Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 3. set of programmes on television or radio, siri: the ~, “War and Remembrance” is quite popular in Malaysia, siri “War and Remembrance” agak popular di Malaysia. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : a ~ of nuclear tests, siri ujian nuklear; the occasion will be marked by the issue of a new ~ of stamps, peristiwa itu akan diperingati dgn pengeluaran satu siri setem yg baru; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. group of related events, publications, etc intended to form a complete set, siri: he gave a ~ of lectures on the subject, dia memberikan satu siri syarahan ttg perkara itu; tomorrow we publish the first ~ of articles on the Malaysian legal system, esok kami akan menerbitkan siri pertama makalah ttg sistem undang-undang Malaysia; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. succession, berturut-turut: this defeat was followed by a ~ of victories, kekalahan ini disusuli oleh kemenangan yg berturut-turut; in the last few years of his life he was weakened by a ~ of illnesses, dlm tahun-tahun akhir hidupnya dia menjadi lemah akibat diserang penyakit berturut-turut; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata series


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pertanyaan berkenaan istilah "back series" dalam konteks ekonomi diterjemahkan ke dalam bahasa malaysia bermaksud apa? Adakah "siri masa kebelakang" atau "siri masa terdahulu". sekian, terima kasih cth : Pada tahun 2025, En. Ali dimohon untuk menyelesaikan "back series" data ekonomi bermula 2024 sehingga 2020.Cadangan padanan bagi istilah back series dalam bahasa Melayu ialah siri terdahulu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah07.03.2025
Mohon terjemahan untuk ayat berikut: 'UKM Ethnic Studies Occasional Paper Series'

Encik Mohamad Faris,

Terjemahan yang saya buat ini tidak mengikut konteksnya ialah Siri Kertas  Kajian Tentang Etnik oleh UKM ,diterbitkan sekali-sekala. Manakala makna dalam kamus pula ialah,  appearing occasionally and not continuously, sekejap ada, sekejap tdk ada: the light from the boat was no more than an ~ glow, cahaya lampu dr bot itu sekejap ada, sekejap tdk ada;

 

Makna05.07.2010
Mohon Tuan menterjemah dan mencadangkan tajuk ini ke bahasa Malaysia: "EMINENT SPEAKER SERIES" terima kasihIstilah yang boleh dicadangkan ialah "Siri Syarahan Perdana", "Siri Syarahan Tokoh", atau "Siri Syarahan Utama".Penyemakan dan penterjemahan14.07.2015
Hai, apakah terjemahan yang sesuai digunakan bagi "Thread"? Maksud thread: In online discussions, a series of messages that have been posted as replies to each other. A single forum or conference typically contains many threads covering different subjects. By reading each message in a thread, one after the other, you can see how the discussion has evolved. You can start a new thread by posting a message that is not a reply to an earlier message. Source for "thread" meaning: http://www.webopedia.com/TERM/T/thread.html Terima kasih.Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk istilah "thread" dalam bidang teknologi maklumat ialah jalur.Istilah18.10.2012
Salam, Apakah terjemahan yang sesuai bagi 'charset'? Character encoding detection, charset detection, or code page detection is the process of heuristically guessing the character encoding of a series of bytes that represent text. Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Charset_detection Terima kasih.Tidak ada terjemahan perkataan tersebut dalam data kami, untuk penggunaannya dalam tulisan hendaklah diitalikkan ejaannya.Penyemakan dan penterjemahan14.09.2014
Salam. Saya mempunyai pertanyaan berkenaan frasa yang digunakan dalam kempen yang sedang saya usahakan. Frasa tersebut adalah BAK DATANG (kependekan daripada Bawa Datang). Sebagai konteks, frasa ini digunakan untuk empowerment kepada pengguna apabila menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian. Contoh: Bak datang segala tekanan. Bak datang semua cabaran. Bak datang perasaan ragu-ragu. Bak datang dalam semua ini berhasrat untuk menggalakkan pengguna untuk tidak gentar serta menjadi berani. Buat pengetahuan Tuan/Puan, frasa bak datang sangat popular di kalangan netizen sebagai rallying call untuk apa sahaja, daripada bangun awal hinggalah kepada menghabiskan menonotn seluruh season series di Netflix. Saya ingin bertanyakan, adakah frasa Bak Datang ini dibenarkan untuk muncul di papan iklan? Jika mempunyai halangan, apakah frasa alternatif yang serupa dengan Bak Datang yang boleh saya gunakan dan mendapat pelepasan dari pihak Tuan/Puan? Terima kasih!
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bak bermaksud  sebagai dan seperti. Penggunaan bak dalam frasa bak datang bagi membawa maksud bawa datang tidak tepat dalam penggunaan bahasa Melayu.

Cadangan kami ialah hadapi segala tekanan, hadapi semua cabaran sekiranya bersesuaian dengan konteks ayat. 
Makna05.05.2021

Kembali ke atas