bila berikan saya makna menuntun, serba salah, berkecai, | Menuntun ialah menolong orang lain berjalan dengan memegang tangannya, memimpin atau menghela (basikal, kerbau,dll), mengheret. Serba salah ialah salah dalam segala hal atau keadaan yang tidak menentu aaaaaatau sukar membuat keputusan. Berkecai ialah pecah kecil-kecil, hancur, remuk, bersepai atau koyak menjadi kepingan yang kecil-kecil. | Makna | 27.02.2008 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara 'rasa bersalah' dengan 'rasa serba salah?' | Menurut data kami kedua-dua rangkai kata tersebut mempunyai maksud yang berbeza. Rangkai kata yang betul ialah berasa bersalah yang bermaksud mengalami perasaan dalam hati berbuat sesuatu yang salah manakala berasa serba salah iaitu perasaan dalam hati seseorang itu salah dalam segala hal. | Makna | 13.11.2019 |
JPWP Putrajaya ingin mengeluarkan buku panduan bertajuk "Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Alaf Baru". Kami serba salah dengan perkataan "Alaf Baru" atau "Alaf Baharu". Yang manakah betul? | Kamus Dewan menerima perkataan baru dan baharu sebagai variasi, iaitu pilihan dalam penggunaan perkataan tersebut dalam konteks umum. Walau bagaimanapun bagi tujuan pendidikan bahasa hendaklah kita mengambil pegangan dalam buku Tatabahasa Dewan. Tatabahasa Dewan membezakan kata baru dan baharu. Baru ialah kata bantu, seperti contoh ayat "Dia baru sampai dari Kuala Lumuur" atau mengungkapkan makna just dalam bahasa inggeris. Kata baharu pula ialah kata adjektif, seperti "buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu" dan "Alaf Baharu". Kata baharu ini mengungkapkan makna new dalam bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 28.08.2015 |
Saya sudah biasa menggunakan ungkapan “mutiara kata”. Tajuk buku “Mutiara Kata Sasterawan Negara” terbitan DBP menunjukkan penggunaan ungkapan itu sudah mantap. Saya mendapati “mutiara kata” ialah istilah Malaysia dan Brunei bagi apothegm. Namun, saya menjadi serba salah apabila ada rakan ahli bahasa di Malaysia cuba mempopularkan ungkapan “kata mutiara”, iaitu istilah yang diterima di Indonesia. Apakah nasihat pihak KNDBP kepada saya? | Berdasarkan aturan Hukum D - M dan beranalogikan ungkapan "kata hikmat", maka ungkapan "kata mutiara" adalah yang paling tepat. Walau bagaimanpun ungkapan "mutiara kata" juga boleh digunakan dan penggunaan ini telah mantap dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 01.05.2012 |
Assalamualaikum/Salam sejahtera Apakah maksud MALU ALAH ? Wujud atau tidak perkataan ini dalam kamus atau sekadar bahasa harian? Sekian terima kasih. | Waalaikumsalam, untuk makluman tuan/puan perkataan malu alah ini tidak wujud dalam kamus DBP. Walau bagaimanapun, malu alah ialah simpulan bahasa yang bermaksud “Serba salah oleh kerana termakan budi”. | Istilah | 28.05.2018 |
Apakah bezanya syarahan dengan pidato dari segi penyampaian dan nada suara ketika bertanding ? Saya selalu mengambil bahagian dalan pertandingan syarahan Bahasa Malaysia antara sekolah. teks syarahan disediakan oleh pihak JPN. Namun saya adakalanya dikomen terlalu keras dan garang seperti berpidato. Harap huraikan dengan terperinci agar saya tidak serba salah. | Mengikut Kamus Dewan, syarahan dan pidato sama maksudnya. Oleh itu, tidak ada ciri khusus yang membeza antara kedua-dua kata tersebut. | Makna | 02.12.2008 |
Saya menhadapi kesukaran untuk menterjemah ayat ini, "Kami menilainya dari segi "health, safety, security, Environment". "Safety" dan "Security" sentiasanya dipadankan dengan "keselamatan". "Kawalan Keselamatan" boleh bermaksud "safety control" dan "security". Penyelesaian saya ialah "pengawasan", kerana "awas" boleh diasiosiasi dengan "berjaga-jaga untuk menghadapi ancaman penjenayah". Tetapi malangnya dalam kamus ia tidak bermaksud demikian. Saya sebenarnya serba salah dalam menjalani tugas sebagai penterjemah kerana banyak perkataan asing masih belum ada padanannya dalam bahasa Melayu. Dengan itu, saya rasa saya perlu melaporkan sebarang "penciptaan perkataan baru" kepada DBP untuk disemak supaya diriku tidak dituduh "mencipta perkataan tanpa hak". Saya sanggup menerima teguran jika padanan perkataan saya ini tidak tepat. | Untuk makluman istilah bahasa Melayu untuk safety dan security ialah "keselamatan." Istilah security boleh juga diterjemahkan kepada sekuriti. "Pengawasan" ialah istilah bahasa Melayu untuk monitoring. Walau bagaimanapun, sekiranya belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus, tuan boleh mencadangkan istilah yang sesuai. Tuan boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP untuk mendapat cadangan padanan istilah yang sesuai atau istilah tersebut boleh dibawa kepada Jawatankuasa Istilah Semasa untuk dibincangkan. | Istilah | 01.09.2012 |
1.Apakah beza antara 'segala' dan 'semua'? 2.Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk 'peluru berpandu'? | Saudara Shevir, 1. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna semua ialah: sekalian, segala: kalau ada wang, ~ boleh dibuat; 2. = semuanya, kesemuanya sekaliannya: ~ memuji dia; 3. = kesemua segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~; Makna segala ialah: semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh: ~ negeri yg bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan; 2. seluruh, segenap: ~ badannya berlumuran darah; 3. semuanya, serba; ~ salah serba salah; 4. Jk, bk memangnya, sungguh (utk memaki); Berdasarkan keterangan yang diberikan, tiada perbezaan makna antara kedu-dua perkataan ini. 2. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi peluru berpandu ialah sebuah. | Makna | 29.08.2009 |
Salam. Soalan saya tentang standard penulisan buku untuk tujuan terbuka di pasaran. 1. Dalam perenggan penulisan, selepas nokhtah. Perlukan berapa kali space? satu atau dua? Jika dua kali space ia mengikut gaya penulisan mana ya? 2. selepas () buka dan tutup kurungan perlu space atau tidak 3. Penggunaan em dash dan en dash di mana saya boleh dapatkan penjelasan lanjut.. 4. ".." selepas pembuka kata dan penutup kata perlu space atau tidak.. 5. Terima kasih | 1. Dalam perenggan penulisan, selepas nokhtah. Perlukan berapa kali space? Perlu satu ruang (space). Contohnya, Sikap remaja yang mementingkan keseronokan sehingga mengabaikan arahan ibu bapa ditegur oleh Nur Munirah Zaid dalam cerpen “Serba Salah”. Selepas berlaku kejadian yang tidak xxxxx 2. Selepas buka dan tutup kurungan () perlu space atau tidak? Perlu satu ruang, Contoh (sijil) jarakkan satu ruang kata “Pengorbanan” karya Nik Aifatiyah Nik Mustapha (Aifatiyah Mustapha) mengisahkan seorang remaja lelaki xxxxx 3. Penggunaan em dash dan en dash di mana saya boleh dapatkan penjelasan lanjut.. Sengkang em lebih panjang daripada sengkang en juga dikenali sebagai tanda pisah yang berfungsi: 1. Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea sama ada di tengah ayat atau di akhir ayat: Segala impiannya - wang, nama dan kuasa musnah akibat perbuatannya sendiri. 2. Menunjukkan aliran penulis yang terganggu, terhenti, berpindah-pindah, atau berubah-ubah. Untuk menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa lain di celah ayat, tanda ini digunakan. Semasa saya di kampong dahulu - saya sudah menyatakan hal ini tadi - saya pernah dilantik sebagai Ketua Kampung. 3. Menggantikan perkataan "hingga" Jun - Oktober Dia tinggal di Bandar itu dari tahun 1977 - 1980 Sengkang en pula dipanggil tanda sempang biasa. Umumnya digunakan untuk: 1. Menegaskan ejaan sesuatu perkataan k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g 2. Menunjukkan pertuturan yang tidak lancar. "M-m-maksud saya begitulah," katanya dengan gugup. 3. Memisahkan angka yang berbeza fungsi. 03-2481011 3016280-07-1 4. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat. Indo-Belanda anglo-China 5. Menggabungkan kata awalan dengan kata nama khas. anti-Rusia 6. Menunjukkan kata ganda. beribu-ribu guru-guru anak-anak kecil 7. Pelbagai fungsi. Ulang tahun ke-25 4. ".." selepas pembuka kata dan penutup kata perlu space atau tidak.. Perlu satu ruang (space). Contohnya, “Permata Zamrud Ibu” oleh Noor Haklimaa Ahmad Zikri pula mengisahkan ketabahan seorang ibu | Lain-lain | 10.06.2017 |
Istilah perkataan TAKUT & Hormat dalam komunikasi semsa | Takut: 1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan; Hormat: 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ perbuatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat); | Makna | 21.08.2009 |