Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sering ali


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH MAKSUD SERING?

Saudara Puiman,

Sering memilki banyak maksud merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Antaranya seperti yang tersebut: 1. kemas dan keras (pintalan tali, benang, dll), keras (kain yg dikanji, kertas tebal, dll); 2. tegang (tali diregangkan, urat, dll), kejang; 3. ark kurus tetapi mampat dagingnya serta cergas dan tegap (badan orang): orang yg suka makan pedas, badannya ~ tapi liat; 1. = sering-sering kerap kali, acap kali, selalu: orang itu ~ sahaja datang ke rumahnya; 2. = sering-sering ark kadang-kadang: Ali dan Azman sering-sering ber-tengkar; keseringan perihal sering (selalu), ke­kerapan, acap kalinya: ~ penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita.

Untuk memudahkan saudara, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 1471) dan layari http://prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut.

Makna12.09.2012
Mana satukah ayat yang betul? (1) Ali tidak dibenarkan menzahirkan maklumat. (2) Ali tidak dibenar menzahirkan maklumat. (3) Ali tidak dibenarkan menzahir maklumat. Mohon penjelasan penggunaan imbuhan yang betul.Menzahirkan bermaksud menyatakan, menerangkan dan menjelaskan, dan ketiga-tiga perkataan ini yang sering digunakan dalam ungkapan kami. Pembentukan kata yang betul ialah membenarkan, bentuk pasifnya ialah dibenarkan.
Pembentukan kata yang betul juga ialah menzahirkan, menjelaskan dan menerangkan. Ayat yang gramatis, seperti Ali tidak dibenarkan untuk menjelaskan maklumat itu.
Tatabahasa16.06.2016
Mengapa ayat-ayat yang berikut salah? 1. Ali yang benar bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu milik Pak Ali yang benar. 3. Fius berfungsi memutuskan elektrik apabila voltan yang mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosam. 4. Adik sering berlawan cakap kakak apabila kakak memarahinya. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan yang kaya sentiasa dikenang. 6. Menjadi gila anak-anak muda dengan nyanyian lagu artis popular itu. 7. Penyair terkenal itu mendendangkan syair hasil nukilan sasterawan negara.

 
Berikut ayat yang telah dipinda.

1. Ali yang  bersalah dalam pergaduhan itu.
2. Tanah itu sebenarnya milik Pak Ali.
3. Fius berfungsi mematikan aliran elektrik apabila voltan mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosak.
 4. Adik sering melawan cakap kakak apabila dimarahi.
5. Sudah menjadi lumrah kehidupan, yang kaya sentiasa dipuji.
6. Nyanyian lagu artis popular itu menjadi kegilaan anak-anak muda.
7. Penyair terkenal itu mendeklamasikan syair hasil nukilan sasterawan negara.

Tatabahasa19.07.2013
ibu sering menasihatkan saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.. betul atau tidak penggunaan menasihatkan dalam ayat???sangat mengelirukan!!!!!mohon pencerahan yg mendalam...Kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna.

Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. 

a. Ibu sering menasihatkan saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.
b. Ibu sering menasihati saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.

Selain itu, fungsi apitan meN-...-kan adalah untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. 

Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.
Tatabahasa09.09.2013
ayat aktif: Ali baca buku ayat pasif: Buku dibaca oelh Ali soalan; kenapa apabila ayat aktif ditukar kepada ayat pasif perlu ditambah dengan perkataan 'di' dan 'oleh'? apakah fungsi 'di' dan 'oleh' dalam ayat tersebut? terima kasih.Dalam ayat pasif, "di' sering diikuti oleh kata "oleh" bagi membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga.  Contoh ayat aktif yang saudara sertakan adalah menyalahi dari segi tatabahasa kerana tidak meletakkan awalan meN-. Ayat yang betul ialah Ali membaca buku.Tatabahasa17.02.2009
1. "Saya (bukan/tidak) ponteng sekolah. Saya sakit tadi," kata adik kepada Pak Ali. 2. Cara utama ke tempat tersebut (ialah/adalah) melalui udara dan sungai. 3. Perkara yang penting (ialah/adalah) bahawa ilmu dalam bidang nyanyian itu perlu didalami. 4. Masalah yang sering diperkatakan (ialah/adalah) yang berkaitan dengan masalah sosial yang sering melanda remaja.

1. "Saya tidak ponteng sekolah. Saya sakit tadi," kata adik kepada Pak Ali.

2. Cara utama ke tempat tersebut ialah melalui udara dan sungai.

3. Perkara yang penting adalah bahawa ilmu dalam bidang nyanyian itu perlu didalami.

4. Masalah yang sering diperkatakan adalah yang berkaitan dengan masalah sosial yang sering melanda remaja.

Tatabahasa13.12.2011
Assalamualaikum, Saya keliru dengan panggilan gelaran. Manakah yang betul bagi panggilan gelaran berikut? 1. Tuan Haji Dr. Ahmad bin Ali atau 2. Dr. Haji Ahmad bin Ali atau 3. Tuan Dr. Haji Ahamd bin Ali Harap mendapat penjelasan daripada Khdimat Bahasa kerana kekeliruan sering dihadapi di organisasi saya apabila melibatkan gelaran tersebut. Terim akasih.

Encik Rosli,

Dalam penggunaan gelaran amalan biasa adalah dengan meletakkan gelaran tertinggi di hadapan. Walau bagaimanapun, ada kalanya pihak individu memilih bentuk yang disenangi oleh mereka, biasanya yang melibatkan gelaran seperti Dr. Prof. dsb. Bagi contoh yang diberikan ketiga-tiga bentuk digunakan.   

Lain-lain22.10.2010
Tuan, Kami sebagai guru sering berhadapan dengan konflik kerana pihak JPN selalu memberikan keterangan bahasa yang bertentangan dengan DEP. Misalnya, perkataan jarang mengikut Kamus Dewan ialah tidak selalu, sekali-sekala; Jadi, ayat yang berbunyi 'Ali jarang balik ke kampung setelah mula bekerja di bandar' . betul atau sebaliknya? Mengikut jawapan daripada JPN, ialah jarang-jarang. Bukankah jarang-jarang bermaksud tidak rapat untuk gigi atau rambut? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan jarang bermaksud 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai. Berdasarkan makna tersebut, perkataan jarang-jarang yang diberikan oleh pihak JPN dalam ayat tersebut adalah betul, iaitu Ali jarang-jarang balik ke kampung setelah mula bekerja di bandar. Tatabahasa30.05.2010
salam. pengunaan "menasihatkan" dan "menasihati" sering keliru. Dalam kamus dewan tidak dinyatakan contoh yang jelas. contoh: Ayah menasihatkan @ menasihati adik supaya belajar rajin-rajin? t.kasihPerbezaan penggunaan meN-... -kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya: a) Ali memberikan nasihat kepada Ahmad. b) Ali memberi Ahmad nasihat. Perkataan memberi dalam ayat 1(b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima aptan meN-...-i tetapi telah digugurkan i. 2. kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. Harap maklum.Tatabahasa30.09.2009
Perkataan mengantuk sering silap digolongkan kelas katanya.Apakah kelas kata sebenar bagi perkataan mengantuk. Jika kantuk adalah kata nama, adakahmengantuk jadi kata kerja?Uniknya bahasa Melayu kerana kelas kata boleh berubah mengikut konteks ayat. Kelas kata mengantuk ditentukan melalui konteks penggunaan seperti yang berikut:
(1) Ali berasa amat mengantuk.   (mengantuk = kata adjektif)
(2) Walaupun baru pukul 8.00 malam, Ali sudah mengantuk. (mengantuk = kata kerja).
Tatabahasa07.09.2018
12

Kembali ke atas