selaku badang yang berkepentingan dalam hal pembinaan bahasa dan sastera sentiasa berusaha mengawal pembentukan istilah yang dibuat secara semberono dan sewenang-wenangnya. DBP menaruh kepercayaan kepada pakar bidang dalam pelbagai disiplin ilmu serta pengamal ilmu dalam bidang tersebut yang membina dan menyusun pelbagai istilah. Sehingga kini ratusan ribu istilah telah dibina, namun sayangnya hanya sebilangan sahaja yang digunakan. | Lain-lain | 15.11.2015 |