Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.rét] | سيريت

Definisi : bp tidak lancar (licin), serat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rét] | سيريت

Definisi : (sérét); kasut ~ kasut yg dipakai di dlm rumah, cenela; menyeret 1. menarik sesuatu (dgn bergeser di tanah), menghela, mengheret: kemudian diseretnya sebuah kerusi dr kamarnya sampai ke ambang pintu; 2. membawa dgn paksa (orang dll), memaksa (orang dll) supaya menurut: mereka berdua telah diseret balik ke tempat persembunyian mereka; 3. = menyeret-nyeret membawa-bawa (ke dlm sesuatu perkara), melibatkan, menyebut-nyebut: ia berharap benar-benar agar ibunya tidak akan ~-nyeret perkara yg telah berlaku; namanya diseret-seret dlm lagu-lagu yg disukai oleh penuntut di sekolahnya; terseret (telah) diseret, terikut-ikut (melaku-kan sesuatu), turut terlibat (dlm sesuatu perkara dll), dipaksa mengikut (melakukan sesuatu dll): Mas Reso ~ ke dlm dunia main judi; seretan hasil atau tindakan menyeret: ketika itu terdengarlah bunyi ~ selipar menuju ke bilik itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rét] | سيريت

Definisi : (sérét) Jw jalur (pd tepi kain dll), coreng, loreng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rét] | سيريت

Definisi : /sérét/; menyeret 1 menarik se­suatu dan benda yg ditarik bergeser pd tanah (lantai dll): Dia ~ kerusi itu hingga ke muka pintu. 2 membawa orang atau binatang dgn paksa; memaksa orang atau binatang mengikut serta: Kami telah ~ pencuri itu ke balai polis. terseret 1 (telah) diseret: Mainan adiknya ~ kera­na kainnya terlalu labuh. 2 terikut-ikut dlm melakukan sesuatu; turut terlibat dlm sesuatu perkara dll: Wahab ~ dlm kegiatan haram itu. 3 terpaksa meng­ikut atau melakukan sesuatu: Kerana desakan hidup, dia ~ ke lembah kehinaan. seretan tarikan utk menyeret: Bunyi ~ itu menyakitkan telinga. penyeretan perbuatan atau hal menyeret. penye­ret orang atau alat yg menyeret. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seret
Kata Terbitan : menyeret, terseret,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang betul bagi ayat "swipe right/left/up" yang sering ditemukan dalam aplikasi Instagram? Terima kasih.Terjemahan yang boleh digunakan ialah seret ke kanan, seret ke kiri dan seret ke atas.Penyemakan dan penterjemahan18.05.2018
perkataan yang sesuai dengan ayat "menarik sesuatu secara paksa".Heret atau Seret.mana yang lebih sesuai.Kedua-dua perkataan seret bersinonim dengan perkataan heret, oleh itu boleh digunakan bagi maksud "menarik sesuatu secara paksa".Tatabahasa17.04.2009

Kembali ke atas