Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berbagai-bagai gunanya: dewan ~ guna; periuk ~ guna; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berbagai-bagai gunanya: periuk ~ periuk yg berbagai-bagai gunanya, spt utk merebus, menggoreng, mengukus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serba (kata tugas)
1. Bersinonim dengan semuanya: kesemuanya, segalanya, segala-galanya, seluruhnya, segenapnya,,

2. Bersinonim dengan apa juapun: bagaimana juapun, dalam apa juga hal,

3. Bersinonim dengan serba-serbi: macam-macam, berbagai-bagai, pelbagai, serbaneka, segala-galanya, segala macam.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Serba guna dieja pisah atau 1 perkataan? 2. Bangunan serba guna atau Bangunan serbaguna?Ejaan yang betul ialah "serba guna" (dieja dua perkataan).Ejaan09.05.2024
Salam sejahtera, saya ingin bertanya, yang manakah ejaan yang tepat bagi perkataan 'serbaguna'/ 'serba guna' dalam konteks 'Dewan serbaguna' / 'Dewan serba gunaEjaan yang betul ialah "serba guna". Tatabahasa06.10.2020
Bagaimanakah cara mengira jumlah perkataan dewan serba guna dan wakil rakyat. Boleh beri penjelasanDewan serba guna mempunyai tiga perkataan, manakala wakil rakyat mempunyai dua perkataan. Kedua-duanya perlulah dipisahkan.Ejaan23.06.2021
Adakah istilah "serbaguna" dan "serba guna" mempunyai makna yang berbeza? Jika berlainan, adakah istilah seperti "serbaneka" berbeza maknanya dengan "serba aneka"?

Ini kerana saya jumpa banyak penggunaan "serbaguna" dieja satu perkataan, tidak seperti "serba " yang lain.

Kata serba guna (dieja dengan dua perkataan) telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana dengan makna barang, alat dan sebagainya yang mempunyai pelbagai kegunaan atau fungsi (KDP 2020: 2069). Contoh ayat bagi kata serba guna ialah: Baja serba guna mengandungi semua makronutrien asas yang diperlukan oleh tanaman.

Untuk kata serba aneka dan serbaneka, kedua-dua bentuk kata ini telah diterima dan telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana yang membawa makna pelbagai aneka atau bermacam jenis (KDP 2020: 2069). Contoh ayat bagi kata serba aneka dan serbaneka ialah: Kedai itu menjual barangan plastik serba aneka.•Aku berpusing-pusing lagi di sekeliling gerai yg bertimbun-timbun dgn serbaneka sayur-sayuran dan buah-buahan.

Ejaan14.03.2025
Kebanyakan yang saya lihat penggunaan bangunan serbaguna atau dewan serbaguna yang digunakan pada pada bangunan serba guna itu dirapatkan dan tidak dijarakkan. Adakah penggunaannya itu diterima.. boleh jelaskan?Ejaan yang betul ialah Dewan serba guna.Ejaan19.05.2024
Istilah dan kegunaan Dewan SerbagunaDewan Serba Guna merupakan balai (ruang) tempat diadakan sesuatu. Dewan ini mempunyai pelbagai kegunaan.Istilah02.04.2007
Adakah "Kedai Serbaguna" merangkumi kedai makan atau restoran?Untuk makluman, tidak ada istilah kedai serba guna, sebaliknya yang tepat ialah kedai serbaneka. Akan tetapi, kedua-duanya berbeza daripada kedai makan atau restoran.Lain-lain24.02.2017
tidak pasti perkataan seperti berikut: penambahbaikan penguatkuasa dewan serbaguna hak milik/ hakmilik berkuatkuasa/ bekuat kuasa mengemaskini/ mengemas kini spesis/ spesies menambahbaik/ menambahbaik urusetia/ urus setia pergantungan/ penggantunganEjaan yang betul ialah penambahbaikan, menambah baik, urus setia, hak milik, dewan serba guna, pergantungan, kemas kini.Ejaan15.10.2008
Apakah terjemahan yang paling sesuai bagi "multipurpose mini sling pouch"? 1) Beg silang mini serbaguna 2) Kantung silang serbaguna Terima kasihCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi multipurpose mini sling pouch ialah beg silang mini serba guna.Penyemakan dan penterjemahan14.12.2023

Kembali ke atas