| Tuan, ayat yang manakah betul? dengan harga "daripada" serendah RM1000, atau dengan harga "dari" serendah RM1000? Terima Kasih | Frasa yang betul ialah "dengan harga daripada serendah RM1000". | Tatabahasa | 12.07.2011 |
| Jualan Penghabisan Stok Stock Clearance Sales ????? Harga Serendah RM1 | Sila terjemahkan ayat "terms and coditions apply & while stock last" kepada "Tertakluk pada terma dan syarat. Sementara Stok masih ada". Untuk tujuan pengesahan iklan, hantarkan visual tersebut kepada "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 20.12.2011 |
| Salam Tuan /Puan, Kami ingin meminta nasihat dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai perkataan yang sesuai bagi situasi di bawah: Situasi: Kadar sumbangan bagi pelan takaful Kaotim ini bermula dari RM30 dan ke atas bergantung kepada umur dan jantina peserta. Ini bermaksud, bukan semua peserta layak untuk mendapat pelan dengan sumbangan RM30. Jadi, diantara dua penyataan di bawah, yang manakah yang lebih tepat? Pilihan Pertama: Dapatkan kad perubatan dari serendah RM30. Pilihan Kedua: Dapatkan kad perubatan serendah RM30. Kami berpandangan Pilihan Pertama adalah lebih tepat dengan situasi di atas kerana ianya memberikan gambaran bahawa harga sumbangan akan berubah dan meningkat mengikut umur dan jantina peserta. Nasihat pakar daripada pihak tuan/puan sangat-sangat kami hargai. | Pilihan Kedua: Dapatkan kad perubatan serendah RM30. | Tatabahasa | 29.09.2025 |
| Salam sejahtera. Saya adalah seorang guru muzik pernah menulis beberapa buku muzik sebelum ini yang telah diterbitkan oleh beberapa penerbit swasta dan universiti tempatan. Pada 11 September 2007 saya telah menubuhkan Syarikat TABUH EMAS (pemilik bersama isteri saya / kerana saya seorang pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat). Kini syarikat TABUH EMAS telah menerbitkan sebuah buku berjudul "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 1" ISBN 978-783-43662-0-9 dan sedang dalam proses akhir percetakan buku "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 2" ISBN 978-983-43662-1-6. Kerja-kerja persediaan penulisan buku "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 3" telah dimulakan dan dijangka diterbitkan pada penghujung 2009 ini. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai DANA INDUSTRI BUKU yang dikatakan hanya digunakan RM3J daripada RM10J yang telah diperuntukkan. Adakah kami layak untuk memohon dana tersebut dan bagaimanakah caranya. Saya telah pun menulis surat kepada Ususetia Dana mengenai perkara ini. Terima kasih MASTOR HJ JARKASEH Tabuh Emas (IP-0265571-U) No.53 Jalan Teratai Taman Serendah Sabak Bernam 45200 Selangor | Sila daftar dengan Kementerian Kewangan terlebih dahulu iaitu dibawah kod bidang 010100 dibawah bahan bacaan kemudian memohon untuk mendapatkan dana. | Lain-lain | 24.04.2009 |